PENGUSIRAN PAKSA PERINTAH MENGHAPUSKAN KAMPUNG SELURUH P.PINANG

 

PERLUNYA DUN P.PINANG GUBAL ENAKMEN CEGAH PENGUSIRAN PAKSA…

KOMRAD Karthik dari JERIT di Pejabat SUARAN Pulau Pinang pada jam 10.30 malam 29 September 2017 menjelaskan, rakyat di 26 kampung asal berisiko diusir keluar dari rumah masing-masing, selagi tiada enakmen khusus membela peneroka bandar digubal oleh pemimpin Pakatan Harapan di DUN Pulau Pinang.

Oleh: Zainulfaqar Yaacob 

#DEKPOS | Diskusi Ekonomi Politik Sosial 
Wacana Politik | Bertempat di Pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Pulau Pinang pada malam tadi, telahpun diadakan perbincangan mengenai isu perumahan dan pengusiran paksa oleh tuan tanah persendirian dan pemaju swasta di negeri ini.
Pelbagai wakil pertubuhan bukan kerajaan hadir, daripada Aliran, Serikat Mahasiswa Islam, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS) serta beberapa aktivis.
Sebanyak 11 dokumen perbentangan dibuat, termasuk deklarasi “Hentikan Pengusiran Paksa – Rumah Untuk Rakyat” oleh Sdr. Karthik (wakil JERIT – #lihatGambar) sempena sambutan Hari Habitat Sedunia yang akan diraikan pada 2 Oktober 2017 nanti.
Hasil diskusi itu, menimbulkan beberapa tanda tanya, seperti – Tahukah kita bahawa di Pulau Pinang tiada suatu enakmen yang membela kepentingan peneroka bandar daripada risiko pengusiran?
ADUN Seri Delima R.S.N. Rayer sampai terpaksa membuat aduan polis untuk menghalang agensi persekutuan dari merobohkan unit-unit kediaman kuaters Kastam baru-baru ini, kerana tiada enakmen khusus membela penduduk yang diusir.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menegaskan tidak akan melulus sebarang pelan kebenaran merancang yang dimohon oleh tuan tanah/pemaju swasta pun kerana tiada enakmen khusus digubal di DUN untuk mempertahankan hak peneroka bandar yang diusir dari Kampung Mutiara dan Kampung Tok Subuh secara perundangan.
Rakyat, khususnya peneroka bandar dibela di Pulau Pinang kerana Kerajaan Negeri hari ini pro peneroka bandar.
Bayangkan jika Kerajaan Negeri berpindah tangan kepada pembangkang Pulau Pinang yang zalim.
Jika ada enakmen berwajib untuk membela peneroka bandar, setidak-tidaknya undang-undang itu boleh digunakan untuk melindungi kepentingan penduduk dan peneroka bandar yang lain daripada diusir daripada kampung halaman mereka masing-masing nanti.
Sebab itu, dalam sidang DUN Pulau Pinang akan datang, Kerajaan Negeri disyor membentangkan suatu rang undang-undang yang menjamin hak peneroka untuk mendapat ‘rumah ganti rumah’ atau sekurang-kurangnya pampasan setimpal daripada semua pihak berkepentingan.

KEPUTUSAN PKR CABANG PERMATANG PAUH BERPIHAK KEPADA RAFIZI

Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@nstp.com.my

PERMATANG Pauh yang dahulunya adalah ‘lubuk’ Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, memilih Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan Sabtu lalu.

Dengan Permatang Pauh mengundi Naib Presiden PKR itu, maka ia adalah isyarat bahawa Anwar tidak berkenan dengan Mohamaed Azmin.

Bagaimanapun Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang bagi jumlah kiraan undi di semua 13 cabang di Pulau Pinang.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin mengatasi Rafizi yang juga Naib Presiden parti di Pulau Pinang dengan lapan cabang memihak kepadanya manakala selebihnya memilih Rafizi.

Berdasarkan kiraan undi secara terkumpul, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mendapat 3,326 undi berbanding bekas Ahli Parlimen Pandan mendapat 3,150 dengan majoriti hanya 176 undi.

Mohamed Azmin menang di Cabang Kepala Batas, Batu Kawan, Nibong Tebal, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong, Bayan Baru dan Bukit Mertajam manakala Rafizi menang di Permatang Pauh, Bagan, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor dan Balik Pulau.

Keputusan itu sah setakat ini namun bergantung kepada pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din yang akan bermesyuarat bersama pihak pengaturcara sama ada keputusan itu adalah muktamad atau sebaliknya.

Rashid menerusi portal rasmi PKR dipetik berkata, perkara yang perlu diteliti ialah analisa teknikal sistem e-undi, pengesahan pengundi ragu dan pengesahan jumlah undi dalam sistem yang digunakan sehingga menimbulkan banyak masalah pada hari pemilihan tempoh hari.

Mohamed Azmin menerusi akaun Twitternya mengucapkan terima kasih kepada ahli PKR Pulau Pinang yang memilihnya sebagai Timbalan Presiden PKR pada pemilihan Sabtu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 September

TANJONG TOKONG ANTARA KAMPUNG NELAYAN ASAL YANG TERTUA DI MALAYA

Gambaran JERMAL di Tanjong Tokong warisan turun temurun kita, orang asal dan penduduk sejati
Kampung tradisi Tg Tokong.Dlm buku MALAYSIA : A PICTORIAL HISTORY 1400 – 2014 nama TANJONG TOKONG disebut sebagai salah satu antara kampong nelayan yang utama di Malaya oleh Wendy Khadijah Moore. Disebut pada muka surat 118 , 119 dan 149 :

In other parts of the country, the Malays lived in the fishing villages that were built either on stilts above the water or along the coastal fringe , such as in Charles Kleingrothe’s view of TANJONG TOKONG Penang in 1906.

Di sesetengan tempat di Malaya, orang Melayu tinggal di kampung kampung nelayan yang dibina di atas pancangan pancangan kayu di atas paras air di sepanjang gigi air.

Pemandangan ini dapat disaksikan sebagaimana gambaran oleh Charles Kleigrothe’s di TANJONG TOKONG ,PENANG pada tahun 1906.

NURUL IZZAH ANWAR MUNGKIN MENGGANTIKAN MANSOR OTHMAN SEBAGAI KETUA PKR P.PINANG

 

Nurul Izzah tipped to be Penang PKR chief?

Permatang Pauh MP Nurul Izzah Anwar.

PETALING JAYA: PKR’s Nurul Izzah Anwar is speculated to take control of the party in Penang, as members seek the ouster of the current state chief Mansor Othman in the coming party polls amid dissatisfaction with the way the party is treated by DAP.

Mansor is currently defending his post as the Nibong Tebal division chief.

A source told FMT that Nurul Izzah, who last May won the Permatang Pauh seat which was long represented by her parents, is likely to replace Mansor.

It is understood that members are unhappy with Mansor’s failure to “defend” the party’s interests with the DAP-led Penang government, especially in appointing PKR leaders to government positions following Pakatan Harapan’s victory.

Among their grouses is that Mansor was not firm during negotiations to demand positions in the state executive council for PKR assemblymen.

“Despite PKR doing better in the recent general election, it is status quo in the state exco line-up for PKR with just three exco members.

“We should have had at least four to reward us for doing better,” the source said.

It said PKR members were also sidelined in state firms and bodies.

Mansor, 59, a former political secretary to Anwar Ibrahim, served as the Penang deputy chief minister between 2009 and 2013, before he won the Nibong Tebal federal seat in 2013

 

Former Sungai Bakap assemblyman Maktar Shapee and veteran PKR activist S Sanjay are challenging him for the Nibong Tebal division chief’s post.

A PKR insider said Nurul would be better positioned to negotiate a better deal for the party and “twist some arms” to ensure its presence is felt in the state administration.

Another source said Anwar was “not happy” with Mansor’s performance.

“The writing is on the wall and Mansor appears to be off the radar. It is as if he knew what was coming, ” the source said.

Mansor and Nurul have yet to respond to FMT’s requests for comments.

PKR’s Norlela Ariffin was first to sound the alarm over Penang’s exco line-up, claiming it was biased towards DAP.

She said if the number of seats won by PKR was added to the number of seats won by Amanah and PPBM, it would total 18 seats, which was nearly equal to DAP’s 19.

The current exco line-up, excluding the chief minister, is seven posts for DAP and three for PKR.

The current 40-member Penang assembly comprises of reps from DAP (19), PKR (14), Amanah (two), PPBM (two), Barisan Nasional (two) and PAS (one).

Chief Minister Chow Kon Yeow had said the current exco line-up mimicked the previous term’s 7:3 DAP to PKR ratio as it was the “winning formula” to ensure election promises were fulfilled.

He also said the exco members must perform or risk being replaced.

In the 2013 polls, the disbanded Pakatan Rakyat won 30 seats in the Penang assembly. DAP won 19, PKR 10 and PAS one. BN held 10 state seats then.