KISAH SEDIH P RAMLEE 7 BULAN SEBELUM MENINGGAL

 

Tun Mahathir pernah mengarahkan Anwar Ibrahim agar jasa jasa P.Ramlee diberi penghargaan…….Orang yang berilmu tahu siapa P.Ramlee sebenarnya…

Perkongsian dan Alfatihah tuk seniman agung kita…

SIAPAKAH SEBENAR P. RAMLEE? …JENG JENG JENG

Tiap-tiap penonton ketawa terkekeh-kekeh dan rasa puas apabila mereka menonton lakunan seniman agung P, Ramlee.Tetapi tiada seorang pun yang mengetahui yang seniman itu mengalami ‘derita jiwa’ sebelum meninggal dunia.

” I banyak dosa, I derita, I harap I sempat taubat sebelum I mati….” kata Allahyarham P. Ramlee kepada saya kira-kira tujuh bulan sebelum dia meninggal dunia.

” Kalau ikut rasa nak tinggalkan dunia filem ni, tapi kerana nak cari makan, I terpaksa teruskan juga.” katanya lagi.

Dia termenung sejenak dan merenung muka saya dan berkata dengan suara merendah, ” I dengan you seguru, kan kita sama-sama belajar pada Syeikh tu?”

Seniman agung itu menjadi teman saya yang rapat kerana tiga sebab,iaitu pertama kami belajar agama pada satu guru, kedua saya menjadi penulis surat khabarnya ‘ Gelanggang Filem’ dan ketiga kami menjadi rakan karib Sultan Perak Almarhum Sultan Idris Shah.

Sebelum berpindah ke Singapura, P. Ramlee sempat belajar ilmu Tauhid dan sufi kepada Allahyarham Syeikh Haji Abdullah Fahim ( Pulau Pinang ) yang menjadi pengasas Sekolah Agama Daeratul Maarifatul Wataniah, Kepala Batas.

Dia meneuntut ilmu sufi kerana untuk melengkapkan dirinya menjadi seorang penyair dan penulis lirik lagu, kerana menurutnya setiap syair dan lagu yang diresapkan dengan sufi boleh mempesonakan manusia.

” Lagu Azizah misalnya, bukan saja kerana nama my girl tapi bererti mulia. Azizah simbol kemuliaan makhluk Allah,” jelasnya.

Allahyarham juga berkesempatan belajar ilmu Tauhid kepada Allahyarham Syeikh Tahir Jalaluddin dan Allahyarham Fadzullah Suhaimi di Singapura. Dia banyak mempelajari ilmu sufi dan tarekat dari ulama-ulama tersebut.

Sebagai seorang murid sufi, dia banyak mengamalkan wirid nama-nama Allah terutama nama yang disebut ‘ Asma Ul Husna’ dan ‘ Bismillah ‘ 40 kali.

Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim pernah berkata kepada saya, bahawa Ramli Putih ( P. Ramlee ) dalam ilmu agamanya, terutama ilmu Tauhid dan ilmu sufi.

” Sebelum dia berpindah ke Singapura, dia ada beritahu saya, dia nak jadi bintang filem, jadi orang wayang. Saya tak larang, tapi saya pesan jangan lupa ilmu dalam dada,” Kata Syeikh Abdullah Fahim.

Allahyarham P. Ramlee berkata kepada saya, ” You bernasib baik, jadi ustaz, jadi wartawan. Kalau you jadi bintang filem, orang wayang macam I, you pun hanyut macam I juga.”

” Sungguh pun I tunggang langgang, tapi I tak lupa ilmu yang I belajar pada orang tua kita ( Syeikh Abdullah Fahim),” kata seniman agung itu.

” Saya berdosa kepada Allah, tapi apa boleh buat, dah terlanjur jadi orang wayang. Hidup penuh glamor. I harap I sempat taubat,” katanya lagi.

” Kalau I lupa ayat tu ( ayat Al Quran yang dituntut dari Syeikh Abdullah Fahim ), I dah nak mati, I harap I sempat taubat,” Kata seniman agung itu sambil mengeluh.

Allahyarham memberitahu, bahawa hidupnya sebagai bintang filem dan penghibur, penuh dengan bermacam-macam kegembiraan, tetapi kerana memikirka dosa, hampir saban malam beliau bersedih. Dia menjelaskan, keran hidupnya sentiasa dalam derita jiwa, dia menjadi orang boros, kaki judi dan minum minuman keras.

Apabila saya membaca berita tentang kematian P. Ramlee dalam akhbar, saya teringat akan banyak sikap dan perkataannya dalam pergaulannya dengan saya. Dia tidak suka kepada perangai sombong, besar diri, belagak, menindas sesama manusia.

Di antara filem-filemnya yang memprotes golongan feudal dan hartawan ialah Musang Berjanggut, Nujum Pak Belalang dan Penarik Beca. Filem Musang Berjanggut memprotes golongan istana dan ulama yang bersikap macam musang dan filem Penarik Beca memprotes golongan kaya-raya.

Boleh dikatakan semua filem P. Ramlee mempunyai kritik dan kecaman terhadap orang-orang yang tidak mengikut ajaran Islam. Manusia ini, walau macam mana tinggi dan agung namanya, dia tidak boleh lari dari takdir dan iradat Allah. Begitulah Allahyarham P. Ramlee yang hidup penuh glamor, tetapi akhirnya dia sedar dan menjadi seorang yang derita batinnya.

Manusia yang hidup mewah, dikelilingi wanita-wanita cantik selalunya lupakan Allah, tetapi Allah tidak pernah lupakannya dan akhirnya dia sendiri tersungkur dengan keinsafan atas dosanya yang banyak. Pada akhir hayatnya, Allahyarham P. Ramlee menjadi seorang insan yang tidak mahukan harta dan kekayaan dan dia menjadi seorang manusia yang miskin tetapi kaya dengan karya seninya.

Kerana dia sudah menyatakan yang dai akan bertaubat, maka saya yakin sebelum beliau meningga dunia, beliau sempat bertaubat dari segala dosanya.

Kini lagu-lagu yang diserapkan dengan roh sufi masih bergema di mana-mana, tetapi siapa yang mengetahui akan dirinya yang asing dari kita dan hanya berada di hadapan Allah yang akan menilai dirinya – apakah dia seorang hamba yang masih berdosa atau tidak.

Kisah ringkas seniaman agung ini boleh menjadi contoh dan teladan bagi kita yang masih hidup. Kerana kita yang hidup ini tentulah mengalami dan sedang mengalami apa yang telah dirasakan oleh Allahyarham P. Ramlee pada masa usianya masih muda dan hidup penuh glamor. Manusia tidak selama-lamanya dalam kebahagiaan , dalamkemewahan seperti juga manusia tidak selama-lamaya muda remaja.

Akhirnya badan mejadi tua dan ketika tangga kata pergi dan pusara kata mari, barulah insan itu sedarkan diri, terasa dosa menjadi beban dan ketika itulah sesal datang bertimpa-timpa.

Artikel ini saya jumpa dalam sebuah majalah lama dan ia ditulis oleh penulis yang menamakan dirinya AKHDIAT MIHARJA. Moga kita dapat jadikan pedoman dan sempadan dalam kembara hidup kita yang sementara ini. …….

AL-FATEHAH Buat Allahyarham

SIAPAKAH PEJUANG? ADAKAH YANG TIDAK MEMBURU WANG !

You cannot be rich and richer in politics unless you’re crook.In Malaysia before enter politics the are ordinary and normal person. After that  they  become luxurous.They owned milion RM and alot of properties.They entered new life. From where they got the money. The rakyat always at the same level and become more poorer.

 

MENGENANG PAK KASSIM AHMAD DENGAN KARYA INTELEKTUAL YANG DITINGGALKAN !

 

Jahabar Sadiq is with Kassim Ahmad and 3 others.

5 hrs

Sidang Ruh

I

perlu satu satu  di perhitungkan kembali

hari ini kita dewasa

tanpa tuhan tanpa impian

karena besok mungkin terlalu lewat

bagi kiamat yang telah ditangguhkan.

bukan aku sinis

kau jangan mengatheis

beritaku dari mereka yang lupa bagaimana untuk hidup

maka demikian perlu kata kata

supaya maut kita bukan karena bisu.

kalau kau percaya kepada manusia sejahtera

jangan kau bergembira mengikut hidup

(karena kemenangan)

kalau kau percaya kepada manusia bebas

jangan kau berkata mengikut hukum

(kerena taatsetia)

karena tidak ada hukum yang akan berlaku

(namun digubal dalam pi bi bi)

yang tidak berpelembagaan di hati.

II

sudah datang berita paling kejam

bagi mereka yang lagi hidup karena bisa berharap

dunia ini penjara

nasi kita akan cukup di sorga

diatas belakang Dajjal

telah diperdagangkan hidup

gelak dan hilai bukan karena bahagia

gelak dan hilai karena papa.

Akan bersidang segala ruh

anakmu hari ini makan apa

nasi atau beer

ketawanya palsu tangisnya tanpa suara

III

nanti akan padamlah dengan sendiri

lampu dari menara tinggi

karena dibawahnya orang kian mabuk

dan Tuhan sudah mati.

Kassim Ahmad

Petaling Jaya , 1960

* Saudara Dr Kassim Ahmad dengan cucu yang tersayangnya Shazreen Adnan.

** Saya mula mengenali dan membaca sajak dan karya Saudara Dr Kassim Ahmad melalui Saudara Wan Hamidi dan menemuramahnya melalui Saudara Jaafar Ismail

Semoga aman dan tenang di sana, Saudara Kassim.

PERJALANAN HIDUP KASSIM AHMAD(1933- 2017)


 

Kassim Ahmad pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dibebaskan pada 1981.
Kassim Ahmad pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dibebaskan pada 1981.

Tahanan

Lima tahun lamanya beliau meringkuk di dalam tahanan Kamunting. Tidak salah rasanya jika dikatakan sepanjang penahanannya beliau mendapat ilham baru tentang Islam; sesuatu yang bukan baru untuk dirinya kerana sememangnya dia anak seorang ustaz.

Risalahnya mengenai Islam mendapat tentangan parti yang dipimpinnya sendiri. Selepas dibebaskan daripada cengkaman ISA pada 1981, Kassim semakin tidak selesa dengan PSRM. Beberapa tahun kemudian beliau meninggalkan parti itu. Jiwanya nasionalis Melayu.

Kembara mindanya dengan Islam berkembang jauh. Dia tidak memilih jalan mudah dengan sekadar membaca buku pop agama atau mendengar kuliah di masjid selepas pulang dari kerja. Baginya, akal kurniaan Tuhan perlu menjadi petunjuk arah dalam pencariannya.

Quran

Pada 1986, beliau mencetuskan kontroversi di kalangan golongan berfikiran konservatif apabila bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula mencadangkan supaya hadis-hadis yang bertentangan dengan Al-Quran ditolak. Sekali lagi, beliau dijadikan mangsa apabila pandangannya diputarbelitkan dengan mendakwa dia mengajak umat Islam menolak semua hadis.

Sehingga hari ini kontroversi itu tidak selesai. Di kala Kassim melihat dirinya sebagai pro-Quran, penentangnya melabelkan beliau sebagai anti-hadis. Namun, yang menyedihkan, semua ruang dialog dan debat sudah ditutup. Penguasa agama dan autoriti awam mengambil jalan mudah dengan mengharamkan karyanya.

Propaganda penguasa agama bersama pemerintah yang memomokkan Kassim sebagai insan anti-hadis telah melupuskan jasa besarnya dalam bidang yang lebih luas.

Sastera

Ramai yang lupa bahawa mantan pensyarah London School of Oriental and African Studies pada 1962-66 ini merupakan sasterawan dan pengkritik sastera yang telah menghasilkan kajian tentang perwatakan Tuah dan Jebat dalam Hikayat Hang Tuah.

Mungkin ramai juga yang sudah lupa tentang kupasannya terhadap Kisah Pelayaran Abdullah yang menyentuh peranan Munshi Abdullah Abdul Kadir sebagai penulis, wartawan, penterjemah dan guru.

Ada juga yang telah lupa tentang perbahasan di antara Kassim dan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad tentang apa yang dikatakan sebagai sastera Islam. Walaupun ada peminat sastera yang mungkin mengingatinya, cara penerimaan hasil perdebatan itu pula agak mengecewakan.

Bagi Kassim, sastera Islam itu mempunyai nilai-nilai murni Islam walau ditulis oleh sesiapa pun tetapi apa yang ada pada hari ini hanya label, kulit dan bahasa-bahasa yang menggambarkan propaganda tentang agama.

Nilai-nilai Islam yang dilihat sebagai sejagat oleh Kassim jarang dipaparkan; seolah-olah ada satu bentuk self-censorship di kalangan penulis dan penerbit. Malah hari ini, istilah liberal, plural, saksama sudah menjadi seperti kata-kata kotor dalam masyarakat Melayu tanpa memberi ruang untuk berdialog atau berbahas.

Namun, tidak semuanya begitu. Ada kalangan penulis muda yang melihat lebih jauh daripada sekadar apa yang tersurat. Mungkin mereka tidak ramai tetapi cita-cita Kassim ada dalam diri mereka.

Mereka meraikan sajak-sajaknya seperti Dialog yang terkenal dengan rangkap “ada besok maka pasti ada suria/aku akan pergi/dengan seribu Jebat di anak tani/kian alam kita mati dalam setia/kali ini kita hidup dalam durhaka!” dan Pemintaan, “kau dan aku menanti/akan musnah berapa juta dan abad/kerana kau dan aku tidak punya bicara/untuk menghapuskan mereka yang menjalang di dunia.”

Malah, orang muda menemui kembali karya kritikan sasteranya Dialog Dengan Sasterawan yang menampikan kehebatannya membedah karya-karya sepanjang 1950-an hingga akhir 1970-an.

Insan pelbagai

Namun, dalam pada itu, ada pula yang cuba meletakkan Kassim dalam kotak tertentu. Sebenarnya, tidak perlu dipecah-pecahkan siapa atau apa itu Kassim Ahmad. Tidak perlu mengatakan dia sepatutnya jangan campuri hal-ehwal agama, lebih baik kekal sasterawan. Tidak perlu mengatakan politik membuang masanya, sepatutnya tumpukan kepada kritikan sastera.

Tidak perlu itu semua kerana Kassim adalah insan pelbagai – a man for all seasons – yang tidak pernah menyekat mindanya untuk berfikir. Yang dipintanya cuma ruang untuk berbincang. Dan itulah pula yang disekat sang penguasa, malah disokong para pengikut mereka.

Inilah legasi Kassim. Batang tubuhnya tidak penting, yang ada hanyalah tulisan-tulisannya. Sama ada kita setuju atau tidak, benci atau suka, menerima atau menolak pandangannya, biarlah ia menjadi bahan dialog, wacana dan perbahasan.

Jika pengharaman dan halangan menjadi amalan, semakin kelam dan gelap minda sebahagian besar rakyat di bumi yang tercinta ini.

Semoga tenang dan damai di sana wahai saudara Kassim Ahmad.– 10 Oktober, 2017.

PENGALAMAN PAK BUDIN PEMANDU PELANCONG DI TAMAN NEGARA TELUK BAHANG

JANGAN CELUPAR KETIKA DI HUTAN

JANGAN CELUPAR KETIKA DI HUTAN 

Jaga adab dan pantang larang serta mulut jangan celupar. Itu antara pesanan pemandu pelancong alam sekitar berpengalaman kepada pelancong setiap kali berada di dalam hutan termasuk Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) di Teluk Bahang.

Pada usia 66 tahun dan berstatus warga emas, kekuatan fizikal, kebolehan dan pengetahuan mengenai tumbuh-tumbuhan serta alam sekitar menjadi aset penting bagi membolehkan Maidian Rashid menerus- kan kerjaya sebagai pemandu pelancong.

Maidian atau lebih mesra disapa Pak Budin antara 20 ahli berdaftar dengan Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Pulau Pinang (PNTGA) dan baginya, kerjaya itu bukan saja menyeronokkan, malah dapat berkenalan dengan orang ramai selain berpeluang menimba ilmu dan pengalaman.

Beliau menawarkan khidmat sebagai pemandu pelancong ke beberapa lokasi menarik di TNPP melalui pintu masuk utama di Teluk Bahang dan sudah lebih 30 tahun membawa pengunjung ke lokasi tumpuan seperti Pantai Kerachut dan Teluk Kampi.

Menurutnya, berkhidmat sebagai pemandu pelancong memerlukan seseorang itu memiliki lesen sah dikeluarkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan selain mempunyai pengetahuan am mengenai negeri dan lokasi tumpuan pelancong.

“Saya sudah membawa ribuan pelancong tempatan dan luar negara termasuk kumpulan pelajar, agensi kerajaan serta swasta melawat ke taman negara ini dan setiap pengunjung dinasihati supaya mengenakan pakaian sesuai selain menjalankan senaman ringan serta taklimat keselamatan mengenai larangan sebelum memulakan pendakian ke lokasi ditetapkan.

“Saya dan rakan pemandu pelancong lain perlu me- mastikan aspek keselamatan diberikan tumpuan khusus selain memastikan setiap pengunjung berada dalam keadaan selamat ketika tiba di lokasi.

“Sebagai contoh, perjalanan ke Pantai Kerachut akan mengambil masa antara dua hingga dua jam setengah dan sepanjang perjalanan menuntut kecergasan fizikal serta ketahanan mental individu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengunjung pasti teruja apabila berpeluang melihat keindahan alam semula jadi dengan flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan simpan di TNPP, sekali gus penat lelah meredah perjalanan dirasakan berbaloi.

Katanya, dia akan turut memberikan penerangan mengenai daun dan tumbuhan yang boleh dijadikan ubat selain mempunyai nilai komersial di pasaran.

“Kami akan memastikan setiap pengunjung tidak membawa pulang apa saja bahan seperti tumbuhan keluar dari hutan selain sampah-sarap mesti dibuang ke dalam tong.

“Pengunjung dinasihati supaya menjaga adab dan pantang-larang serta tidak ‘celupar mulut’ atau mengusik haiwan atau serangga yang ditemui sepanjang perjalanan,” katanya.

Sikap mesra dan kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik ditampilkan Pak Budin sering menjadi buah mulut bukan saja dalam kalangan pelancong tempatan, malah pelancong luar negara yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Katanya, kadar harga pasaran dikenakan ialah RM250 untuk khidmat pemandu pelancong pergi dan balik ke lokasi ditetapkan kepada individu atau berkumpulan.

“Menerusi kerjaya ini saya berpeluang mengenali pelancong dari pelbagai negara sambil bertukar-tukar cerita dan tempat pelancongan menarik di negara mereka,” katanya.

Nasihat pemandu pelancong jika masuk Taman Negara

Pulau Pinang

YAHAYA ISMAIL PENGKRITIK BERWIBAWA & TAJAM MENGUCAPKAN SYABAS KEPADA SYED SADIQ KETUA ARMADA !

 

DILEMA MELAYU
SIRI 446
JANGAN BANDING SYED SADDIQ DENGAN KJ

KJ berkokok sebagai merak dengan ijazah Oxford. Anak bekas duta Malaysia yang habiskan waktu persekolahan di sekolah antarabangsa. Di Oxford ada tiga jenis pelajar yang diterima. Pertama, pelajar yang briliant dari segi akademik. Kedua, anak keluarga raja khasnya bagi negara-negara yang pernah dijajah British. Ketiga, anak-anak duta dan korporat.

Syed Saddiq mendapat biasiswa dari Oxford bernilai RM400 ribu untuk buat “master”. Maknanya dia tergolong sebagai pelajar briliant. Universiti-universiti terkemuka dunia memang menawarkan biasiswa mereka kepada pelajar-pelajar yang briliant. Ini biasiswa kompetitif. Maknanya Syed Saddiq terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar lain yang juga briliant untuk mendapat biasiswa itu. Saya buat “post-graduate” di Universiti Monash, Australia dengan biasiswa Monash. Saya juga terpaksa bersaing dengan para pelajar Australia dan juga dari negara-negara lain untuk mendapat biasiswa prestij itu.

Syed Saddiq seorang pejuang tulen, sanggup berkorban biasiswa prestij dari Oxford untuk berjihad di jalan Allah menentang kemungkaran MO1 dengan kabilah koruptornya. Jangan putus asa. Sebagai anak muda yang berilmu Syed Saddiq mempunyai masa depan cerah dalam berbagai lapangan hidup. Allah telah wahyukan “iqraq” (bacalah), ILMU sebagai sumber kebahagiaan umat manusia di dunia dan akhirat.

Berjuang menuntut keadilan dan kebebasan rakyat dari para puaka, iblis yang berkuasa lebih afdhal. Syed Saddiq bukan KJ yang berjiwa oportunis, sanggup merasuah para perwakilan Pemuda UMNO untuk jadi ketuanya. Amat memalukan menantu Pak Lah, mantan PM, melakukan rasuah untuk jadi pemimpin politik. Dia berlagak hebat sebagai orang Oxford tetapi tidak punya semangat juang yang jujur dan ikhlas.

Jadi janganlah hairan bin terkejut dia mendiamkan diri bila terbongkar penyelewengan wang Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM100 juta lebih. Pihak SPRM pun membisu sejuta bahasa sampai sekarang. Najib yang dijulang sebagai kleptokrat nampaknya tidak berani singkirkan KJ sebagai menteri kabinet. Mungkin dia menganggap KJ sebagai rakan perkongsiaan nasib yang sama dengannya.

Jangan bandingkan semangat perjuangan Syed Saddiq dengan KJ. Kalau korupsi menjadi amalan politik KJ dan MO1 apalah yang diharapkan rakyat dari mereka dan UMNO/BN. Rakyat hanya menunggu PRU 14 untuk menumbangkan Najib dengan kabilah koruptornya UMNO/BN dari Putrajaya. Mereka sudah bertekad memberi sokongan hangat kepada Tun Mahathir dan PAKATAN HARAPAN untuk mengubah nasib mereka dan negara. Bye, bye Najib; bye bye Rosmah, bye bye KJ dan kabilah koruptor lainnya.

PUISI SEMANGAT MUDA BUAT SYED SADIQ&ARMADANYA MENGISLAH PERJUANGAN MEREBUT KEMENANGAN !!!

PUISI “SEMANGAT MUDA” : BUAT SYED SADIQ DAN ARMADANYA !  SELAMAT MEMIMPIN MOMENTUM PERJUANGAN DI SAAT YG MENENTUKAN. TAHNIAH ATAS ISTIQOMAH MESKI BERHADAPAN DENGAN TAWARAN MEWAH. KEPUTUSAN ANDA BERSAMA KEPIMPINAN TERKINI MEMANG TEPAT UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN DEMI MEMPERSIAPKAN MASA DEPAN ANAK MUDA DAN MENYELAMATKAN  MASA DEPAN MALAYSIA. SEMOGA ARMADA MENCIPTA SEJARAH MENERUSI KEBANGKITAN ANAK MUDA.SESUNGGUHNYA MEREKA PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA  !!! HIDUP RAKYAT LAWAN MUNGKARAT !

SEMANGAT MUDA

SEMANGAT MUDA BUAT SESIAPA

Semangat muda simbolik sekali buat siapa ?      Sinonim sungguh buat anak muda
Mereka yang memperbaharui zaman, mereka yang meremajakan perjuangan

Namun  Ia bukan milik anak muda semata
Apinya bisa singgah, menyambar sesiapa
Sang pemberani otai REFORMASI

Setia berjuang  bertunjang intiqomah
Meski terentang 1000 helah sejuta mehnah !
Justeru Semangat muda milik siapa ?
Jejiwa bergejolak memimpin  survival bangsa

Sang pemberani pejuang REFORMASI
Meski sosoknya terpenjara
Semangat juangnya utuh teguh membaja meski menyongsong usia

Semangat muda bukan bicara tentang masa remaja

Ia bicara tentang tingkat kematangan menuju kejituan pemikiran

Kualiti imaginasi upaya menjana realiti
Idealisma perjuangan yang tak pernah padam
Misi kuat dan visi hebat, tekad berkudrat

Ia bisa bermukim kepada sesiapa

Bukan milik mutlak sang pria semata
Hanya berpenampilan gagah penuh ghairah
Pipi menggebu bibir memerah
Ingat !

Semangat muda bukan milik anak muda semata

SEMANGAT MUDA !                                          Semestinya menggalas survival buat mengangkat martabat umat dan kuasa  rakyat
Harakat bangsa kembali menghebat
Penyelamat negara di saat gawat
Jika anda berjiwa muda masih diam dan membisukah kita
Jika negara  diperkosa disiat siat Sang Serigala kemarukan  kuasa

Sehingga negara tersia sia langsai perbendaharaan dikerjakannya
Kazanah lompong bertimbunan HUTANG
Masa depannya entah ke mana
Tertanggung atas siapa kalau bukan rakyat jelata ?

Anak muda di zaman pekat bergelumang kezaliman
Masih rela tertonggok selesakah kita ?
Dibungkus kejahilan demi proses pembodohan menuju kedunguan
Inilah tika genting saat getir, penentu hidup atau mati
Masih adakah pilihan buat cuak dan mengelak

Jika mahu bertindak, bangkit  sederap menerpalah ke muka
Berani mengislah menggalas REFORMASI
Serentak mendobrak para aparat dan mungkarat
Mendepani zaman memperbaharui KEPEMIMPINAN
SIDIQ, AMANAH, TELUS dan BERHIKMAH

Jika itulah nama dan harga sebuah perjuangan
Demi menghamba kepada agama, nusa dan bangsa
Selayak kamu bernama PEMUDA
Sang pewaris bangsa
Pembawa obor demi kecemerlangan negara                    Penyelamat masa depan Malaysia

Mohd Salleh Yahaya  – OTAI REFORMASI

Jun 2017.