TIDAK MALUKAH KITA APABILA TENGGELAMNYA WARISAN MELAYU DALAM GEORGE TOWN WORLD HERITAGE !

 

P.PINANG DALAM KENANGAN ORANG MELAYU

MALAYSIA adalah sebuah negara yang agak unik dan pelik. Di kala negara negara luar menyanjung dan menobatkan warisannya, kita seperti tidak peka.Malah kita tergamak mengetepikan kehadiran  tulisan jawi sebagai jati diri bahasa dan bangsa  Melayu sehingga ia hampir lenyap ditelan tulisan rumi. Jawi agak sayup daripada singgungan  generasi muda kita.

Kita juga tidak terkesan apabila akhbar berjasa  UTUSAN MELAYU terus lenyap begitu sahaja kerana kehilangan pembaca. Jasa akhbar tersebut terhadap perjuangan kemerdekaan kita dilupakan begitu sahaja.Begitu dengan tanda tanda sejarah kehadiran orang Melayu sebagai penduduk asal dan pembuka negeri seperti tidak ada nilai langsung kepada negara kita.

Kita lebih menyanjung Francis Light sebagai pembuka negeri dan pengasas P.Pinang.Justeru dalam GEORGE TOWN WORLD HERITAGE WARISAN MELAYU TIDAK TEMPATNYA. Sejarah P.Pinang  tidak dimulakan oleh orang tempatan iaitu Melayu. Ia dimulakan oleh Inggeris, China, India dan kaum pendatang. Tampaknya  merekalah yang membuka dan memakmurkan negeri ini.

Bagaimana dengan kehadiran  DATUK JENATON sebagai pembuka Gelugor, Datuk Nakhoda Besar atau Datuk Nakhoda Nan Intan pembuka dan pengasas Batu Uban, Datuk Nakhoda Kecil atau Nakhoda pembuka Jelutong, Datuk Keramat pembuka kawasan Datuk Keramat atau Kampung Dodol dan sekitar pesisir Sungai Pinang kini dan banyak lagi.

Kesemua mereka tiba 50 tahun lebih awal daripada Kepten Light yang sangat sangt dibanggakan dalam sejarah kita.Seolah kita tidak awal permulaan dalam pembukaan negeri ini.Jadi siapakah yang menamakan negeri ini PULAU PINANG ? Adakah Kepten Light juga iaitu PENANG bukan PINANG ikut pelat Inggeris.

Jadi adakah kedudukan orang Melayu sebagai pribumi dan bumiputeranya hanya sebagai penumpang semata mata.Jika Inggeris mengkesampingkan orang Melayu kita boleh menerimanya. Mengapa ? Inggeris adalah penjajah. Bagaimana dengan kepimpinan bangsa sendiri di zaman 60 tahun merdeka.

Jadi tidakkah ini satu jenayah dalam pembangunan yang bersifat kebendaan, fizikal semata mata tanpa pengisian sejarah, budaya dan tamadun bangsa. Apa yang Melayu dapat daripada pembangunan yang sangat dibanggakan. Tidakkan keterpinggiran dalam serba lapangan sehingga kehilangan hampir segalanya.

Hilang memartabatkan bahasa, hilang tulisan jawi, hilang jati diri bangsa, hilang tanah asal, hilang warisan, hilang habitat, hilang kampung halaman, hilang nama( Bagan Jermal jadi Gurney Drive, Tanjong jadi George Town,Gertak Sanggol jadi South Bay, Bagan jadi Butterworth dll ), hilang, hilang dan terus lesap/guyup daripada pandangan. Namun kita terus mendabik dada dengan kebanggaan yang bukan bukan tentang KETUANAN MELAYU !

SEDIKIT PENCERAHAN

GTWH telah menobatkan warisan kolonial dengan megahnya.Turut beruntung warisan China dan India. Di dalamnnya terdapat rumah terapung yang asalnya kawasan setinggan.Kini jadi warisan. Diterima warisannya China Town, Little India dan segala kazanah warisannya dalam lengkaran warisan dunia. Di situ tidak ada satu cebisan pun buat  warisan Melayu untuk mencelah.  MERDEKA ! MERDEKA ! MEREDEKA

PULAU PINANG BANDAR BAHARU

KEPTEN LIGHT MENJADI RAJA

KALAU DIKENANG MASA NAN LALU

MENITIS AIR MATA DI ERA MERDEKA

Pantun para leluhur kira melihat bahayanya penjajahan Barat

PERAHU LAYAR BELAR LAJU                                                                                          LAJU MENUJU LAUTAN CHINA                                                                          MERDEKA PASTI KITA TUJU                                                                                        YANG LAIN KAYA MELAYU MERANA

PANTUN DATUK ONN JAAFAR DI AMBANG MERDEKA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *