KETUM POTENSI EKONOMI BARU MALAYSIA !

Larang ketum: ‘Malaysia rugi RM100 juta setahun’

       

Malaysia dianggar mengalami kerugian lebih RM100 juta setahun kerana melarang penanaman ketum secara komersial untuk dieksport ke pasaran luar negara.

Pengerusi Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, negara kerugian ratusan juta ringgit setiap kali pihaknya membangkitkan cadangan itu.

“Apabila saya keluarkan kenyataan berkenaan ketum, negara lain yang ambil manfaat dan keuntungan menerusi syarikat multinasional mereka yang memenuhi permintaan ketum di Eropah.

“Sudah bertahun saya bangkitkan isu ini, kita lihat pasaran semasa sekarang penjualan daun ketum ke Eropah didominasi Indonesia dan Vietnam namun kita masih ditakuk lama,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *