YAHAYA ISMAIL PENGKRITIK BERWIBAWA & TAJAM MENGUCAPKAN SYABAS KEPADA SYED SADIQ KETUA ARMADA !

 

DILEMA MELAYU
SIRI 446
JANGAN BANDING SYED SADDIQ DENGAN KJ

KJ berkokok sebagai merak dengan ijazah Oxford. Anak bekas duta Malaysia yang habiskan waktu persekolahan di sekolah antarabangsa. Di Oxford ada tiga jenis pelajar yang diterima. Pertama, pelajar yang briliant dari segi akademik. Kedua, anak keluarga raja khasnya bagi negara-negara yang pernah dijajah British. Ketiga, anak-anak duta dan korporat.

Syed Saddiq mendapat biasiswa dari Oxford bernilai RM400 ribu untuk buat “master”. Maknanya dia tergolong sebagai pelajar briliant. Universiti-universiti terkemuka dunia memang menawarkan biasiswa mereka kepada pelajar-pelajar yang briliant. Ini biasiswa kompetitif. Maknanya Syed Saddiq terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar lain yang juga briliant untuk mendapat biasiswa itu. Saya buat “post-graduate” di Universiti Monash, Australia dengan biasiswa Monash. Saya juga terpaksa bersaing dengan para pelajar Australia dan juga dari negara-negara lain untuk mendapat biasiswa prestij itu.

Syed Saddiq seorang pejuang tulen, sanggup berkorban biasiswa prestij dari Oxford untuk berjihad di jalan Allah menentang kemungkaran MO1 dengan kabilah koruptornya. Jangan putus asa. Sebagai anak muda yang berilmu Syed Saddiq mempunyai masa depan cerah dalam berbagai lapangan hidup. Allah telah wahyukan “iqraq” (bacalah), ILMU sebagai sumber kebahagiaan umat manusia di dunia dan akhirat.

Berjuang menuntut keadilan dan kebebasan rakyat dari para puaka, iblis yang berkuasa lebih afdhal. Syed Saddiq bukan KJ yang berjiwa oportunis, sanggup merasuah para perwakilan Pemuda UMNO untuk jadi ketuanya. Amat memalukan menantu Pak Lah, mantan PM, melakukan rasuah untuk jadi pemimpin politik. Dia berlagak hebat sebagai orang Oxford tetapi tidak punya semangat juang yang jujur dan ikhlas.

Jadi janganlah hairan bin terkejut dia mendiamkan diri bila terbongkar penyelewengan wang Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM100 juta lebih. Pihak SPRM pun membisu sejuta bahasa sampai sekarang. Najib yang dijulang sebagai kleptokrat nampaknya tidak berani singkirkan KJ sebagai menteri kabinet. Mungkin dia menganggap KJ sebagai rakan perkongsiaan nasib yang sama dengannya.

Jangan bandingkan semangat perjuangan Syed Saddiq dengan KJ. Kalau korupsi menjadi amalan politik KJ dan MO1 apalah yang diharapkan rakyat dari mereka dan UMNO/BN. Rakyat hanya menunggu PRU 14 untuk menumbangkan Najib dengan kabilah koruptornya UMNO/BN dari Putrajaya. Mereka sudah bertekad memberi sokongan hangat kepada Tun Mahathir dan PAKATAN HARAPAN untuk mengubah nasib mereka dan negara. Bye, bye Najib; bye bye Rosmah, bye bye KJ dan kabilah koruptor lainnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *