Perang Pulau Salang 1810: Kedah Lawan Burma

” />

Pulau Salang atau sekarang dikenali sebagai nama Phuket, Thailand sebenarnya mempunyai hubungan secara langsung dari segi sejarah dengan Kerajaan Kedah suatu waktu dahulu. Di ketika Kerajaan Kedah menjadi salah satu Kerajaan yang tunduk kepada kekuasaan Siam ianya menghantar ufti berbentuk bunga emas dan perak kepada Kerajaan Siam. Namun begitu Kerajaan Kedah bukanlah ditadbir secara langsung oleh Siam sebaliknya Kedah diurus oleh satu lagi Kerajaan lama iaitu Kerajaan Legor dibawah pemerintahan Nakhorn Sri Tammarat.

Dikatakan pemerintahan Kerajaan Legor pula tidak menang tangan untuk menguruskan wilayah yang besar maka atas keizinan Siam juga maka Kedah dititipkan kepada Kerajaan Senggora iaitu Songkla sekarang untuk menguruskan Kedah. Atas pengaruh dan hubungan baik antara Senggora dengan seorang putera raja Kedah ini maka baginda mampu naik takhta sebagai Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang memerintah daripada tahun 1804 hingga 1843

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *