PEMBANGUNAN OH PEMBANGUNAN ! APA YANG RAKYAT DAPAT BILA KAU DATANG : RAHMAT ATAU BENCANA ?

Semasa saya menghantar surat di kondominium Jelutong. Saya terlihat pemandangan ini. Dari atas condo.Masya Allah kampung Jelutong ini telah dikelilingi oleh pembangunan melampau dengan kehadiran rumah rumah mewah. Soalnya adakah rakyat mampu untuk memilikinya ? Atau rakyat hanya mampu tengok sahaja? Mengapa kita tidak serius dengan kehilangan kampung kita dan bersikap membisu walau rakyat  tiada bahagian langsung dalam pembangunan mewah tanpa kuota untuk rakyat. Rakyat hendak ke mana ? Ke kuala sungai, ke laut, ke pinggir bukit, ke mana semuanya telah dikepong dan dimiliki. Bila kita  terkepung, ibarat dikurung oleh pembangunan yang melampau dan tidak mampu dibeli  Kos sara hidup  semakin meningkat sedangkan upah tidak bertambah. Pendapatan rakyat semakin mengecil dihisap inflasi, kos sara hidup yang meningkat, cukai GST dan macam macam tekanan dalam sistem hidup berkerajaan yang tidak perihatin langsung kepada keperitan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *