KENYATAAN MANTAN ADUN TELUK BAHANG MENJELANG PRU KE 14

TERIMA KASIH YAB PERDANA MENTERI DAN SEMUA PARA PENGUNDI DUN TELOK BAHANG.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, pada hari ini secara rasminya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah di bubarkan. Terkenang ketika 5 tahun yang lalu, ketika saya mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Telok Bahang setelah dipilih ketika PRU yang ke-13 dan hari ini secara rasminya tamatlah tugas saya sebagai Wakil Rakyat.

Ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pucuk kepimpinan tertinggi YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi serta seluruh saf kempimpinan Menteri Kabinet diatas kepercayaan dan segala bantuan yang diberikan dalam tugas saya demi membantu masyarakat dan pengundi di sini. Tidak dilupakan juga kepada seluruh kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang yang telah banyak membantu serta memberi kerjasama yang tidak akan saya lupakan.

Diatas kesempatan ini, saya Shah Headan Bin Ayoob Hussain Shah ingin memohon ampun dan maaf sepanjang perkhidmatan saya sebagai wakil rakyat dan saya juga mewakili seluruh pegawai dan kakitangan saya di Pusat Khidmat Kadun Telok Bahang, kami memohon ampun dan maaf kepada seluruh masyarakat khususnya di Telok Bahang dan amnya seluruh Balik Pulau. Paling penting kepada saya adalah kepada semua para pengundi yang telah memberi kepercayaan serta mandat untuk saya berkhidmat, saya amat berterima kasih kepada mereka dan saya sedar bahawa mereka ini “boss” saya dan saya hanya menjalankan tugas kepada mereka.

Sepanjang lima tahun tugas saya berkerja untuk rakyat banyak ilmu dan pengalaman yang saya perolehi. Suka dan duka kenangan saya bersama seluruh keluarga besar di dalam Kadun Telok Bahang tidak kira bangsa, agama dan ideologi, sememangnya ia menjadi satu kenangan kepada saya yang takkan saya lupakan.

Saya juga ingin berterima kasih saya kepada Ahli Parlimen Balik Pulau YB Datuk Seri Dr Haji Hilmi Bin Yahya, Adun Pulau Betong YB Datuk Dr Sr Farid Bin Saad, Adun Bayan Lepas YB Haji Nordin Bin Ahmad diatas kerjasama yang diberikan demi kepentingan kepada masyarakat di Balik Pulau sepanjang perkhidmatan kami sebagai wakil rakyat pada penggal kali ini.

Kepada semua jentera yang telah banyak membantu saya terutamanya UMNO Bahagian Balik Pulau, Sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, Parti-Parti Kompenen MCA, Gerakan, MIC dan MyPPP serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak lansung saya ucapakan terima kasih dan semoga PRU akan datang ini kita dapat terus berusaha dalam memastikan kemenangan parti Barisan Nasional yang kita sayangi ini.

Ucapan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada semua Pengerusi JKKKP dan Cawangan di Kadun Telok Bahang Tuan Haji Ramli (Teluk Awak), Tuan Haji Mohd Radzi (Telok Bahang), Tuan Haji Yusoff Bin Salam (Sungai Pinang), Tuan Look Ban Chua (Pantai Acheh), Tuan Ismail Johar (Kg. Nelayan Kuala Sungai Pinang), Tuan Chuah Tee Sung (Kuala Sungai Pinang), Tuan Abdul Khanan (Sungai Rusa), Tuan Salleh Bin Hassan (Permatang Pasir), Tuan Zainol (Jalan Bahru), Tuan Yeoh Seong Heng (Kuala Jalan Bahru), Tuan Ustaz Yakoob (Bukit Kecil). Mereka inilah yang telah banyak membantu saya dan pihak Pusat Khidmat dalam pengurusan serta khidmat bakti kepada masyarat dan tanpa mereka sukar untuk saya jalankan tugas-tugas sebagai wakil rakyat kerana mereka inilah tulang belakang yang banyak membantu. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada mereka serta seluruh jawatankuasa mereka.

Kepada semua imam-imam masjid, Pengerusi-Pengerusi Qariah serta AJK, pihak agensi-agensi kerajaan seperti GiatMARA, Risda, Jabatan Pertanian, MARA, Polis, Bomba, ICU, JKM, RELA, Politeknik, KKTM, IICT, Guru Besar, guru-guru, PIBG dan lain-lain serta NGO-NGO, rakan-rakan media yang sentiasa membantu dan mendokong sepanjang perkhidmatan saya, mereka sentiasa memberikan khidmat yang terbaik untuk masyarakat di kawasan Kadun Telok Bahang serta memudahkan urusan. Syabas serta tahniah saya ucapkan dan semoga Tuhan akan membalas segala budi baik khidmat mereka.

Dengan izin Tuhan, jika kemenangan sekali lagi berpihak kepada Barisan Nasional, kami sesungguhnya berjanji dan berikrar, akan melakukan yang terbaik, lebih baik daripada sebelumnya, segala kekurangan dan kesilapan akan diperbaiki. Apa yang penting, perjalanan transformasi tidak boleh terhenti setakat di sini sahaja, perjuangan ini adalah demi masa hadapan serta kesenangan kepada generasi anak cucu kita.

Pada PRU yang ke 14 ini saya yakin dan pecaya setelah segala usaha yang diberikan di bawah Parti Barisan Nasional ini akan terus kekal releven. Doa dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, inshaa Allah kemenangan yang lebih besar akan kita perolehi. Soal calon saya yakin dan percaya dengan keputusan yang akan dibuat oleh YAB Perdana Menteri adalah yang terbaik dan kita terus memberi sokongan dan gerak kerja yang sebaik mungkin demi Parti BN yang kita sayangi ini.

Harapan saya kita akan sama-sama terus membawa negara ini kearah yang lebih membangun seiring dengan transfomasi TN50. Saya juga dengan penuh kerendahan hati, memohon untuk diberi mandat baharu kepada Barisan Nasional untuk terus membawa Malaysia ke mercu kejayaan. Akhir kata sekali lagi saya ingin memohon maaf serta ucapan jutaan terima kasih kepada semua dan ayuh pastikan kejayaan milik kita inshaa Allah.

#BangkitlahNegaraKu
#N40TelokBahang
#MakeBalikPulauGreatAgain
#KitaPilihBiru
#BarisanNasional

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *