TOMMY THOMAS PEGUAM NEGARA !!!!!

 

Sumber: Tommy cadangan tunggal HARAPAN untuk jawatan peguam negara

Norman Goh
 (Dikemaskini )

Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mencadangkan peguam veteran Tommy Thomas sebagai calon peguam negara.

Sumber yang dekat dengan kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa Tommy merupakan nama yang dipilih sebulat suara dan namanya telah diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong minggu lalu.

Bagaimanapun, pemilihan Mesyuarat Majlis Raja-Raja dikatakan menggesa agar nama yang diberikan untuk jawatan itu adalah daripada orang Muslim.

Ditanya sama ada kerajaan mempunyai calon cadangan lain, sumber berkata hanya nama Tommy yang diserahkan.

“Tiada nama lain selain Tommy. Hanya satu nama diserahkan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

“Berikan sedikit masa untuk Mesyuarat Majlis Raja-Raja mempertimbangkan cadangan itu. Percaya dengan proses. Kami menghormati kebijaksanaan Mesyuarat Majlis Raja-Raja,” kata sumber.

Sekiranya cadangan itu dipersetujui, Tommy akan menggantikan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang kini digesa melepaskan jawatannya.

Tugas peguam negara ketika ini digalas oleh Peguam Cara Negara, Engku Nor Faizah Engku Atek

Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata Apandi sepatutnya dipecat kerana enggan meletakkan jawatan.

Semalam, Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin melalui tulisan di blognya berkata, pihak istana perlu menghormati Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan agar baginda bertindak mengikut nasihat kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *