GEYLANG SERAI MEMBANGUN SOSIO BUDAYANYADGN PESAT – BILAKAH HAL INI AKAN BERLAKU KEPADA MELAYU DI P.PINANG

 

Wisma Geylang Serai sudah 95% siap! Dibuka bulan Mei ini sempena Ramadan- Fariza Abdul Aziz

Pembukaannya bertepatan dengan penganjuran bazar Geylang Serai sempena Ramadan.

Perkembangan terkini itu dikongsi Datuk Bandar CDC Tenggara Dr Maliki Osman dalam satu taklimat media hari ini (9 Feb).

Sebuah Jawatankuasa Penasihat baru, juga ditubuhkan untuk menyelia keseluruhan projek agar hasilnya dekat di hati masyarakat tempatan khususnya kaum Melayu.

Berdiri megah di tengah-tengah kawasan Geylang Serai, bangunan empat tingkat itu menjanjikan pengalaman bermutu bagi setiap lapisan usia.

Wisma Geylang Serai, atau WGS, merupakan sebuah projek yang diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan tujuh tahun lalu.

Fasa pembangunan dimulakan pada 2015 di bawah pemantauan Panel Penasihat Wisma yang memberi panduan kepada Jawatankuasa Penasihat Program Wisma Geylang Serai (PAC) berkaitan atur cara.

PAC dipengerusikan Menteri Kanan Negara bagi Pertahanan dan Ehwal Luar, yang juga Datuk Bandar CDC Tenggara, Dr Maliki Osman.

Naib pengerusinya pula adalah Penasihat Akar Umbi kepada Pertubuhan Akar Umbi Geyalng Serai, Profesor Madya Fatimah Abdul Lateef.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *