ADAKAH NELAYAN PP PUNYAI TEMPAT DAN MASA DEPAN DI P. MUTIARA ?

Neglecting Penang’s fishermen may lead to food security risk


Asas kestabilan ekonomi bukannya  pertumbuhan ekonomi yang laju  tetapi  pembangunan mapan yang ditunjangi  keseimbangan ekologi yang terpelihara !

Adakah nelayan PP mempunyai tempat dan masa depan di pulau bertuah ini. Suatu ketika kehidupan penduduk asal dan anak jati di P.Mutiara ialah menjadi nelayan. Sebut mana saja petempatan dari Teluk Bahang ke Teluk Kumbar asalnya adalah kampung nelayan. Kini 2 petempatan saja yang masih kekal iaitu Teluk Kumbar dan Teluk Bahang.Namun keduanya terutama Teluk Kumbang sedang nazak dikambus pembangunan apabila sebahagian besar lubuk ikan dan habitat hidupan laut seperti ketam, udang, siput, sotong dll akan ditebusguna menjadi pulau buatan. Habitat yang ambil masa ribuan tahun untuk jadi bakal dihapuskan demi pembangunan yang pulangannya belum tentu rakyat mempunyai bahagian dan tempat tinggal. Gayanya pembangunan mewah kerana memakan biaya yang sangat tinggi. Harga tanah bakal melonjat ratusan RM sekaki persegi. Jadi alamat rakyat terbanyak bukan lagi keutamaan. Konon rakyat harus menukar kerjaya dari nelayan pantai menjadi pemandu teksi air. Di Teluk Bahang keadaan yang sama sedang menghimpit kehidupan nelayan tradisi. Pencemaran laut kerana selut yang dikorek dan dibuang mencemar dan memburukkan kualiti air. Adakah ini isyarat kerajaan negeri PP memberi isyarat nelayan bukan lagi keutamaan untuk dibela dan mereka harus mempersiapkan untuk gulung tikar, memberi laluan untuk pembangunan. Sepanjang pantai dari Teluk Bahang ke Gurney Drive( nama asal Bagan Jermal) pantai dan pinggirnya sedang dibangunkan hotel dan pembangunan mewah sehingga pantai bukan lagi milik awam. Semuanya menjadi kawasan komersial yang mahal untuk dihuni dan dikunjungi lengkap dengan pengawal keselamatan. Akibat pengabaian dan hilang keperihatinan satu demi satu kampung nelayan semakin hilang selepas merdeka. Jika Jepun, Korea, Taiwan, Thailand, Burma, Indonesia, Vietnam, Indonesia dll kehidupan nelayan dan penangkapan marin terutama ikan berkembang pesat dengan tangkapan yang meningkat. Di negara kita kehidupan nelayan semakin terumbang ambing dan terancam. Tidakkah ikan dan laut stok bekalan makanan kita ? Jika laut dikambus untuk tujuan tebusguna yang nahi bahagian rakyat di manakan masa depan kehidupan nelayan sebagai pembekal  hidupan laut yang segar demi untuk makanan harian/ sumber protin terhadap rakyat jelata. Nyata wujud kepincangan dalam pembangunan kita yang terlalu komersial dan bersifat kebendaan tanpa mementingkan soal bekalan makanan, kehidupan marin, kesengsaraan rakyat, habitat ikan dan kelangsungan kehidupan yang mengambil segala faktor demi kesejahteraan majoriti rakyat. Jangan hanya mementingkan pelaboran pihak yang berkepentingan demi keuntungan jangka pendek tetapi memudaratkan kehidupan majoriti rakyat yang menjadi mangsa pembangunan. Kerajaan hari ini sedangan berkrisis melawan alam sekitar tanpa bersifat harmoni dan adil terhadapnya. Tunggu bila alam sekitar bertindak kita tidak mampu melawan sebagai yang berlaku sepanjang tahun 2017 dengan berbagai bencana alam banjir selut,runtuhan vatu bukit dan banjir yang membuak cepat.Kerosakan yang dilakukan oleh tangan tangan manusia yang terlalu  gelojoh dengan pembangunan tanpa memikirkan sebab dan akibat sangat besar. Dasar kita terhadap pembangunan yang merobek dan ganas terhadap alam sekitar mesti dikaji. Begitu dengan dasar dasar yang secara hapus menghapus kehidupan nelayan dan generasinya di P.Pinang yang semakin terancam. Al Quran berpesan 1400 tahun  lampau dalam surah Al Rum surah 30 : 41

Maksudnya  Jelas nyata kerosakan di darat dan laut oleh perbuatan tangan aktiviti manusia

Neglecting Penang’s fishermen may lead to food security risk
Penulis Mustafa K Anuar Mac 2018
Fisherman Badrul Hisham Hashim, 49, at the Sungai Kluang fishing village in Bayan Lepas. Penang’s fishing communities have been struck by the ill effects of changing sea currents, due in part to the state’s land reclamation projects. – The Malaysian Insight pic by David ST Loh, March 3, 2018.
IF nothing is done to protect the environment and natural marine ecosystem, food security in the country and people’s livelihoods would risk falling into jeopardy, warned Penang fishermen.They said the coastal and marine ecosystems surrounding Penang island and the mainland must be protected at all costs to ensure sustainability and prevent the extinction of fisheries resources.No, or lack of, protection, said Penang fishermen, would also adversely affect the livelihoods and welfare of fishing communities in the state.This could also lead to an increase in the price of fish and other seafood.