USTAZ WAN JI JAWAB TUDUHAN HJ HADI TERHADAP KERAJAAN PP

 

SELAMA TIDAK MEMFITNAH, HADI TIDAK DIHALANG BERCERAMAH DI PULAU PINANG

Dalam akhbar Berita Harian hari ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada membuat dakwaan palsu terhadap suasana rakyat di Pulau Pinang.

2. Ketika rakyat Pulau Pinang sedang menerima bantuan banjir dari kerajaan Negeri sebanyak RM700, Kenyataan Presiden PAS itu membuktikan bahawa dakwaan bahawa rakyat Pulau Pinang sedang keperitan adalah amat jelas bahawa beliau sedang berbohong.

3. Dari sudut perkembangan Islam pula, Pulau Pinang adalah antara negeri yang tidak pernah menghalang ceramah agama di masjid dan surau dari mana-mana penceramah agama, hatta Presiden PAS sendiri. Cuma, sikap yang ditetapkan oleh pihak kerajaan agar sebarang ceramah tersebut tidak membawa sebarang elemen permusuhan, fitnah dan merosakkan Imej Islam seperti perkauman, terutama kerajaan negeri selalu tawarkan pendekatan Rahmat sekelian alam agar diterapkan di semua masjid dan surau di sekitar Pulau Pinang.

4. Tidak sepertimana di beberapa buah Negeri di Malaysia, Pulau Pinang tidak senaraikan nama-nama penceramah agama yang terkenal dari dihalang berdakwah di Pulau Pinang, seperti Dr MAZA, Dr Rozaimi Ramli, Dr Danial Zainal Abidin, Ustaz Hussin Yee, malahan sebarang guru dari Aliran Asya’irah juga dibenarkan seperti Ustaz Shahul Hamid yang sejak sekian lama berdakwah di Pulau Pinang. Malahan, di kebanyakan masjid dan surau di Pulau Pinang masih banyak ceramah ustaz-ustaz PAS, walaupun kadangkala ucapan mereka penuh dengan fitnah dan dakwaan palsu terhadap kerajaan Pulau Pinang.

5. Andai presiden PAS tidak terpengaruh dengan berita Propaganda UMNO/BN, sudah pasti Presiden PAS akan akui bahawa perkembangan Islam di Pulau Pinang jauh lebih baik dari banyak Negeri di Malaysia. Ekoran itu, baru-baru ini, kerajaan menganugerahkan lebih 10 orang tokoh pendakwah sebagai tokoh Ma’al Hijrah sebagai teladan dakwah di semua negeri-negeri di Malaysia.

6. Ajaibnya, Presiden PAS tidak pula menyerang MCA yang apabila kerajaan negeri menaikkan bajet untuk hal ehwal Islam, pihak MCA selalu menuduh kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan seperti anti cina.

7. Saya kira, Presiden PAS dalam membuat kenyataan, bahawa beliau bukan sekadar perlu memikirkan tidak membuat tuduhan jahat dan dusta berkenaan kerajaan, malahan perlu berfikir bagaimana dia mahu menjawab hadapan Allah atas dakwaan palsu beliau itu di akhirat nanti.

Sekian

Wallahu A’lam

Ustaz Wanji Wanhussin Wanji

#IslamPenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *