P.PINANG MULAI TENGGELAM DI SANA SINI AKIBAT PEMBANGUNAN TERLAMPAU

Sejak akhir akhir  ini banyak tempat di P.Pinang mulai dinaiki air setelah berlaku hujan lebat beberapa jam sahaja. Jalan jalan utama bertukar menjadi sungai yang digenangi air deras.Sebelum berlakunya reclaimation secara “menggila” besar besaran air dapat mengalir terus ke laut dengan cepat kerana tidak ada sekatan. Wujud kawasan limpahan air yang luas dan alirannya  tidak tersekat. Laut yang berdekatan dengan sungai dan daratan mampu menampung  aliran air walau betapa  lebatnya hujan.

Ini sebelum banyak reclaimation yang berlaku. Di Tanjong Tokong, Gurney Drive(sedang berjalan walau tanpa pawaian  kelulusan alam sekitar), Jelutong, Gelugor, Batu Uban dll. Sekarang  sedang diracang 3 buah pulau buatan untuk reclaimation yang lebih besar  di Teluk Kumbar. Kemanakah aliran air akan pergi bila tebusguna laut mengambil tempat sehingga menutupi sebahagian besar P.Pinang.

Tidak cukup dengan itu dalam melaksanakan pembangunan P.Pinang telah mengambus banyak sungai. Tinjauan dari Bagan Jermal ke Tanjong Tokong dalam jarak 4 km tidak kurang dari 6 sungai  telah dikambus menjadi parit bawah tanah. Kawasan di atas telah disimen terus. Tidak nampak aliran airnya lagi. Dua buah sungai di Bagan Jermal, 2 buah sungai di Balik Batu/ Fettes Park, se batang sungai di Tanjong Tokong. Masalahnya hampir keseluruhan kawasan permukaan bumi telah diliputi simen.

Jadi ke manakah aliran air akan pergi apabila tidak dapat diserap oleh bumi ? Inilah akibatnya apabila pembangunan itu hanya bangunan, simen dan batu bata sahaja. Pembangunan telah memusnahkan laut, paya bakau, alur limpah, tebong sungai, bukit, sungai, pantai, habitat dan hidupan laut dan penduduk asal yang mendiami kawasan yang terlibat dalam pembangunan semasa. Pembangunan terkini mempunyai kecenderungan menghalau keluar penduduk asal datipada😥kawasan pembangunan dan membuat pembangunan yang tidak ada😥😍kena mengena dengan rakyat jelata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *