SUATU KETIKA INSAN INI DIHINA KINI PM MENTERI PERDANA !!!!

DULU DIKETEPI  KINI PERDANA MENTERI

ROSMAH OH ROSMAH DIPANGGIL SPRM !!!

 

SPRM Selesai Soal Siasat Rosmah Selepas Lebih 5 Jam

18:04  Rosmah MansorSemasa

PUTRAJAYA, 5 Jun —  Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor telah selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Rosmah, yang tiba dengan kereta Mercedes-Benz pada 10.43 pagi tanpa polis pengiring, dilihat meninggalkan perkarangan bangunan SPRM pada 3.44 petang.

DR RAIS YATIM SAH AHLI BERSATU

 

VETERAN UMNO, Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini secara sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau menerima kad keahlian daripada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Iftar PPBM di Putrajaya, hari ini.

Turut menghadiri majlis berkenaan, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

TOMMY THOMAS PEGUAM NEGARA !!!!!

 

Sumber: Tommy cadangan tunggal HARAPAN untuk jawatan peguam negara

Norman Goh
 (Dikemaskini )

Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mencadangkan peguam veteran Tommy Thomas sebagai calon peguam negara.

Sumber yang dekat dengan kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa Tommy merupakan nama yang dipilih sebulat suara dan namanya telah diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong minggu lalu.

Bagaimanapun, pemilihan Mesyuarat Majlis Raja-Raja dikatakan menggesa agar nama yang diberikan untuk jawatan itu adalah daripada orang Muslim.

Ditanya sama ada kerajaan mempunyai calon cadangan lain, sumber berkata hanya nama Tommy yang diserahkan.

“Tiada nama lain selain Tommy. Hanya satu nama diserahkan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

“Berikan sedikit masa untuk Mesyuarat Majlis Raja-Raja mempertimbangkan cadangan itu. Percaya dengan proses. Kami menghormati kebijaksanaan Mesyuarat Majlis Raja-Raja,” kata sumber.

Sekiranya cadangan itu dipersetujui, Tommy akan menggantikan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang kini digesa melepaskan jawatannya.

Tugas peguam negara ketika ini digalas oleh Peguam Cara Negara, Engku Nor Faizah Engku Atek

Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata Apandi sepatutnya dipecat kerana enggan meletakkan jawatan.

Semalam, Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin melalui tulisan di blognya berkata, pihak istana perlu menghormati Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan agar baginda bertindak mengikut nasihat kerajaan.

KN P.PINANG BARU MENANG PRU KE 14 : KENAPA USIR ORANG MISKIN ?

 

Penduduk PPR Padang Tembak akan PROTES DUDUK & BANTAH di hadapan KOMTAR pada 1/6/2018 jam 10pg sehingga isu kami selesai.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih enggan berbincang dengan penduduk PPR Padang Tembak dan nekad untuk menghalau mereka keluar. Notis pengusiran paksa berakhir pada 1/6/2018. Mengapa Kerajaan Negeri tidak mahu berbincang dengan mereka ?Adakah rumah mereka akan dikunci pada 1/6/2018
Hentikan Pengusiran Paksa ini. Mari bincang
Untuk makluman lanjut, https://web.facebook.com/psm.sosialis/posts/1016590881833502?_rdc=1&_rdr