KISAH ANAK SENI P.PINANG : AHLI MUZIK ZAMAN P.RAMLEE

 

Informasi tentang penglibatan aruah bapa saya dalam bidang muzik menurut uncle Noordin Che Din….

Nordin CheNordin Che Din says…

Sdr Jais, bapa sdra, Abd Karim bin Ibrahim adalah Ahli muzik angkatan P.Ramlee lagi.

Penglibatannya dlm Arena muzik mula menonjol pada tahun 50-an bila Radio Malaya Stesen Penang membuat siaran permainan pancaragam dari Bangunan United Engineers di Bishop Street. Masa tu, permainan pancaragam adalah secara live, bukan recording.

Antara pancaragam yg terkenal ialah Bayangan Bandung, Pemuda Ria, Orkes Rindu Malam, Pancaragam Geliga, Orkes Hawaiin Hawaiin, Pantai Kelana dan Orkes Seri Melor.

Aruah Karim atau lebih dikenali dgn nama Rahim (Rahim Burma) adalah bekas telephone operator Radio Malaya mula bermain alat clarinett dan alat percussion lain. Pernah juga menyanyi.

Pancaragam Pimpinan Karim Ibrahim bersama pemain violin Yahaya ialah orkes Dendang Sukma. Apabila orkes Irama Seni pimpinan Cik Zainal Abidin ditubuh, Rahim berubah ke alat tiupan Alto Saxaphone.
Rahim juga tubuhkan orkes Asli dan Orkes Keronchong Sinar Utara. Dia bermain Ukelele.

Beliau pernah ikuti rombongan Kesenian negeri Pulau Pinang ke Adelaide Australia dan juga rombongan kebudayaan ke Medan Fair.

Itulah setakat yg bolih saya ingat secara sepontan. Semoga menjadi informasi yang terbaik buat sdr dan Ahli keluarga yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *