SEJARAH TELOK BAHANG – SEBAB MUSABAD DINAMAKAN TELOK BAHANG

SEJARAH TELUK BAHANG

Teluk Bahang merupakan pekan kecil yang terletak di bahagian barat laut  Pulau Pinang.

Empangan Teluk Bahang atau lebih dikenali sebagai Teluk Bahang Dam merupakan sumber air yang utama kepada penduduk di sini.

Teluk Bahang merupakan ‘entrance door’kepada para pelancong untuk melawat Taman Negara Teluk Bahang. Sebelum ini dikenali sebagai Hutan Simpan Pantai Acheh.

Mengikut sejarah zaman dahulu atau cerita orang tua-tua,Teluk Bahang ialah nama yang telah diberikan oleh penduduknya terawalnya. Mereka yang mula mula meneroka kawasan  ini. Mereka datang dari Kedah dan Pulau Langkawi. Ada diantaranya  berasal dari Padang Hang, Kedah. Disebabkan hawa di teluk ini sama dengan tempat mereka yang berbahang panas maka ia dinamakan sebagai TELUK BAHANG.

Mengikut cerita orang tua tua tempat ini dipilih sebagai tempat tinggal dan perlindungan.Ia sebagai pengkalan orang Kedah melancarkan serangan balas.Ia difikirkan sesuai untuk melakukan tindakan balas terhadap  tentera Thai  sewaktu perang dahulu. TOK KONI merupakan salah seorang panglimanya yang handal.Kuburnya masih ada. Manakala kubur Osman Bin PANJANG MALIK  sudah tidak dapat dikesani lagi.Bagaimanapun kubur-kubur lama orang Aceh yang penah berkampung disini masih terdapat disekitar pantai Telok Duyong, Teluk Bahang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *