MENYINGKAP P 53 PARLIMEN B.PULAU – MENGGALAS TEKAD UNTUK MENANG !!!

 

#AdaApaDiSebalikPulau?

Ramai penganalisa politik yang memberi pandangan simplistic kononnya kawasan desa sukar untuk dilakukan perubahan kerana masyarakat majoriti Melayu di Kampung-Kampung tidak seperti masyarakat majmuk di bandar-bandar yang mempunyai lebih ramai golongan menengah dan professional lebih cenderung untuk melakukan perubahan.

Saya ingin menyanggah pendirian dan pandangan tersebut. Pada pilihanraya 1969 di kala tempat – tempat majoriti Melayu lain di Malaysia tidak berani untuk melakukan perubahan, masyarakat Balik Pulau, yang majoritinya Melayu dan berpendapatan rendah, petani dan nelayan telah membuat keputusan berani memilih parti Pembangkang Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan menolak Parti Perikatan.

Kata warga Balik Pulau yang hidup ketika itu termasuk cerita dari ibu saya , memaklumkan bahawa ramai pemimpin – pemimpin hebat berjiwa rakyat seperti Dr Burhannuddin Al Helmy, Ahmad Bustaman, Ishak Hj Muhammad @Pak Sako sering datang berpidato dan mendidik rakyat di Balik Pulau. Sehinggakan warga Balik Pulau menjadi warga yg lebih kehadapan melakukan perubahan seawal 1969.

8 Mac 2008, warga Balik Pulau sekali lagi menunjukkan keberanian mereka untuk membuat keputusan berani menolak Barisan Nasional di PRU12.

Sejarah membuktikan warga Balik Pulau di desa punya keberanian untuk membuat keputusan berani demi perubahan kerana bagi saya mereka ternyata adalah #BangsaPerubah

1969 PSRM
2008 KEADILAN
2018 ___________

#BalikPulau #BangsaPerubah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *