MENINJAU POTENSI KEMENANGAN CALON PKR DI P.PINANG

POTENSI PKR UNTUK MENANG DI P.PINANG DALAM PRU KE 14

PARLIMEN BALIK PULAU – PKR mengekalkan calon kalah dari luar cabang Balik Pulau tahun 2013 Mohd Bakhtiar Wanchik sekali lagi pada kali ini untuk PRU umum, 2018.  Calon menang anak Balik Pulau pada tahun 2008, Yusmadi Yusuf   diketepikan. Beliau dinafikan  peluang  meski pun telah menunjukkan potensi boleh menang jika diberi peluang. Kata Datuk Halim Hussein Ketua Cabang BP,  faktor anak Balik Pulau punyai kesan 5 – 10 % untuk menang. Justru atas percaturan PKR itu, UMNO cepat cepat mengekalkan calon lama , anak Balik Pulau sebagai calon yang banyak kali dikitar semula.

Kerusi Parlimen BP – YB Helmi Yahaya, YB Farid Saad DUN Pulau Betong , Teluk Bahang – YB Shah Headan Ayob Khan.Kawasan DUN Bayan Lepas kubu kuat  UMNO yang tak pernah tumpas diberi kepada muka baru. Maknanya daya kepekaan UMNO tinggi. Apabila dikesan calon lalu  kurang berfungsi dan lemah kepimpinan cepat cepat ditukar  untuk berhadapan dengan calon PH.Kekuatan UMNO di sini masih padu dan kental selepas ditinggalkan oleh YB Syed Amiruddin. Belum dapat dibolosi oleh pimpinan PKR sejak dari zaman Datuk Mansor Othman membawa kepada Datuk Halim Hussein. Jika kalah kali ini bermasuk masuk pusingan  kelima.

Begitu dengan  DUN P. Betong dan Teluk Bahang  terus kalah   sejak REFORMASI 1999, 2004, 2008 dan  2013. Kemungkinanan besar untuk menang dan lalah 50 – 50 pada kali ini. Nampak persaingannya sengit terutama pada calon PPBM, Zulkifli Mat Lazim. Jika ketiga tiga DUN mengulangi kekalahan bermakna ini adalah  tragedi  malang yang sengaja ditempah akibat kurang peka terhadap mood calon yang layak  atau sengaja mengambil risiko dengan  memilih  calon yang dikitar semula berulang kali.Hal ini telah disentuh oleh CM P.Pinang selepas PRU ke 12, pada 2013. LGE mengulas setelah PR kalah 100 % (Parlimen dan  3 DUN)  di Balik Pulau.Bahawa PKR telah memilih calon yang salah dengan mesej kesilapan ini tidak diulang semula.

Perkembangan terkini Ketua Cabang Datuk Halim Hussein berpindah ke DUN baru di luar BP iaitu beralih  ke  DUN Batu Maung setelah tewas 2 kali  di DUN Teluk Bahang, Balik Pulau pada 2008 dan 2013. DUN Batu Maung adalah DUN yang bergolak dengan isu alam sekitar dan kelanjutan hidup nelayan pantai apabila KN P.Pinang bermati matian hendak membina 3 buah pulau buatan yang akan meranapkan kehidupan nelayan pantai sekitar Teluk Kumbar. Kenapa ?

Tidak satu bahagian pulau pun diperuntukkan secara kekal  kepada mereka demi  bertahan sebagai nelayan tradisi dan moden di penempatan kekal. Pembinaan pulau buatan akan menjadi ancaman kepada kehidupan nelayan pantai  seperti yang berlaku dalam kes tambakan laut di daerah Timur laut P.Pinang.Nelayan diancam dengan pembangunan yang mengabaikan mereka akibat pembangunan komersial yang pesat.Hal ini telah berlaku di Tg Tokong, Tg Bunga, Batu Feringhi, Gurney Drive, Jelutong, Gelugor, Batu Uban dan banyak tempat di seluruh kawasan yang direklaim di  P.Pinang

Banyak isu rakyat yang tak terselesai di Balik Pulau, isu alam sekitar di mana bahagian bukit telah kian  membotak akibat agresifnya pembangunan, isu kekurangan rumah mampu milik, isu tanah dan penempatan semula rakyat setelah tapak rumah mereka dikosongkan akibat diusir oleh pemaju  swasta, isu nelayan pantai, isu kampung kampung warisan yang mula terhakis,isu peluang pekerjaan untuk anak anak muda, isu keusahawan, isu mengekalkan kehadiran Melayu yang semakin tercabar akibat pembangunan rumah mewah yang keterlaluan dan tanpa kawalan di BP,isu membangunkan kearifan tempatan/ local knowledge dan ekonomi seyempat /local economy dll.

Semua isu ini belum digarap dan ditangani dengan baik. Seharusnya calon yang hendak bertanding membuktikan prestasi mereka 3 tahun  sebelum bertanding, bukannya menjadi rahsia sehingga di saat saat terakhir. Justeru UMNO mengekalkan calon calon lama  yang telah dikenal di kubu kubu kuat mereka.Sedangkan calon PKR masih dalam percaturan, terkial kial,  menjadi tanda tanya dan rahsia  sehingga di peringkat yang paling akhir.

Terdapat gelombang nasional yang besar untuk berubah diperingkat atas, tapi jangan lupa gejolak keresahan daripada gelombang yang di bawah. Apabila rakyat memikirkan buat apa berubah sedangkan kehidupan sosio ekonomi mereka tidak meningkat selepas berubah ? Masih ditakuk lama. Masa depan mereka terumbang ambing sedangkan mereka perlukan pembelaan yang berkesan. Dalam kes tambakan laut di Teluk Kumbar sikap pimpinan PKR sangat kabur dan terumbang ambing. Mereka tidak jadi pembela kepada kehidupan nelayan yang sedang nazak.

Apakah mereka bersekongkol dengan kepentingan swasta untuk meratah dan meranapkan hak hak rakyat.Dalam masa 10 tahun PR / PH berkuasa belum terlihat kes kes di mana pemimpin PKR berpihak terhadap nelayan pantai secara serius. Jika kepimpinan PKR berkesan sudah pasti TKM 1 Datuk Rashid Hasnon tak perlu dihantar keluar untuk bertanding di Batu Pahat.   Slogan perubahan kurang berkesan dan terasa kerana masalah  rakyat  tidak ditangani dengan baik oleh kerja kuat  para pemimpin  PKR yang terpilih dan berkuasa di peringkat cabang, DUN dan akar umbi.

Semoga PKR akan menang pada kali ini setelah mencoba berulang kali. Jika kalah juga mohon tidak terjadi. Ia  tidak perlu apa apa post mortem.🥖Terbukti kepimpinan PKR yang ada dari atas ke bawah terutama diperingkat cabang BALIK PULAU kurang daya dan wibawa berhadapan dengan kelemahan UMNO – BN. Kekuatan siasah   yang hanya  bergantung kepada legasi lama untuk mengekalkan status quo sebagai parti tua yang walau pun  lapok tetapi tetap berjasa.

 

 

TENGOK BAGAIMANA CHINA MENGIKTIRAF TULISAN JAWI DI ZAMAN KOLONIAL, GIMANA KINI ?

                       Lim Lean Teng (1869- 1963)

Batu peringatan ini telah dibinakan bersama sama oleh liga dan ahli ahli Persatuan Teochew Pulau Pinang,liga, murid lelaki dan kaki tangan sekolah rendah Han Chiang, Pulau Pinang. Liga murid lelaki dan kakitangan Sekolah Tinggi Han Chiang Pulau Pinang. Buat peringatan yang berkekalan atas kemurahan hati.

Tuan Lim Lean Teng

Kerana dermanya yang melimpah untuk pelajaran dan pemberian tapak bangunan yang telah menjadikan pendirian sekolah Han Chiang ini.

Pada tahun seribu sembilan ratus lima puluh, 1950.