ADAKAH PM NAJIB PENERUS LEGASI DAN DASAR DASAR AYAHANDANYA ?

DASAR DASAR TUN RAZAK YANG UMNO ABAI DAN PINGGIRKAN

Tiga dasar utama Tun Razak(1970-1976) yang dimusnahkan oleh pengganti selepasnya iaitu pimpinan  UMNO Baru yang terlalu kemaruk dan tamak haloba dengan dasar penswastaan, pengkorpratan & kronisme pentingkan orang di sekeliling pemimpin.

Pertama pembangunan LUAR BANDAR, kedua DASAR EKONOMI BARU dan ketiga DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN.

Rancangan terbesar Tun Razak ialah FELDA. Apa dah jadi dengan FELDA kini ? Tidakkah FELDA itu hak milik  peneroka ? Kini peneroka tertipu. Peneroka FELDA terpaksa beli semula saham FGV untuk ada kepentingan di dalamnya. Jika tidak mereka tidak punya apa hak sekali pun.  Syarikat itu dikawal dari luar negara. Hak dan saham terbesar telah  terlepas daripada tangan peneroka. Saham terbesar milik syarikat antara bangsa.Boleh dijual dan dibeli oleh sesiapa saja.

Kedua DEB yang tetapkan Melayu menguasai 30% kek ekonomi negara.Dasar tersebut telah dihapuskan,  digantikan dengan dasar tamat dan bolot korporat dan penswastaan.Tak ada lagi dasar 30 % kepemilikan kepada bumiputra lagi. Tanah dan hartanah boleh dibeli dan dimiliki oleh sesiapa jua termasuk warga asing.Tak ada kawalan 30 % hak kepemikian untuk  bumiputera. DEB Tun Razak pociik-lesap!

Kerajaan asyik menumpu pembangunan di bandar bandar besar terutama KL. Luar Bandar terabai, sektor pertanian tertinggal, sektor nelayan bermasalah.Melayu jadi miskin dan papa di bumi sendiri.Ekonomi kita dikawal oleh China dan modal luar sebagai penggiat utama. Korporat Melayu jual kontrek,makan komisyen!

Melayu terutama di PP mulai dihalau dari kampong halaman sendiri.Melayu dalam bahaya, terumbang ambing kerana kerajaan menyebelahi swasta. DEB dasar membela Melayu ciptaan Tun Razak telah dikuburkan oleh para pemimpin selepasnya termasuk pemimpin warisannya sendiri.Dasar Tun Razak tinggal kenangan !!!!!!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *