ISU TANAH PERDA BELUM REDA ! BOLEHKAH TANAH YG TELAH DIJUAL DITENTUKAN SYARAT PULAK DAH ?

 

Shabudin Yahaya menunjukkan keratan pelan kawasan Tok Keramat,
Shabudin Yahaya menunjukkan keratan pelan kawasan Tok Keramat, Nibong Tebal yang menjadi isu penjualan tanah milik Perda dalam sidang akhbar di bangunan Perda, Butterworth, Pulau Pinang, semalam. UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM

Pengerusi Perda, Datuk Shabudin Yahaya berkata, pembangunan semula tanah seluas 3.4 hektar di Tok Keramat itu telah dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah selepas membuat analisis keuntungan kos. (cost benefit analysis).

Menurutnya, tanah itu telah dipecahkan kepada 240 lot-lot kecil yang telah diluluskan pelan kebenaran merancang untuk membina rumah kos rendah pada 1988 atau 28 tahun lalu.

“Namun, berlaku mendapan pada fasa satu projek itu kerana terletak di tepi sungai mengakibatkan 107 unit rumah yang telah dibina terpaksa dirobohkan kerana masalah tersebut serta menyebabkan projek pemba­ngunan itu terbengkalai.

“Jika projek itu diteruskan, Perda akan mengalami kerugian sebanyak RM10 juta, jadi kami ambil keputusan jual tanah itu pada harga RM1.42 juta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Shabudin mengulas dakwaan Ke­tua Menteri, Lim Guan Eng semalam yang meminta Shabudin memberi penjelasan berhubung penjualan tanah awam milik Perda itu, kononnya di bawah harga pasaran.

Guan Eng mendakwa, nilai kese­luruhan tanah yang mempunyai 18 plot itu adalah RM16.6 juta, namun dijual Perda pada tarikh penukaran hak milik pada 28 Jun tahun lalu dengan nilai lebih RM1.4 juta.

Tambah Shabudin, proses penjualan tanah itu dibuat dengan bersyarat iaitu pembeli tanah tersebut harus membina rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat kawasan terbabit.

Sebagai ganti tanah yang dijual, Shabudin memaklumkan, Perda te­lah membeli tanah lain di kawasan SPS seluas 4.8 hektar untuk diba­ngunkan projek rumah kos rendah dan sederhana rendah.

“Perda ambil maklum nilai semasa harga tanah di kawasan itu se­perti yang didakwa oleh Guan Eng, namun harga yang diumumkan itu adalah nilaian kawasan sekitar.

“Jika mahu diambil kira nilai­an semasa, kadar harga rumah yang akan dijual adalah antara RM400,000 hingga RM500,000 yang pastinya tidak mampu dibeli rakyat berpendapatan rendah di kawasan itu.

“Itu sebabnya pemaju di Tok Keramat disyaratkan membina rumah yang boleh dijual pada harga RM42,000 hingga RM72,000 atau maksimum sehingga RM200,000,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *