MASA YANG KENA UNTUK UBAH SEBELUM PARAH !

 

DILEMA MELAYU
SIRI 613
TUN MAHATHIR
PENYELAMAT BANGS A MALAYSIA
DAN NEGARA

Hanya jauhari yang kenal maknikam. Tun Mahathir tidak perlu mendabik dada seperti pahlawan Bugis yang kemabukan kuasa untuk mendapat sokongan rakyat. Rekod kepimpinan beliau selama 22 tahun sebagai PM yang mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menjadi bukti penghargaan rakyat dan para pemimpin negara asing terhadap beliau.

Ingat jangan tak ingat. Najib hanya anak seluang berenang di pinggir kali, budak mentah politik yang disintuklimau jadi menteri kerana rakyat mengenangkan jasa besar bapanya, Tun Razak.
Kalau bukan dia anak Tun Razak jangan mimpi mencium kerusi menteri, dan mungkin juga Rosmah Mansor tak akan tinggalkan suaminya untuk menikah dengan Najib.

Najib anak bangsawan Melayu keturunan Bugis dari Pahang.
Sejak kecil mendapat pendidikan di Britain dengan wang Yayasan Noah, datuknya yang menjadi pengerusi kasino Genting. Dia gagal mendapat ijazah tapi kini menjadi PM sejak 2009. Dapat jawatan menteri dari pamannya Tun Hiussein Onn dan Tun Mahathir walaupun dia punya banyak kelemahan sebagai pemimpin politik.

Hari ini dia dan bininya yang super rakus dibenci rakyat. Didoa mendapat gelaran lanun, pencuri, perompak, kleptokrat kelas cakrawala kerana kerakusannya dan bininya memperkosa hak rakyat. Tun Mahathir yang memapahnya menjadi menteri hingga sampai ke peringklat PM menjadi musuh ketatnya. Dia dianggap sebagai pemimpin durhaka dalam UMNO, manusia yang bangsatkan orang Melayu, dan menghina Islam.

Najib bukan memperjuangkan kepentingan orang Melayu atau rakyat Malaysia. Dia memperjuangkan kepentingan dirinya, bininya dan keluarganya yang dibenci rakyat. Dia mengkhianati perjuangan bapanya, Tun Razak, menghancurkan masa depan berjuta peneroka Felda dengan bebanan hutang. Dia sanggup memperkosa hak orang miskin, memaksakan rakyat miskin membayar GST untuk membayar hutang 1MDB berjumlah lebih RM42 bilion.

Tun Mahathir terpanggil untuk menentang kemungkaran, korupsi dan kegilaan Najib dan bininya memperkosa hak rakyat dan demokrasi. Tuan Hj Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan banyak lagi pemimpin pembangkang yang pernah ditahan bawah ISA era Mahathir sanggup benamkan permusuhan mereka di masa lalu untuk bersama Tun Mahathir. I

Inilah kehebatan Mahathir. Inilah jiwa patriot dan pejuang keadilan yang menghidupkan Pakatan Harapan. Allah memberi petunjuk jalan kepada rakyat dan Pakatan Harapan bahawa kemenangan gemilang dipihak mereka, bukan UMNO/BN dan PAS yang menyangkut serban lusuh pada leher Najib.
Menyokong Tun Mahathir dan Pakatan Harapan bermakna anda berjuang di jalan Allah. Anda menyokong Tun Mahathir dan Pakatan Harapan bermakna anda mahu perubahan kerajaan di Putrajaya, dan talkinkan UMNO/BN dan PAS yang menjadi pengkhianat rakyat dan negara.

Ombak penentangan rakyat terhadap Najib, BN dan PAS sudah menyentuh setiap hati nurani rakyat yang derita dan diinayai. Dari Perlis sampai ke rumah panjang di Bario dan Kalabakan di Sabah rakyat sudah bangkit menentang Najib dan BN dan PAS.
Rakyat sedar kalau BN menang dan kembali berkuasa Najib, Rosmah dan para lanun dalam BN dan PAS akan mengekalkan derita rakyat lebih parah dari sekarang. Mereka bukan pejuang rakyat tapi pengkhianat bangsa, agama dan negara.

PRU 14 ibu segala PRU. Allah membuka jalan untuk Pakatan Harapan dan rakyat cinta damai menang gemilang. Rakyat sudah bangkit menuntut hak mereka yang diperkosa Najib. Marilah kita keluar beramai-ramai mengundi pada 9 Mei sokong Tun Mahathir dan Pakatan Harapan, tolak Najib BN dan PAS.

Setiap undi kepada calon Pakatan Harapan membawa pahala kepada kalian kerana Pakatan Harapan inilah saja yang membela hak rakyat yang boleh mengubah nasib kehdipan rakyat lebih baik dari sang perompak kelas cakrawala Najib Razak yang dikuasai bininya super rakus super gila kuasa.

AYOH KELUAR BERAMAI-RAMAI MENGUNDI PAKATAN HARAPAN PADA 9 MEI AKAN DATANG. SETIAP UNDI UNTUK PAKATAN HARAPAN MEMBAWA PAHALA DAN RAHMAT DIBERKATI ALLAH KEPADA ANDA KERANA ANDA MENENTANG KEMUNGKARAN NAJIB, UMNO/BN DAN PAS.
ALLAH-HU-AKHBAR,

MENGUNDILAH DENGAN WARAS: MARTABATKAN KUASA RAKYAT SECARA BERKESAN !

 

DILEMA MELAYU
SIRI 612
BILA PEMBOHONGAN JADI BUDAYA POLITIK

Badi PRU 14 jelas kelihatan dari berbagai pembohongan, penipuan, kemunafikan manusia yang berstatus pemimpin dan ulamak. Ulamak jadi ular dalam semak. Allah pun tak selamat jadi bahan penipuan manusia jenis munafik ini. Dalam khutbah pun ada menteri mempertahankan lanunan 1MDB sebagai halal bin wajib. Inilah jenis ular dalam semak yang sapu derma anak yatim piatu, ibu tunggal untuk dia enjoy di US dengan alasan hendak bertemu dengan pelajar-pelajar Islam.

Ada pula beberapa datuk angguk seperti kaldai kenyang menggunakan status mufti untuk menipu ummah agar menyokong kemungkaran dan korupsi yang bermaharajalela  kini. Janganlah hairan bin terkejut kalau sebahagian besar umat Islam memandang remeh setengah ulamak yang memberi ‘fatwa’ songsang mempertahankan para koruptor yg berkuasa.

PM Najib dengan bangga, penuh nafsu, mengisytiharkan manifesto BN yang mempunyai lebih 200 halamn dengan berbagai projek mimpi untuk menabur harapan rakyat. Dia lupa rakyat lebih bijak darinya dan kabilah menteri yg menyokong kemungkarannya. Rakyat tidak tersilau dengan mimpi dongeng manifesto BN.

Sekarang rakyat mahu hanyutkan Najib dan kabilah koruptornya dari Putrajaya. Mereka mahu perubahan dalam kepimpinan negara. Mereka mahu Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir menjadi PM ke7, dan mereka yang super korup, menyalahgunakan kuasa diheret ke mahkamah, dan dijeblos dalam penjara.
Ingat, rakyat sudah bangkit. Rakyat sudah bertekad mahu hanyutkan Najib &BN dari Putrajaya pada PRU 14.

Yang menentukan nasib rakyat dan negara adalah rakyat berbilang kaum di bumi bertuah ini, bukan Najib, bukan BN dan bukan istana.

INILAH MASANYA RAKYAT MENGGUNAKAN UNDI YANG BERHARGA UNTUK HANYUTKAN BN DAN PAS YANG MENGIKAT SERBAN PADA UMNO. ALLAH BERSAMA RAKYAT YANG MENDERITA, YANG DIANIAYA, DITIPU OLEH PARA PEMIMPIN YANG SUPER KORUP BERTARAF CAKRAWALA.

Kamu boleh buat berbagai muslihat kotor menipu rakyat untuk kekal berkuasa. Tetapi kamu tidak boleh menipu Allah Yang Maha Kuasa. Kuasa Allah akan mendorong rakyat nyahkan kalian dari Putrajaya pada PRU 14 ini. Dimana saja rakyat bangkit, menyumpah, meludah, memaki hamun kalian yang korup dan gila kuasa. Mereka sembahyang hajat, berdoa mohon Allah laknati kalian.

Rakyat bangkit menentang korupsi, kemungkaran dan kemunafikan. Mereka akan beramai-ramai keluar mengundi untuk memberi kemenangan gemilang kepada Tun Mahathir dan Pakatan Harapan. InsyaAllah Pakatan Harapan akan menang!

TUN DR MAHATHIR DEKLAMASIKAN SAJAK “PAKATAN HARAPAN”

Kami bergabung menubuh PAKATAN HARAPAN ..
Bukan untuk kami, bukan untuk jawatan ..
Kami bergabung untuk bangsa dan negara ..
Hanyalah ini yang mempunyai makna ..

Di Negara kami demokrasi tidak lagi bernyawa ..
Segala asasnya sudah dimusnah sehingga kekerangka ..
Perlembagaan, Undang-undang tidak lagi melindung sesiapa ..
Sebaliknya semua ini menekan rakyat jelata ..

Rakyat mengeluh kerana hidup merana ..
Parti-parti bersendirian tidak dapat buat apa-apa ..
Tetapi gabungan mereka lain cerita ..
Yang lemah tiba-tiba menjadi juara ..

Yang diharap rakyat sekarang sudah muncul ..
Sokongan rakyat menjamin kejayaan ..
Ketengahkan semangat hapuskan yang bacul ..
Yakinlah gabungan yang disokong tetap berkesan ..

Oleh itu tolonglah kami untuk menolong kamu ..
Kerana akhirnya nikmat usaha ini adalah untuk semua ..
Kami untuk kamu, kamu untuk kami ..
Untuk bangsa, agama dan negara.

SOKONGLAH PAKATAN HARAPAN!
.
.
Sumbangkan RM15 atau lebih untuk bantu kempen HARAPAN di amanah.org.my/dana hari ini.

BEZA ANTARA TARIF AIR P.PINANG DENGAN TARIF AIR JOHOR

 

Tarif air P.Pinang  naik sekali sahaja semenjak 2008 apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri P.Pinang daripada tangan Barisan Nasional. Bukannya 4 kali seperti yang didakwa oleh BN.Itu pun kenaikan yang begitu kecil. Hanya 1 sen sahaja, dari 31 sen ke 32 sen 10,000 liter padu yang pertama daripada 31,000 liter padu yang digunakan.

Tarif air antara yang termahal ialah tarif air Johor iaitu RM 1.31 untuk 10,000 liter padu. Berbanding dengan 32 sen di P.Pinang untuk jumlah yang sama.

P.Pinang 4 kali naik tarif air domestik adalah dakyah pembangkang, respons Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 tidak pernah menaikkan tarif air domestik sebanyak empat kali, sebagaimana didakyah pemimpin pembangkang Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Menteri ‘Sementara’ Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu pentadbirannya sekali sahaja menaikkan tarif air domestik, daripada 31 sen kepada 32 sen setiap 1,000 liter padu bagi 35,000 liter padu pertama.

“Mana ada naik (tarif air domestik) sampai empat kali, kita (Kerajaan Negeri) naik sekali sahaja, dari 31 sen kepada 32 sen.

“Harga air (untuk pengguna domestik di Pulau Pinang) adalah terendah di Malaysia,” jelas Guan Eng yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) kebangsaan kepada pemberita di Komtar pada petang tadi.

Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa turut sertai sidang media tersebut.

Tegas Guan Eng, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sepatutnya mengkritik RM1.31 tarif air domestik di Johor, yang direkodkan sebagai kadar tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

DI MANAKAH P.PINANG NAK BINA RUMAH MAMPU MILIK APABILA SATU DEMI SATU TANAH KN PP DIJUAL KPD SWASTA !

 

PEMBANGUNAN tidak boleh dibuat di atas angin. Tidak juga boleh dibuat di dalam laut tanpa di tebusguna terlebih dahulu.Tidak akan ada perumahan mampu milik untuk rakyat miskin yang perlukan rumah jika masalah tanah menjadi halangan. Sampai hari ini masalah perumahan mampu milik menjadi igauan bukan kenyataan. Yang banyak dibuat ialah rumah mewah dan projek komersial. Itu pun untuk pasaran terbuka kepada para pelabor seantero dunia. Peluang untuk rakyat biasa yang serba kesempitan tertutup.Itulah yang tragedi yang terjadi.Rakyat dimangsakan kerana arah ekonomi yang terlalu mengutamakan FDI Foreign Direct Investment. Slogan kata RAKYAT DIDAHULUKAN PEMBANGUNAN DIUTAMAKAN. Masalahnya mereka ditipu dan terpedaya dengan janji janti manis yang gagal dikotakan.Sampai bila rakyat akan terlonta lonta menagih janji yang tak pernah ditunaikan. Memang politik ialah seni untuk memperdaya para pengundi.Tak kiralah pembangkang atau parti pemerintah. Ada satu petunjuk sebagaimana maksud pepatah Jepun. JANGAN PERCAYA KEPADA SEBARANG JANJI.TAPI PERCAYALAH PADA JANJI JANJI YANG DITUNAIKAN DALAM MASA MASA TERTENTU.

APA YANG TERJADI KINI IALAH JANJI MEMBAWA AKIBAT  !!!!!!!!!

 

NA JIB PUN TAK LANTIK MELAYU JD CM P.PINANG JIKA BN MENANG.
JANJI NAK BINA 60000 RUMAH MAMPU MILIK.BAB CM PERCAYA TRADISI DAH.

BAB RUMAH JANJI .CUMA JANJI.TANAH 1MDB RM1.3B AIR ITAM DAH JUAL?

JADI NAK BUAT RUMAH DI MANA ???????

BERUBAHLAH DEMI KEBAIKAN: RELAKAH NEGARA KITA BERGELUMANG DENGAN BERBAGAI SKANDAL & TADBIR URUS TERBURUK ?

Tarikh ini hari hari keramat, masa peralihan dan  perubahan setelah 60 tahun dibelenggu pemerintahan jumud UMNO – BN. Kita berubah bukan kerana kerajaan dan parti itu buruk. Kita berubah demi untuk kebaikan. Proses  timbang dan perbetul mana yang tersalah arah dan menuju kerosakan dek terlalu lama bergelimang dengan salah guna  kuasa. Lebih lebih lagi apabila kuasa dan harta dilonggok kepada satu satu pihak berbuat kesewenangan tanpa dapat dikawal lagi. Kuasa wajib dikembalikan kepada rakyat semula demi masa depan ramai yang sedang termangsa dan sengsara di bawah rejim yang semakin rakus dan kejam.

KENYATAAN MANTAN ADUN TELUK BAHANG MENJELANG PRU KE 14

TERIMA KASIH YAB PERDANA MENTERI DAN SEMUA PARA PENGUNDI DUN TELOK BAHANG.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, pada hari ini secara rasminya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah di bubarkan. Terkenang ketika 5 tahun yang lalu, ketika saya mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Telok Bahang setelah dipilih ketika PRU yang ke-13 dan hari ini secara rasminya tamatlah tugas saya sebagai Wakil Rakyat.

Ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pucuk kepimpinan tertinggi YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi serta seluruh saf kempimpinan Menteri Kabinet diatas kepercayaan dan segala bantuan yang diberikan dalam tugas saya demi membantu masyarakat dan pengundi di sini. Tidak dilupakan juga kepada seluruh kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang yang telah banyak membantu serta memberi kerjasama yang tidak akan saya lupakan.

Diatas kesempatan ini, saya Shah Headan Bin Ayoob Hussain Shah ingin memohon ampun dan maaf sepanjang perkhidmatan saya sebagai wakil rakyat dan saya juga mewakili seluruh pegawai dan kakitangan saya di Pusat Khidmat Kadun Telok Bahang, kami memohon ampun dan maaf kepada seluruh masyarakat khususnya di Telok Bahang dan amnya seluruh Balik Pulau. Paling penting kepada saya adalah kepada semua para pengundi yang telah memberi kepercayaan serta mandat untuk saya berkhidmat, saya amat berterima kasih kepada mereka dan saya sedar bahawa mereka ini “boss” saya dan saya hanya menjalankan tugas kepada mereka.

Sepanjang lima tahun tugas saya berkerja untuk rakyat banyak ilmu dan pengalaman yang saya perolehi. Suka dan duka kenangan saya bersama seluruh keluarga besar di dalam Kadun Telok Bahang tidak kira bangsa, agama dan ideologi, sememangnya ia menjadi satu kenangan kepada saya yang takkan saya lupakan.

Saya juga ingin berterima kasih saya kepada Ahli Parlimen Balik Pulau YB Datuk Seri Dr Haji Hilmi Bin Yahya, Adun Pulau Betong YB Datuk Dr Sr Farid Bin Saad, Adun Bayan Lepas YB Haji Nordin Bin Ahmad diatas kerjasama yang diberikan demi kepentingan kepada masyarakat di Balik Pulau sepanjang perkhidmatan kami sebagai wakil rakyat pada penggal kali ini.

Kepada semua jentera yang telah banyak membantu saya terutamanya UMNO Bahagian Balik Pulau, Sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, Parti-Parti Kompenen MCA, Gerakan, MIC dan MyPPP serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak lansung saya ucapakan terima kasih dan semoga PRU akan datang ini kita dapat terus berusaha dalam memastikan kemenangan parti Barisan Nasional yang kita sayangi ini.

Ucapan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada semua Pengerusi JKKKP dan Cawangan di Kadun Telok Bahang Tuan Haji Ramli (Teluk Awak), Tuan Haji Mohd Radzi (Telok Bahang), Tuan Haji Yusoff Bin Salam (Sungai Pinang), Tuan Look Ban Chua (Pantai Acheh), Tuan Ismail Johar (Kg. Nelayan Kuala Sungai Pinang), Tuan Chuah Tee Sung (Kuala Sungai Pinang), Tuan Abdul Khanan (Sungai Rusa), Tuan Salleh Bin Hassan (Permatang Pasir), Tuan Zainol (Jalan Bahru), Tuan Yeoh Seong Heng (Kuala Jalan Bahru), Tuan Ustaz Yakoob (Bukit Kecil). Mereka inilah yang telah banyak membantu saya dan pihak Pusat Khidmat dalam pengurusan serta khidmat bakti kepada masyarat dan tanpa mereka sukar untuk saya jalankan tugas-tugas sebagai wakil rakyat kerana mereka inilah tulang belakang yang banyak membantu. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada mereka serta seluruh jawatankuasa mereka.

Kepada semua imam-imam masjid, Pengerusi-Pengerusi Qariah serta AJK, pihak agensi-agensi kerajaan seperti GiatMARA, Risda, Jabatan Pertanian, MARA, Polis, Bomba, ICU, JKM, RELA, Politeknik, KKTM, IICT, Guru Besar, guru-guru, PIBG dan lain-lain serta NGO-NGO, rakan-rakan media yang sentiasa membantu dan mendokong sepanjang perkhidmatan saya, mereka sentiasa memberikan khidmat yang terbaik untuk masyarakat di kawasan Kadun Telok Bahang serta memudahkan urusan. Syabas serta tahniah saya ucapkan dan semoga Tuhan akan membalas segala budi baik khidmat mereka.

Dengan izin Tuhan, jika kemenangan sekali lagi berpihak kepada Barisan Nasional, kami sesungguhnya berjanji dan berikrar, akan melakukan yang terbaik, lebih baik daripada sebelumnya, segala kekurangan dan kesilapan akan diperbaiki. Apa yang penting, perjalanan transformasi tidak boleh terhenti setakat di sini sahaja, perjuangan ini adalah demi masa hadapan serta kesenangan kepada generasi anak cucu kita.

Pada PRU yang ke 14 ini saya yakin dan pecaya setelah segala usaha yang diberikan di bawah Parti Barisan Nasional ini akan terus kekal releven. Doa dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, inshaa Allah kemenangan yang lebih besar akan kita perolehi. Soal calon saya yakin dan percaya dengan keputusan yang akan dibuat oleh YAB Perdana Menteri adalah yang terbaik dan kita terus memberi sokongan dan gerak kerja yang sebaik mungkin demi Parti BN yang kita sayangi ini.

Harapan saya kita akan sama-sama terus membawa negara ini kearah yang lebih membangun seiring dengan transfomasi TN50. Saya juga dengan penuh kerendahan hati, memohon untuk diberi mandat baharu kepada Barisan Nasional untuk terus membawa Malaysia ke mercu kejayaan. Akhir kata sekali lagi saya ingin memohon maaf serta ucapan jutaan terima kasih kepada semua dan ayuh pastikan kejayaan milik kita inshaa Allah.

#BangkitlahNegaraKu
#N40TelokBahang
#MakeBalikPulauGreatAgain
#KitaPilihBiru
#BarisanNasional