PAKATAN HARAPAN SERIUS TENTANG PENYELEWENGAN INI :AKAN KEMBALIKAN HAK RAKYAT BILA MENANG !

RAMPAS BALIK TANAH PERDA YANG TERGADAI DI TOK KERAMAT DEKAT SEBERANG PERAI SELATAN, JIKA AMBIL ALIH KERAJAAN PERSEKUTUAN

Dalam portal antarabangsa The Guardian baru-baru ini, dilaporkan, Parti Buruh UK jika menjadi kerajaan kelak berhasrat untuk merampas kembali segala tanah, hartanah serta kepentingan negara yang tergadai, tanpa membayar walau sesen pun dana awam kepada pihak kroni swasta.

Banyak pihak mengkritik hasrat parti berkenaan, kononnya melampau serta tidak berdasarkan pada undang-undang negara.

Bagi John McDonnell, kalau undang-undang yang dipinda membenarkan semua kepentingan negara boleh dirampas tanpa membayar walau sesen pun pampasan, maka tindakan tersebut adalah bukan jenayah di negara tempat undang-undang itu digubal.

Sejarah

Menyorot sejarah perundangan dunia, pampasan memang dibayar kepada semua pihak berkepentingan ketika undang-undang pemansuhan sistem perhambaan digubal di seluruh empayar Britain pada tahun 1833.

Namun, 10 tahun kemudian, iaitu selepas tamatnya perang saudara di Amarika Syarikat, di negara itu jua turut dimansuhkan sistem perhambaan secara perundangan, dengan semua pihak berkepentingan langsung tidak dibayar walau satu sen pun oleh kerajaan memerintah.

Fahamnya di sini, tak menjadi jenayah di Amerika Syarikat jika kerajaan tidak membayar pampasan bagi tiap-tiap hamba yang dibebaskan, kerana ada undang-undang sebegitu digubal di negara itu.

Tapi, amalan sebegitu adalah suatu jenayah di Britain kerana undang-undang yang digubal memberi hak kepada pihak berkepentingan untuk mendapatkan pampasan daripada kerajaan bagi tiap-tiap hamba yang dimerdekakan.

Mustahil hapus GST?

Dalam konteks politik perlembagaan di Malaysia ini, sesiapa pun yang ada suara majoriti di Parlimen, mereka ada kuasa untuk menggubal atau memansuhkan satu-satu undang-undang.

Rejim kleptokrasi Najib Razak boleh menggubal undang-undang berkaitan GST kerana UMNO BN mempunyai suara majoriti di Parlimen.

Selepas PRU14 nanti, jika Pakatan Harapan mempunyai suara majoriti di Parlimen, mereka pun boleh menghapuskan GST yang membebankan rakyat terbanyak.

Sebagaimana didalihkan oleh UMNO BN, jika difahami realiti politik perlembagaan mudah sebegini, mereka tidak akan menganggap manifesto Pakatan Harapan untuk memansuhkan GST dalam tempoh 100 hari selepas penubuhan Kerajaan Persekutuan sebagai sesuatu yang mustahil.

Pulau Pinang

Beberapa tahun lalu di Pulau Pinang, PERDA di bawah kepemimpinan Dato’ Shabudin Yahaya menjual 3.461 ekar tanah awam dekat Tok Keramat, Seberang Perai Selatan kepada pemaju swasta dengan harga serendah RM1.427 juta sahaja.

Walhal Jabatan Penilaian & Perbendaharaan Harta di bawah Kementerian Kewangan Pusat sendiri menetapkan harga pasaran tanah adalah setinggi RM16.636 juta.

Fahamnya di sini, rakyat rugi kira-kira RM15.2 juta kerana PERDA yang dikuasai pemimpin UMNO BN sendiri telah menjual tanah awam rakyat kepada kroni.

Bagi saya, kalau dalam Kanun Tanah Negara yang dipinda ini, antara lain membolehkan tanah-tanah awam yang tergadai ini dirampas kembali tanpa satu sen pun wang pampasan dibayar kepada kroni UMNO, maka tindakan sebegitu adalah sah di sini undang-undang.

Rampas tanah yang digadai oleh PERDA ketika Shabudin memimpin agensi persekutuan tersebut mesti menjadi salah satu hasrat Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Biar rakyat, khususnya Melayu buka mata luas-luas untuk melihat Pakatan Harapan berusaha untuk mengambil balik tanah rakyat yang tergadai dek ketamakan pemimpin UMNO BN.

Saya mohon mencadang.

#DEKPOS
#ManifestoMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *