PEMBAHAGIAN KERUSI PH ANTARA PPBM, PKR dan AMANAH

PENGAGIHAN KERUSI PARLIMEN PAKATAN HARAPAN DI SEMENANJUNG

Kerusi parlimen yg akan ditandingi *PPBM*

1. Arau
2. Pdg Besar
3. Langkawi
4. Jerlun
5. Kbg Pasu
6. Jerai
7. Pendang
8. Baling
9. Pasir Puteh
10. Bachok
11. Jeli
12. Gua Musang
13. Ketereh
14. Machang
15. Tumpat
16. Hulu Terengganu
17. Setiu
18. Besut
19. Tasek Gelugor
20. Larut
21. Lenggong
22. Tambun
23. Bagan Serai
24. Gerik
25. Tapah
26. K Kangsar
27. Pasir Salak
28. Jerantut
29. Kuala Krau
30. Lipis
31. Paya Besar
32. Maran
33. Pekan
34. Tg Karang
35. Sabak Bernam
36. Sg Besar
37. Putrajaya
38. Titiwangsa
39. Kuala Pilah
40. Jempol
41. Alor Gajah
42. Masjid Tanah
43. Pagoh
44. Mersing
45. Tenggara
46. Sri Gading
47. Penggerang
48. Pontian
49. Muar
50. Simpang Remggam
51. Kota Tinggi
52. Tg Piai

Kerusi parlimen yg akan ditandingi *PKR*

1. Kangar
2. Alor Setar
3. Kuala Kedah
4. Kulim Bandar Baru
5. Merbok
6. Padang Serai
7. Sungai Petani
8. Permatang Pauh
9. Bayan Baru
10. Nibong Tebal
11. Balik Pulau
12. Padang Rengas
13. Gopeng
14. Sungai Siput
15. Bagan Datoh
16. Tanjung Malim
17. Hulu Selangor
18. Selayang
19. Gombak
20. Ampang
21. Pandan
22. Petaling Jaya Selatan
23. Kelana Jaya
24. Subang
25. Kapar
26. Kuala Langat
27. Lembah Pantai
28. Setiawangsa
29. Wangsa Maju
30. Batu
31. Bandar Tun Razak
32. Teluk Kemang
33. Rembau
34. Bukit Katil
35. Tangga Batu
36. Segamat
37. Sekijang
38. Ledang
39. Batu Pahat
40. Sembrong
41. Pasir Gudang
42. Johor Bahru
43. Tebrau
44. Indera Mahkota
45. Kuantan
46. Bera
47. Kemaman
48. Dungun
49. Tanah Merah
50. Pasir Mas
51. Rompin

Kerusi parlimen yg akan ditandingi *Amanah*

1. Pokok Sena
2. Sik
3. Pdg Terap
4. Kepala Batas
5. Lumut
6. Parit
7. Parit Buntar
8. Bkt gantang
9. Kota Raja
10. Sepang
11. Hulu Langat
12. Shah Alam
13. Kuala Selangor
14. Jasin
15. Pulai
16. Simpang Renggam
17. Jelebu
18. Tampin
19. Temerloh
20. Marang
21. Kuala Terengganu
22. Kuala Nerus
23. Kubang Krian
24. Kota Bharu
25. Pengkalan Chepa
26. Bachok
27. Rantau Panjang

KERUSI DAP

SEJAUH MANAKAH UMNO – BN MENGURUSKAN EKONOMI NEGARA SECARA BERHEMAH SELAMA 2 DEKAD !!!

Contoh dok ADA
Nah.. baca ni, penulis dari group LHDN

Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.

Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.

Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.

Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.

Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.

Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:

a. Belanjawan Tahunan

Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.

Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.

Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:

Perbelanjaan (P) Hasil (H)

2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion

b. Hutang Negara

Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun.

Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.

Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:

1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion
2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion
(Sumber The Economist)

Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion.

Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.

Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.

Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion.

c. Ketirisan Perbelanjaan

Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.

Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaa
n merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion.

Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?

Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.

Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat.

GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.

GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas.

Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin.

Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.

Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 – RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan.

MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAG RM 847 BILION DAN FAEDAH NYA, TENTUNYA DARI RAKYAT YAKNI CUKAI.
CUBA KITA KIRA – 847 BILION/30 JUTA RAKYAT MALAYSIA:
847000,000,000/30=
RM28233.3 JUTA, JADI SETIAP RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI HUTANG SEBANYAK RM 28.23 BILION.
JADI JIKA PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH MALAYSIA AKAN BENGKRAP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN NAJIB SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN DAN PERHIDMATAN, SUDAH BEGITU PUN NAJIB MASIH MENGEKALKAN HIDUP BERMEWAH2……

TOLONG VIRAL KAN AGAR SEMUA RAKYAT TAHU TAK KIRA LA ANDA DI PIHAK YG MANA.
#SELAMATKANMALAYSIA
#BINA SEMULA NEGARA

AGIHAN KERUSI PARLIMEN PH DI SEMENANONG SELESAI – AMANAH MUKTAMATKANNYA !

Pembahagian 165 kerusi parlimen untuk gabungan PAKATAN HARAPAN selesai.Agihan tersebut untuk kerusi di Semenanjong / Malaysia Barat tak termasuk SABAH dan SARAWAK.

PPBM akan bertentang hebat dengan UMNO terutama kerusi kerusi genting di rancangan FELDA, fix deposit UMNO. Wang dan bantuan segera dalam bentuk pelincir akan turun. Ingat wang itu bukan percuma.Para peneroka akan terpaksa bayar balik dalam bentuk hutang terhadap FELD – FGV. Ini masalah besar yg mereka hadapi apabila terjerat dengan penvurusan FELDA yang dikawal FGV. Tanah FELDA kini milik siapa ? Adakah milik peneroka lagi. Mereka hanya pemegang saham saja dalam unit yg kecil. Jika menjual saham mereka tiada hak lagi. Hatta atas kediaman yang mereka duduki. Inilah perjuangan MAZLAN ALIMAN. Kembalikan hak FELDA kepada peneroka sebagaimana rancangan asalnya.

Kata Tun Mahathir kesepakatan itu tercapai apabila Parti Amanah Nasional memuktamatkannya.

USTAZ WAN JI JAWAB TUDUHAN HJ HADI TERHADAP KERAJAAN PP

 

SELAMA TIDAK MEMFITNAH, HADI TIDAK DIHALANG BERCERAMAH DI PULAU PINANG

Dalam akhbar Berita Harian hari ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada membuat dakwaan palsu terhadap suasana rakyat di Pulau Pinang.

2. Ketika rakyat Pulau Pinang sedang menerima bantuan banjir dari kerajaan Negeri sebanyak RM700, Kenyataan Presiden PAS itu membuktikan bahawa dakwaan bahawa rakyat Pulau Pinang sedang keperitan adalah amat jelas bahawa beliau sedang berbohong.

3. Dari sudut perkembangan Islam pula, Pulau Pinang adalah antara negeri yang tidak pernah menghalang ceramah agama di masjid dan surau dari mana-mana penceramah agama, hatta Presiden PAS sendiri. Cuma, sikap yang ditetapkan oleh pihak kerajaan agar sebarang ceramah tersebut tidak membawa sebarang elemen permusuhan, fitnah dan merosakkan Imej Islam seperti perkauman, terutama kerajaan negeri selalu tawarkan pendekatan Rahmat sekelian alam agar diterapkan di semua masjid dan surau di sekitar Pulau Pinang.

4. Tidak sepertimana di beberapa buah Negeri di Malaysia, Pulau Pinang tidak senaraikan nama-nama penceramah agama yang terkenal dari dihalang berdakwah di Pulau Pinang, seperti Dr MAZA, Dr Rozaimi Ramli, Dr Danial Zainal Abidin, Ustaz Hussin Yee, malahan sebarang guru dari Aliran Asya’irah juga dibenarkan seperti Ustaz Shahul Hamid yang sejak sekian lama berdakwah di Pulau Pinang. Malahan, di kebanyakan masjid dan surau di Pulau Pinang masih banyak ceramah ustaz-ustaz PAS, walaupun kadangkala ucapan mereka penuh dengan fitnah dan dakwaan palsu terhadap kerajaan Pulau Pinang.

5. Andai presiden PAS tidak terpengaruh dengan berita Propaganda UMNO/BN, sudah pasti Presiden PAS akan akui bahawa perkembangan Islam di Pulau Pinang jauh lebih baik dari banyak Negeri di Malaysia. Ekoran itu, baru-baru ini, kerajaan menganugerahkan lebih 10 orang tokoh pendakwah sebagai tokoh Ma’al Hijrah sebagai teladan dakwah di semua negeri-negeri di Malaysia.

6. Ajaibnya, Presiden PAS tidak pula menyerang MCA yang apabila kerajaan negeri menaikkan bajet untuk hal ehwal Islam, pihak MCA selalu menuduh kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan seperti anti cina.

7. Saya kira, Presiden PAS dalam membuat kenyataan, bahawa beliau bukan sekadar perlu memikirkan tidak membuat tuduhan jahat dan dusta berkenaan kerajaan, malahan perlu berfikir bagaimana dia mahu menjawab hadapan Allah atas dakwaan palsu beliau itu di akhirat nanti.

Sekian

Wallahu A’lam

Ustaz Wanji Wanhussin Wanji

#IslamPenang

APA DOK JADI KAT P.PINANG LANI – GEJALA OVER DEVELOPMENT LAWAN ALAM SEKITAR !

 

Due to heavy rainfall in Penang for two days, soil has flowed off the hills and unto the sea at Shamrock beach. If you look at what’s going at the hills, it is no surprise that the water has turned to the colour of ‘Teh-Tarik’ and we are worried that it may have an effect in the marine environment.