MUNGKINKAH INI BERLAKU DI P.PINANG ?

 

Tun Razak pernah tukar bukit jadi ladang kelapa sawit FELDA. Agak-agak kita lah, tak boleh kah laut keliling Pulau Pinang ini boleh ditukar jadi ladang ikan ‘ala Market TESCO’? Sebenarnya boleh, kalau Kerajaan sendiri melaksanakan pemodalan secara besar-besaran (industrilization capitals).

PENEMPATAN NELAYAN TERMODEN DI P.PINANG- MEMAJUKAN INDUSTRI PERIKANAN LAUT DALAM  UNTUK  SUMBER BEKALAN IKAN YG CUKUP&MURAH

Boleh tak daripada 3 pulau buatan yang nak dibina di luar pantai Teluk Kumbar 1 pulau diberi untuk penempatan kekal kepada nelayan tradisi Teluk Kumbar. Permodenkan kehidupan mereka supaya tidak terumbang ambil dan hilang daripada pembangunan. Pembangunan menjaga dan memperkasakan mereka bukan menzalimi mereka.

Bina  generasi nelayan baru untuk menangkap ikan di laut. P.Pinang perlu dibekalkan dengan sumber ikan yang cukup melimpah dan murah. Bukan lagi ikan yang dibekalkan oleh nelayan pantai yang terbatas keupayaannya.Jika pelan ini berjaya ia harus diperluaskan ke Balik Pulau dan Teluk Bahang.

Kerajaan negeri P.Pinang wajib mempertahankan zon nelayan bukan menghancurkan kehidupan mereka dengan cara membiarkan mereka selesaikan masalah mereka sendiri berhadapan dengan pembangunan komersial yang melanda. Akhirnya nelayan pantai akan menjadi mangsa sebagaimana yang kini berlaku di Tanjong Tokong, Tanjong Bunga, Batu Feringhi, Jelutong, Sungai Pinang, Kelawai dan seluruh P.Pinang yang asalnya ialah perkampungan nelayan pesisir pantai.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *