BARISAN NASIONAL JUGA NAK PERTAHANKAN WARISAN DI GEORGE TOWN – BAGAIMANA KAWASAN DI LUARNYA !

WARISAN MELAYU di George Town adalah TANJONG PENAGA yang disingkatkan menjadi TANJONG sahaja. Sebuah kawasan yang dibuka oleh Datuk Nakhoda Ismail atau Nakhoda Kecil. Terlebih dahulu 50 tahun sebelum ketibaan Francis Light ke kawasan itu pada 11 0gos 1786. Beranikah siapa siapa mencadangkan supaya dinobatkan sejarah dalam bentuk papan tanda besar menceritakan sejarah pembukaan dan pengasasan TANJONG di depan kubu Fort Corwallis.Tujuannya supaya rakyat P.Pinang dan Malaysia merdeka berjaya menonjolkan kepada dunia sejarah P.Pinang yang sebenarnya tidak sekali kali bermula dengan kemunculan Francis Light dan penjajahan British. Kata Tun Dr Mahathir penjajah British suka jika rakyat tempatan tidak mengetahui sejarah bangsanya.Adakah kita sesudah merdeka ingin mengekalkan legasi penjajah. Yang jahat dan tidak ketahuan bukan penjajah tetapi kita. Kita yang masih buta sejarah dan adal usul Melayu yang membuka negerinya tetapi pemimpin KETUANAN MELAYU lupakan sejarah datuk nenek moyang mereka.

 

Menifesto BN berkaitan jaga nilai warisan George Town mirip rekod pentadbiran Kerajaan Negeri – Kon Yeow

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Exco ‘Sementara’ Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow memberi respons terhadap manifesto Barisan Nasional (BN) yang berhasrat membataskan pemilikan bangunan berstatus warisan di sekitar Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town kepada pelabur serta orang asing.

Kon Yeow yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri memberitahu, manifesto pembangkang begitu mirip dengan rekod pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan yang berusia 10 tahun, dalam memelihara warisan ketara di Pulau Pinang.

Contohnya, menurut beliau, hanya 194 atau 3.5 peratus daripada keseluruhan 4,100 unit lot kedai di kawasan tapak warisan ini dimiliki warga asing.

Tidak cukup dengan itu, menurut Kon Yeow, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM3 juta dana untuk membantu pemilik atau penyewa lot komersial memulihara serta memelihara bangunan yang mempunyai nilai warisan, dengan syarat diami lebih 10 tahun di sini.

“Kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan pihak berkuasa negeri dalam memelihara warisan di negeri ini adalah sebagaimana diperjelas oleh wakil UNESCO.

“Ia telah diiktiraf oleh pejabat UNESCO Jakarta sebagai salah satu ‘contoh baik pengurusan kota warisan’.

“Agensi kerajaan kami, George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) telah menyampaikan mandatnya untuk memelihara warisan di George Town tapak warisan dunia UNESCO,” katanya yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, semalam.

Selain itu, Kon Yeow menyatakan bahawa pihak berkuasa negeri turut berjanji untuk mengekalkan bangunan warisan di Seberang Perai, dengan inventori bangunan siap dari 2012 hingga 2015, merangkumi semua tiga daerah di tanah besar.

“Terdapat lebih banyak inisiatif membina dan praktikal yang akan diguna pakai Kerajaan Pulau Pinang untuk melindungi warisan hidup George Town,” jelasnya.

Kon Yeow diiringi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ar. Yew Tung Seang kemudian membawa para pengamal media melawat tapak projek pengubahsuaian lima kedai runcit era kolonial di Kimberley Street di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *