INi KHASIAT DAUN GANJA YANG DISEMBUNYIKAN AS & DUNIA PERUBATAN !

DAUN GANJA  DICIPTAKAN ALLAH  BUKAN UNTUK TUJUAN YANG SIA SIA. ADA FUNGSINYA UNTUK KESIHATAN UMAT MANUSIA.SALAH SATUNYA PENAWAR UNTUK MENYEKAT PEMBIAKAN  BARAH ATAU KANSER.DISEBABKAN ITU AS MEMBERHENTIKAN PENYELIDIKAN TERHADAP MARIJUANA. HASILNYA  KESANNYA KE ATAS TIKUS  MENUNJUKKAN KHASIAT DAUN GANJA MAMMU MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN PENYAKIT BARAH YANG MEROSAKKAN SEL DAN ORGAN MANUSIA.

JUSTERU DAUN GANJA YANG ASLI BOLEH MENJADI UBAT. BUKANNYA DAUN GANJA KERING YANG DIPROSES MENJADI SERBPK DADAH  SETELAH DISEMBOR DENGAN BAHAN BAHAN KIMIA.

JUSTERU HOLLAND MEMBENARKAN PENGGUNAAN GANJA SEBAGAI BAHAN HISAPAN SAMA SEPERTI TEMBAKAU. DALAM HUKUM ISLAM SEBARANG UNSUR YANG MEMABUKKAN SEPERTI ARAK DIHARAMKAN.HUKUMAN MENJUAL DAN MENGEDARNYA BUKAN HUKUMAN MATI TETAPI DISEBAT. JADI JANGAN MUDAH MENGAMBIL NYAWA MANUSIA ATAS KESALAHAN YANG SENGAJA DILEBIH LEBIHKAN.ITU ADALAH KEZALIMAN. TERNYATA IA GAGAL MENYEKAT KETAGIHAN DAN PENYEBARAN DADAH SECARA LELUASA.

YANG MESTI DIBANTERAS ADALAH DADAH DADAH BUATAN BUKANNYA YANG BERSIFAT ALAMI. MENGAPA ? IA MASIH ADA KHASIAT DAN UBATAN UNTUK MENGATASI KETAGIHAN YANG MELAMPAU DI BAWAH KAWALAN SUPAYA TIDAK TERBABAS MENGGUNAKAN DADAH MELAMPAU YANG MEROSAKKAN TANPA TERKAWAL LAGI. SEUMPAMANA ADA KOLESTROIL BAIK DAN JAHAT, BEGITU JUGA DENGAN DADAH ADA YANG JAHAT DAN BERFAEDAH .BUKAN SEMUANYA BURUK SEHINGGA TIDAK ADA KEGUNAAN UNTUK MANUSIA.SETIAP YANG ALLAH CIPTAKAN ADA MANFAATNYA MELAINKAN APABILA  DISALAHGUNA.

JUSTERU HATI HATI DALAM MENGHUKUM KERANA SALAH MELAKSANAKAN HUKUMAN TIDAK ADA HASILNYA MELAINKAN MELENCONG KEPADA KEZALIMAN. ARAK AMAT BERBAHAYA ! TERNYATA TIDAK DIHUKUM DENGAN HUKUMAN BERAT. MALAH ADA KILANG YANG MEMPROSESNYA DAN KERAJAAN MENGAMBIL CUKAI DARIPADA PENGELUARAN DAN PENYEBARAN ARAK SECARA LELUASA. MALAH MENJADI PESTA ARAK. SEDANGKAN  ALLAH MENGHARAMKANNYA DALAM AL QURAN.

MENGAPA HUKUMAN ALLAH TIDAK SEJALAN DENGAN HUKUMAN KITA ? ADA 5 JENAYAH BESAR YANG AL QURAN HARAMKAN YANG MERUPAKAN IBU SEGALA JENAYAH. APAKAH DIA ? SYIRIK, RIBA, ZINA ,ARAK DAN JUDI.KELIMA LIMANYA TERUTAMA SYIRIK DAN RIBA BERJALAN RANCAK DI NEGARA KITA. YANG DIHUKUM DENGAN HUKUMAN BERAT IALAH DADAH BUATAN DAN GANJA. MUNGKIN MASUK DALAM KATEGORI DADAH KERANA MEMABOKKAN. BAGAIMANA KESALAHAN MENGILANG,MENGEDAR ARAK DAN MENJUAL ARAK DENGAN BEBAS  SEHINGGA KE PERINGKAT BERPESTA YANG SECARA TERANG DIBENARKAN.

MANAKALA YANG TERLIBAT DENGAN DADAH SEPERTI GANJA DAN DADAH DADAH BUATAN DIHUKUM MATI. UNDANG UNDANG MESTI SERAGAM,  ADIL DAN TIDAK DOUBLE STANDARD SEHINGGA KELIHATAN TEMPANG. UNDANG  UNDANG TIDAK BOLEH KELIHATAN  MENGANIAYA SATU GOLONGAN DAN MEMBELA SATU GOLONGAN UNTUK BERTINDAK SECARA BERLELUASA SEDANGKAN IA MEMBAWA MUDARAT KEPADA UMAT MANUSIA.

BEGITU JUGA DENGAN JUDI DAN RIBA YANG MERUPAKAN JENAYAH BESAR YANG DIKUTUK DAN DILAKNAT UNTUK DIPERANGI KERANA KESANNYA SANGAT MENZALIMI SATU PIHAT DAN MENGUNTUNGKAN SATU PIHAK UNTUK MENINDAS SECARA SEWENANG WENANG. SEDANGKAN RIBA DIINSTITUSIKAN DALAM SISTEM PERBANKAN, KONONNYA URUSNIAGA. SEDANGKAN IA MENGHISAP DAN MEROMPAK HARTA ORANG TANPA SIPEMINJAM TIDAK MEMBUAT APA APA KEUNTUNGAN ATAS PINJAMANNYA.JENAYAH RIBA DIKUTUK ALLAH HINGGA DIISYTIHARKAN PERANG OLEH ALLAH DAN RASULNYA.KITA TERLIHAT TIDAK MENGINDAHKANNYA DAN MEMANDANG ENTENG KERANA IA MENJADI AMALAN YANG MENGUNTUNGKAN GOLONGAN KAPITALIS UNTUK MEROMPAK KEKAYAAN SECARA SEWENANG WRNANG DENGAN MENGENAKAN SISTEM RIBA DAN BERADASKAN BUNGA DAN FAEDAH SETIAP HARI. TERAS HUKUMAN ALLAH ADIL DAN UNTUK SEMUA.BUKAN MENGHUKUM SATU PIHAK SECARA KERAS DAN LUNAK KEPADA PIHAK YANG MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK BERTINDAK SECARA LELUASA ATAS UNDANG UNDANG YANG YANG DIKANUNKAN UNTUK MENGISTIMEWAKAN ELIT YANG BERKUASA.

 

USAHA KN BANGUNKAN SEMULA KAMPUNG TOK SUBOH

 

Keluarga peneroka Kg Tok Subuh tampil melawan fitnah terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang!

Kg Tok Subuh sering dijadikan modal fitnah pihak UMNO-BN dan sekutu mereka terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Keluarga peneroka Kg Tok Subuh telah tampil mengiktirafkan usaha kerajaan negeri melindungi hak peneroka dan sekaligus memelihara Kg Tok Subuh.

37 keluarga peneroka akan diberikan rumah bernilai RM100,000.00 setiap keluarga di tanah Kg Tok Subuh juga.

Keluarga peneroka telah menyatakan sokongan untuk kerajaan negeri mengambil balik tanah lot 635 Kg Tok Subuh untuk mendirikan rumah baru tersebut.

Semua 11 buah rumah yang kini berapa di atas lot 635 telah ditawarkan rumah RM100,00.00 secara percuma.

Sebarkan.

 

KETUM POTENSI EKONOMI BARU MALAYSIA !

Larang ketum: ‘Malaysia rugi RM100 juta setahun’

       

Malaysia dianggar mengalami kerugian lebih RM100 juta setahun kerana melarang penanaman ketum secara komersial untuk dieksport ke pasaran luar negara.

Pengerusi Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, negara kerugian ratusan juta ringgit setiap kali pihaknya membangkitkan cadangan itu.

“Apabila saya keluarkan kenyataan berkenaan ketum, negara lain yang ambil manfaat dan keuntungan menerusi syarikat multinasional mereka yang memenuhi permintaan ketum di Eropah.

“Sudah bertahun saya bangkitkan isu ini, kita lihat pasaran semasa sekarang penjualan daun ketum ke Eropah didominasi Indonesia dan Vietnam namun kita masih ditakuk lama,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

 

Tolak tambak laut P. Pinang

Wan Junaidi ikrar gunakan segala ruang yang ada walaupun kuasa terbatas

 PULAU PINANG 27 Dis. – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menggesa Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) menolak cada­ngan Kerajaan DAP Pulau Pinang menambak laut di Permatang Damar Laut di sini bagi membentuk tiga buah pulau buatan.
WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

Malah Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi jaminan akan menggunakan segala ruang untuk menolak projek itu mengambil kira keterbatasan kuasa yang dimiliki kementeriannya yang memungkinkan projek berkenaan diteruskan.

Kata beliau, penolakan dan bantahan keras itu mengambil kira impak buruk yang terlalu besar sekiranya cadangan tambak laut seluas 1,800 hektar tersebut dilaksanakan.

Dalam masa sama, beliau menegaskan pihaknya sehingga kini juga belum menerima apa-apa laporan teknikal berhubung cadangan tambak laut itu sama ada kajian dari sudut perikanan, sosioekonomi atau politik kesan daripada pelaksanaan projek berkenaan.

Tambahnya, cadangan tambak laut itu juga melibatkan isu wilayah dan persempadanan laut negara dengan sempadan baharu perlu dibentuk berdasarkan jarak tiga batu nautika dari daratan sesebuah negara.

“Persoalannya adakah Indonesia boleh menerima persempadanan laut yang baharu ini dan perkara ini akan turut melibatkan perundangan antarabangsa,” katanya yang menghadiri majlis jamuan bersama rakyat di Permatang Damar Laut, Teluk Kumbar di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi turut mengingatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya tidak menggunakan kuasa yang ada di bawah kerajaan negeri untuk melaksana sesuatu projek tanpa mengambil kira pandangan agensi kerajaan Pusat.

Kata beliau, projek tambak laut tidak wajar diteruskan tanpa mengambil kira kesan kajian impak alam sekitar (EIA) serta kesannya terhadap kumpulan nelayan yang menjalani kehidupan itu secara tradisi di kawasan berkenaan.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang jangan hanya fikirkan keuntungan RM6 bilion daripada pelaksanaan projek ini semata-mata, tetapi dalam masa sama membunuh nelayan di negeri ini.

“Walaupun golongan nelayan ini minoriti dan sumbangan ekonomi mereka kepada kerajaan negeri tidak tinggi, tetapi mereka juga adalah rakyat Pulau Pinang yang berhak mendapat pem­belaan dan perlindungan daripada kerajaan negeri,”

KN P.PINANG PEMERINTAHAN ONE MAN SHOW

Image result for lim guan eng one man show

CM LIM GUAN ENG MEMONOPOLI  PORTFOLIO PORTFOLIO PENTING.BELIAU CM, BELIAU EXCO TANAH DAN WARISAN, BELIAU EXCO AGAMA BERKAITAN BUKAN ISLAM, MEMBOLOT SEBAGAI PENGERUSI PERBADANAN DAN NADI PENGGERAK AGENSI AGENSI KERAJAAN. BELIAU PENGERUSI  PENANG INSTITUTE, GTWH Incorp, PBA, MBPP, MPSP dan perbadanan perbadanan baru yang ditubuhkan selepas kemenangan besar dalam PRU 2008.

Image result for kASSIM aHMAD p_ARATAI rAKYAT

APA KATA PEMBANGKANG TERHADAP PEMERINTAHAN KERAJAAN NEGERI DI BAWAH TERAJU UTAMA DAP

Image result for lim guan eng one man show

PANTUN SINIS TAN SIANG GIAW BUAT KN P.PINANG YANG RAKUS BOTAKKAN BUKIT !

IBU JAGA ANAK KAN SAKIT                                     

 DARAH TUBUH BEBAN KESIHATAN                   

PEMAJU BINA LERETAN BUKIT                             

 TANAH RUNTUH KORBANKAN INSAN

Sajak sinis  Wakil Parlimen DAP  Kepong,Selangor

RIWAYAT DATO’ JENNATON IBNI RAJA LABU PEMBUKA GELUGOR DAN SEKITARANNYA

Dato’ Jenaton | The great Gelugorians

Bismillah.

I am proud to say I’m from Gelugor, Penang. Proud of my roots yes, I’m a Gelugorian!

On my recent trip back here, I noticed the road signage from the Penang Bridge leading to my kampung (village) all had been changed from Gelugor to Glugor. Not sure why and I’m not sure now which is the correct spelling. The kampung got its name from a tree Asam Gelugor whose scientific name is Garcinia Atroviridis.

Garcinia would have been a cool name for my village, don’t you think so? Anyhow, as a Gelugorian, it would be a shame if I did not mention something about Dato’ Jenaton because it was he who established the earliest settlements here. According to reports, he was a prince from Minangkabau, Indonesia. He was also a chieftain at Batu Bara (North of Sumatera) who travelled [sailed] frequently between Batu Bara, Kedah and Penang. In those days, Penang was under the reign of the Kedah sultanate. For the benefit of our foreign readers, Kedah is a state on mainland of northern Peninsula Malaysia. The Sultan of Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah II, gifted him with 100 acres of land where Batu Uban and Gelugor is now situated. [We mentioned Batu Uban in the last few postings, it’s to the south of Gelugor on the east coast of Penang island.]

The then Sultan of Kedah favored Dato’ Jenaton and presented him with the property because he helped the former strategize and win the Kedah’s war against the Acehnese and the Bugis. This took place in 1749, about 15 years after Haji Muhammad Saleh @ Nahkoda Nan Intan arrived in Batu Uban, built a mosque there and hence established the first Muslim/Malay settlements in Penang in 1734.
Dato’ Jenaton ibni Raja Labu [also spelled Jannatun] arrived in the Batu Uban/Gelugor area with 90-odd followers from Batu Bara. In short, he was a successful trader who was also good in devising war strategy and that had won him large tracts of land which he invested in coconut and sugarcane plantations in Gelugor.

From this very smart and enterprising personality, we have got great Gelugorians like two brothers Aziz Ishak and Yusof Ishak who founded the country’s premier publication the Utusan Melayuin 1939. Yusof Ishak was also the first president of Singapore!

Their other brother Rahim Ishak served as Singapore’s state minister under Singapore’s President Lee Kuan Yew. The other two notable descendants of Dato’ Jenaton are former Supreme Court judge, Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh and the renowned diplomat Tan Sri Razali Ismail who was once Chairman of the UN Security Council and president of the United Nation General Assembly, in the late ’90s.

We got to know about this fascinating story of Penang’s first founders and settlers, thanks to Prof. Dr. Ahmad Murad Merican, a historian who is also a descendant of Dato’ Jenaton.
There is a Malay saying Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau which roughly means: a person who comes from a good background, will most certainly become a distinguished person no matter where they go. [bi iznillah]
This is a fitting description for Haji Muhammad Saleh @ Nahkoda Nan Intan, the multi-skilled Sufi who was first to arrive in Penang and built the first mosque in Batu Uban in 1734 and also Dato’ Jenaton who expanded and made flourish the early settlements in Batu Uban and the Gelugor area, in 1749.
As a Gelugorian, I am indeed proud and thankful for these cool people of the past who left us with such a great legacy in Penang and beyond.
Alhamdulillah wa shukrulillah.
Entrance to Dato’ Jenaton’s maqam
in Minden Heights, Gelugor, Penang
Al Fatihah  Datuk Jennaton telah kembali ke rahmatullahi ta’ala pada tahun 1789.Berasal dari Pagar Ruyung Sumatra Barat Alam Minangkabau.

 

TIDAK MALUKAH KITA APABILA TENGGELAMNYA WARISAN MELAYU DALAM GEORGE TOWN WORLD HERITAGE !

 

P.PINANG DALAM KENANGAN ORANG MELAYU

MALAYSIA adalah sebuah negara yang agak unik dan pelik. Di kala negara negara luar menyanjung dan menobatkan warisannya, kita seperti tidak peka.Malah kita tergamak mengetepikan kehadiran  tulisan jawi sebagai jati diri bahasa dan bangsa  Melayu sehingga ia hampir lenyap ditelan tulisan rumi. Jawi agak sayup daripada singgungan  generasi muda kita.

Kita juga tidak terkesan apabila akhbar berjasa  UTUSAN MELAYU terus lenyap begitu sahaja kerana kehilangan pembaca. Jasa akhbar tersebut terhadap perjuangan kemerdekaan kita dilupakan begitu sahaja.Begitu dengan tanda tanda sejarah kehadiran orang Melayu sebagai penduduk asal dan pembuka negeri seperti tidak ada nilai langsung kepada negara kita.

Kita lebih menyanjung Francis Light sebagai pembuka negeri dan pengasas P.Pinang.Justeru dalam GEORGE TOWN WORLD HERITAGE WARISAN MELAYU TIDAK TEMPATNYA. Sejarah P.Pinang  tidak dimulakan oleh orang tempatan iaitu Melayu. Ia dimulakan oleh Inggeris, China, India dan kaum pendatang. Tampaknya  merekalah yang membuka dan memakmurkan negeri ini.

Bagaimana dengan kehadiran  DATUK JENATON sebagai pembuka Gelugor, Datuk Nakhoda Besar atau Datuk Nakhoda Nan Intan pembuka dan pengasas Batu Uban, Datuk Nakhoda Kecil atau Nakhoda pembuka Jelutong, Datuk Keramat pembuka kawasan Datuk Keramat atau Kampung Dodol dan sekitar pesisir Sungai Pinang kini dan banyak lagi.

Kesemua mereka tiba 50 tahun lebih awal daripada Kepten Light yang sangat sangt dibanggakan dalam sejarah kita.Seolah kita tidak awal permulaan dalam pembukaan negeri ini.Jadi siapakah yang menamakan negeri ini PULAU PINANG ? Adakah Kepten Light juga iaitu PENANG bukan PINANG ikut pelat Inggeris.

Jadi adakah kedudukan orang Melayu sebagai pribumi dan bumiputeranya hanya sebagai penumpang semata mata.Jika Inggeris mengkesampingkan orang Melayu kita boleh menerimanya. Mengapa ? Inggeris adalah penjajah. Bagaimana dengan kepimpinan bangsa sendiri di zaman 60 tahun merdeka.

Jadi tidakkah ini satu jenayah dalam pembangunan yang bersifat kebendaan, fizikal semata mata tanpa pengisian sejarah, budaya dan tamadun bangsa. Apa yang Melayu dapat daripada pembangunan yang sangat dibanggakan. Tidakkan keterpinggiran dalam serba lapangan sehingga kehilangan hampir segalanya.

Hilang memartabatkan bahasa, hilang tulisan jawi, hilang jati diri bangsa, hilang tanah asal, hilang warisan, hilang habitat, hilang kampung halaman, hilang nama( Bagan Jermal jadi Gurney Drive, Tanjong jadi George Town,Gertak Sanggol jadi South Bay, Bagan jadi Butterworth dll ), hilang, hilang dan terus lesap/guyup daripada pandangan. Namun kita terus mendabik dada dengan kebanggaan yang bukan bukan tentang KETUANAN MELAYU !

SEDIKIT PENCERAHAN

GTWH telah menobatkan warisan kolonial dengan megahnya.Turut beruntung warisan China dan India. Di dalamnnya terdapat rumah terapung yang asalnya kawasan setinggan.Kini jadi warisan. Diterima warisannya China Town, Little India dan segala kazanah warisannya dalam lengkaran warisan dunia. Di situ tidak ada satu cebisan pun buat  warisan Melayu untuk mencelah.  MERDEKA ! MERDEKA ! MEREDEKA

PULAU PINANG BANDAR BAHARU

KEPTEN LIGHT MENJADI RAJA

KALAU DIKENANG MASA NAN LALU

MENITIS AIR MATA DI ERA MERDEKA

Pantun para leluhur kira melihat bahayanya penjajahan Barat

PERAHU LAYAR BELAR LAJU                                                                                          LAJU MENUJU LAUTAN CHINA                                                                          MERDEKA PASTI KITA TUJU                                                                                        YANG LAIN KAYA MELAYU MERANA

PANTUN DATUK ONN JAAFAR DI AMBANG MERDEKA

 

BENARKAH KETUM TANAMAN KOMERSIAL YANG ADA NILAI PERUBATAN !

 

Kuala Lumpur: Ketum bukan kategori dadah yang perlu dikawal sepenuhnya termasuk melarang penanaman secara komersil berikutan harganya tinggi untuk pasaran antarabangsa.

Pengerusi Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, Malaysia agak ketinggalan berbanding Indonesia dan Thailand berkaitan penanaman ketum secara komersial walaupun idea berkenaan disuarakan oleh pihak tertentu negara ini.

Beliau berkata, kajian dilaksanakan pihaknya bersama Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati ketum sejenis tumbuhan yang begitu berguna dalam bidang rawatan pelbagai penyakit.

“Malah, daun ketum juga berpotensi menjadi ubat penahan sakit yang cukup berkesan berbanding produk sedia ada di pasaran sekarang selain turut digunakan sebagai rawatan kepada penagih dadah.

“Ladang yang akan diusahakan nanti akan dikawal ketat oleh pihak berkaitan malah RISDA akan bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memantau penanaman terbabit supaya tidak disalah guna,” katanya.

“Ketum tumbuhan berguna untuk bidang perubatan dan idea menjadikannya sebagai tumbuhan komersial daripada negara ini sudah dipraktikkan negara lain yang mendatangkan keuntungan lumayan.

“Oleh itu, diharapkan pihak berkaitan memperkenalkan undang-undang bagi penanaman ketum dengan memberi peluang kepada pekebun kecil mengusahakannya secara terkawal,” katanya.

Menurutnya, pihak berkaitan juga perlu mengambil kesempatan dengan harga ketum yang begitu tinggi di pasaran membolehkan pekebun kecil menambah pendapatan mereka.

“Timbul masalah apabila daun ketum digunakan secara salah iaitu dicampurkan dengan bahan lain yang boleh memudaratkan kesihatan.

“Namun ladang ketum yang akan diusahakan nanti hanya bertujuan komersil dan bidang perubatan saja,” katanya.

Harian Metro semalam mendedahkan kewujudan berpuluh ekar ladang ketum haram di utara tanah air dengan kebanyakannya bertujuan memenuhi pasaran seludup ke negara jiran Thailand.

Sindiket didakwa memperolehi pendapatan sehingga ratusan ribu sebulan berikutan harga daun ketum yang mampu mencecah sehingga RM100 sekilogram di negara jiran.

Ini menyebabkan sindiket berlumba-lumba menyeludup daun ketum berbanding memprosesnya menjadi air khayal seperti dilakukan sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Disember 2017 @ 7:10 AM