PERIHAL HILANGNYA TANAH REZAB NEGERI DI SAAT P.PINANG KESUSUTAN TANAH UNTUK PEMBANGUNAN RUMAH MAMPU MILIK !

  • Apa akan jadi bila kerajaan meninggalkan tanggung jawab sosialnya terhadap rakyat ?
  • Apa yang dah jadi tanggung jawan mengadakan perumahan untuk rakyat diserahkan kepada swasta
  • Adakah swasta akan buat rumah atas kemampuan rakyat ?
  • Bila tanah negeri dijual kepada swasta, dimanakah pula kerajaan nak cari tanah untuk bina rumah mampu milik pada rakyat yg berpendapatan tak seberapa.
  • Apa sebenarnya fungsi kerajaan, apakah kerajaan kini bersubhat dengan swasta untuk merompak hasil negara, kemudian sama sama buat untung.
  • Kehidupan rakyat kini semakin terjerut adakan pemimpin politik yg menguasai kerajaan peduli.
  • POLITIK yakni perjuangan kini untuk isi perut rakyat atau isi perut sendiri

PERIHAL HILANGNYA TANAH TANAH ORANG MELAYU DI P.PINANG

 

Ini secebis kisah bagaimana tanah tanah Melayu berpindah tangan.Banyak lagi kes kes  yang lebih dahsyat. Koperasi  Tunas Muda zaman Tun Razak dapat peluang/ jaminan Kerajaan pusat untuk beli tanah seluas 1000 ekar tanah di Sungai  Ara .Malangnya selepas dapat gerakan milik  satu demi satu jurai tanahnnya diberi kepada syarikat perumahan bukan Melayu  sehingga hampir habis.Itulah kata orang tua tua  ADA TANAH TAK ADA ERTI. CHINA TAK ADA TANAH TAPI ADA ERTI.MENGAPA ? KERANA NILAI ADA ATAS TANAH, MEREKA MAJUKAN – MEREKA DAPAT BAHAGIAN LEBIH BANYAK DARIPADA TUAN TANAH ! Kita ambil mudah kerana  nak  hasil dan faedah cepat tanpa mahu berusaha lebih.Akhirnya tanah tanah yang  asal milik Melayu, bila jadi perumahan berpindak milik kepada bukan Melayu. Demografi Melayu merosot dan pelan pelan kita hilang kawasan DUN dan parlimen.Melayu tak sensitif tentang tanah dan mudah bagi tanah pada pemaju China . Takkanlah tak ada pemaju Melayu dan syarikat Melayu yang boleh buat projek sendiri. MERDEKA bererti berdikari MANDIRI bukan harap komisyen dan keuntungan mudah hasil daripada usaha orang lain.Penyakit suka jual hak untuk dapat kesenangan cepat sangat disukai oleh para korporat Melayu.Mereka bukan ahli perniagaan yg tulin. Mereka  inilah yang jadi punca kegagalan ekonomi Melayu kerana mudah menjual jual tanah.

Akhirnya  apa jua kuota dan kepentingan Melayu berpindah  kepada  bukan Melayu dalam putaran  ekonomi pasaran bebas secara leluasa.Golongan ini juga masuk politik pukul gendang propaganda sebagai penjaga KETUANAN MELAYU. Sedangkan merekah yang menjadi juara menjual hak hak Melayu  atau  jadi broker menyebabkan tanah Melayu tergadai krn hasil pengkhianatan mereka.Mengapa ? Mudah menjadi alat kapitalis untuk memperperdayakan Melayu menjual tanah tanah yang berpotensi tinggi kepada orang asing atau orang bukan Melayu.

TIAN CHUA JAWAP PANTUN PM NAJIB TERHADAP DSAI

‘Gagak berlagak di atas dahan, Rajawali dihambat dalam kurung, Kalau benar anak jantan, buka sangkar ayuh bertarung’

       

Kalau dalam ilmu persilatan, ia ibarat gayung bersambut. Dalam seni berpandu, sudah dijual seeloknya dibeli pula.

Ia bermula dengan pantun mengusik Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Datuk Seri Najib Razak ketika kedua-dua mereka – bersama isteri masing-masing – bertemu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.

Anwar ditempatkan di HKL selepas selamat menjalani pembedahan pada bahunya baru-baru ini.

Menggunakan pantun lama Melayu Anwar mengemas kini media sosialnya selepas diziarahi Najib itu.

Tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan;
ziarah kami antara nampak,
esok PRU
 lawan tetap lawan.

Semalam semasa menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno Najib membeli pantun Anwar.

Burung merpati terbang sekawan,
hinggap seekor di atas dahan;
kita sahut ‘lawan tetap lawan’,
di PRU 
bertarunglah seperti anak jantan.

Hari ini Naib Presiden PKR, Tian Chua pula membeli pantun Presiden UMNO DS Najib

Jelas menjawab usikan Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur itu, Tian membalas pantun berkenaan.

Menariknya, pantun Tian yang dipaparkan di Twitter itu lebih bersifat mencabar.

Gagak berlagak di atas dahan,
rajawali dihambat dalam kurung;
kalaulah benar anak jantan,
buka sangkar ayuh bertarung!

Untuk memastikan pantun itu sampai ke sasarannya, Tian yang juga anggota parlimen Batu memetik akaun Twitter Najib.

Tian turut mengiringi pantun berkenaan dengan laporan berita disiarkan Malaysiakini.

Perkembangan yang jarang berlaku itu hadir ketika BN dan pembangkang mengadakan persiapan rapi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Walaupun mandat kerajaan melalui PRU ke-13 hanya akan berakhir pada Jun ini, biasanya parlimen akan dibubarkan lebih awal untuk membolehkan PRU diadakan.

Berbanding amalan demokrasi di kebanyakan negara – termasuk di rantau Asia Tenggara – kerajaan biasanya merahsiakan tarikh pembubaran parlimen daripada pembangkang.

Di kebanyakan negara pula pemerintah memaklumkan tarikh pilihan raya umum atau pemilihan presiden jauh lebih awal supaya persediaan dapat dijalankan dengan lebih mudah.

Selain Najib Anwar turut dilawati Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.