MENGAPA KEDUDUKAN WARISAN MELAYU SANGAT TERANCAM DI PP :LANGSUNG TIADA NIAT PUAK KETUANAN MELAYU SELAMATKANNYA !

Pada hari ini saya ingin berkongsi pandangan tentang kedudukan warisan Melayu di P.Pinang menerusi pantun .

Pulau Pinang bandar baharu

Kepten Light menjadi raja

Kalau dikenang masa nan lalu

Rasa menitis si air mata

Pantun ini  tercetus  di zaman Kepten Francis Light menawan PP daripada Kesultanan Kedah. Zaman PP dijadikan hak penjajah Inggeris. Di era itu PENJAJAH INGGERIS adalah kuasa mutlak . Kuasa berubah daripada KETUANAN KESULTANAN  KEDAH kepada KETUANAN PENJAJAH.Kini zaman sudah berubah. 70 tahun sudah kita  MERDEKA.

Kenapakah pada realitinnya  keadaan orang Melayu  semakin teruk sehingga terpinggir di bumi sendiri, selepas merdeka. Nyata orang Melayu berpusu pusu lari keluar meninggalkan PP. Mengapa ? Melayu hilang tanah.Tanah tanah  Melayu habis dijual.Ia  dibeli oleh para  pemodal luar, China , India Jepun, Singapura dan bangsa bangsa. Mereka  kaum imigran yang dulu dibawa oleh  Inggeris untuk memunggah kekayaan Malaya. Ditambah pula oleh pemodal luar. Mereka membeli dan terus membeli apabila spekulasi harga tanah melambong semakin tinggi. Mengapa ?

Dasar kita selepas merdeka melulu bersifat ekonomi kapitalis yang terlalu  terbuka. Terlalu terbuka sehingga  gagal mempertahankan survival kita di bumi sendiri. Orang China dan India yang mempunyai pandangan masa depan tertumpu dan  mengaut kekayaan di bandar bandar utama. Bagaimana pun dalam masa yang sama mengekalkan warisan bangsanya secara ketara. Melayu iaitu penduduk asalnnya serba ketinggalan dan sedang terhambat daripada George Town khasnya dan P.Pinang amnya.

Lihat apa yang sedang berlaku di kawasan tegar Melayu kini, di Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan Balik Pulau.Kita semakin tersudut di bumi sendiri. CHINA dan INDIA mengekalkan warisannya di George Town. Warisan Melayu dan sejarahnya di pandang sepi dan dipertikaikan oleh para pemimpin bangsa sendiri.

Warisan Melayu dalam bentuk perkampungan tertua sebelum kedatangan Inggeris tidak pun dipedulikan untuk dikekalkan walau pun hanya sekerat bahagian atau di suatu sudut pun dikawasan pembangunan. Pembangunan diberi izin oleh undang undang tanah yang disahkan oleh Kanun Tanah Negara untuk membuldozerka  kesemuanya tanpa ada empati terhadap warisan sendiri untuk dikekalkan. Contohnya rumah warisan kita. Bahkan rumah Syed Sheikh Al Hadi, tokoh gerakan pembaharuan Islam dan kesusasteraan Melayu moden, rumahnya gagal diselamatkan apabila ditukar menjadi tokong China. Begitu dengan rumah Ahmad Rashid Talu pemula novel Melayu terbiar begitu saja.

Selepas merdeka dari segi demografi dalam aspek pembangunan Melayu semakin  terpinggir  dalam perjuangan mengekalkan warisannya. Gagal sama sekali apabila sejarah pembukaan dan kehadirannya di P.Pinang dinafikan.  Warisan Melayu terpupus di bumi sendiri di depan mata para pemimpin elit bangsa dan korporatnnya yang gelojoh dengan pembangunan fizikal dan komersial yg ketepikan sejarah, budaya dan tamadun bangsanya di P.Pinang. P.Pinang sama sekali terpisah daripada kesultanan Kedah.

Sejarahnya dipangkas dan detiknya  hanya baru bermula pada 11 Ogos 1786. Sebelum itu P.Pinang adalah pulau kosong tanpa penempatan kekal. Jadi dengan senang kita diperbodohkan bahawa kehadiran Melayu pun selepas itu bersama sama dengan kedatangan kaum imigran.

Apabila terdesak dari segi politik, lalu mengapa  ramai ramai  kita dikerah menjerit,  meneriakkan KETUANAN MELAYU !!!!!! Sedangkan kita bukan lagi tuan dalam bentuk penobatan sejarah dan kehadiran yang ketara dalam pembangunan. Seperti kata TUN MAHATHIR benarkah kita TUAN di bumi sendiri ? Kita hanya mampu melihat pembangunan. Ia bukan milik kita. Sehingga kini di PP belum ada tanah yang digazetkan sebagai tanah Warisan Melayu. Jadi dimanakah ketuanan kita di P.Pinang dan dibandar bandar utama kerana pembangunan yang menunjangi kita adalah pembangunan dalam bentuk hutan batu batu semata. Pembangunan yang nihil budaya, tamadun, sejarah dan warisan bangsa sendiri yang dikatakan sebagai bumiputra dan pribuminya di negara yang telah merdeka tetapi minda dan jiwanya madih terjajah.

Di atas robohan Kota Melaka

Kita bangunkan jiwa merdeka

Bersatu padulah segenap baka

Mempertahankan hak keadilan pusaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *