MENGUNDILAH DENGAN WARAS: MARTABATKAN KUASA RAKYAT SECARA BERKESAN !

 

DILEMA MELAYU
SIRI 612
BILA PEMBOHONGAN JADI BUDAYA POLITIK

Badi PRU 14 jelas kelihatan dari berbagai pembohongan, penipuan, kemunafikan manusia yang berstatus pemimpin dan ulamak. Ulamak jadi ular dalam semak. Allah pun tak selamat jadi bahan penipuan manusia jenis munafik ini. Dalam khutbah pun ada menteri mempertahankan lanunan 1MDB sebagai halal bin wajib. Inilah jenis ular dalam semak yang sapu derma anak yatim piatu, ibu tunggal untuk dia enjoy di US dengan alasan hendak bertemu dengan pelajar-pelajar Islam.

Ada pula beberapa datuk angguk seperti kaldai kenyang menggunakan status mufti untuk menipu ummah agar menyokong kemungkaran dan korupsi yang bermaharajalela¬† kini. Janganlah hairan bin terkejut kalau sebahagian besar umat Islam memandang remeh setengah ulamak yang memberi ‘fatwa’ songsang mempertahankan para koruptor yg berkuasa.

PM Najib dengan bangga, penuh nafsu, mengisytiharkan manifesto BN yang mempunyai lebih 200 halamn dengan berbagai projek mimpi untuk menabur harapan rakyat. Dia lupa rakyat lebih bijak darinya dan kabilah menteri yg menyokong kemungkarannya. Rakyat tidak tersilau dengan mimpi dongeng manifesto BN.

Sekarang rakyat mahu hanyutkan Najib dan kabilah koruptornya dari Putrajaya. Mereka mahu perubahan dalam kepimpinan negara. Mereka mahu Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir menjadi PM ke7, dan mereka yang super korup, menyalahgunakan kuasa diheret ke mahkamah, dan dijeblos dalam penjara.
Ingat, rakyat sudah bangkit. Rakyat sudah bertekad mahu hanyutkan Najib &BN dari Putrajaya pada PRU 14.

Yang menentukan nasib rakyat dan negara adalah rakyat berbilang kaum di bumi bertuah ini, bukan Najib, bukan BN dan bukan istana.

INILAH MASANYA RAKYAT MENGGUNAKAN UNDI YANG BERHARGA UNTUK HANYUTKAN BN DAN PAS YANG MENGIKAT SERBAN PADA UMNO. ALLAH BERSAMA RAKYAT YANG MENDERITA, YANG DIANIAYA, DITIPU OLEH PARA PEMIMPIN YANG SUPER KORUP BERTARAF CAKRAWALA.

Kamu boleh buat berbagai muslihat kotor menipu rakyat untuk kekal berkuasa. Tetapi kamu tidak boleh menipu Allah Yang Maha Kuasa. Kuasa Allah akan mendorong rakyat nyahkan kalian dari Putrajaya pada PRU 14 ini. Dimana saja rakyat bangkit, menyumpah, meludah, memaki hamun kalian yang korup dan gila kuasa. Mereka sembahyang hajat, berdoa mohon Allah laknati kalian.

Rakyat bangkit menentang korupsi, kemungkaran dan kemunafikan. Mereka akan beramai-ramai keluar mengundi untuk memberi kemenangan gemilang kepada Tun Mahathir dan Pakatan Harapan. InsyaAllah Pakatan Harapan akan menang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *