LICIKNYA AKSI POLITIK LGE:BELIAU JADI HERO NORLELA JADI MANGSA!

Anggota majlis kerajaan negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh mendedahkan bahawa lawatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke sebuah kilang tidak berlesen di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam, pada tahun 2015 mendapati tiada sebarang pencemaran.

Pada sidang akhbar di Komtar hari ini, Phee mengedarkan minit mesyuarat yang diadakan pada 6 Mei 2015, di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk menyokong dakwaannya.

Beliau juga mendedahkan bahawa ADUN Penanti Dr Norlela Ariffin, yang mengemukakan aduan daripada penduduk berhubung pencemaran alam sekitar, turut menghadiri mesyuarat 6 Mei itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang hadir bersama pada sidang akhbar itu dengan Phee, berkata mesyuarat exco pada mesyuarat mingguannya hari ini meluluskan supaya minit mesyuarat berkenaan didedahkan kepada media.

“JAS mendapati tiada pencemaran kerana terdapat tirai/penghadang yang didirikan di bahagian atas kilang untuk menghalang asap dan habuk dari kilang itu,” kata Phee.

“JAS berkata ia boleh menyokong pengoperasian kilang jika terdapat peralatan keselamatan dan pembakaran dilakukan dalam persekitaran tertutup,” katanya.

Phee berkata pemilik kilang disyaratkan mendapatkan lesen daripada MPSP manakala JAS akan melihat syarat-syarat tambahan termasuk kelestarian tapak berkenaan.

SPRM menahan Phee pada 10 Ogos lalu kerana menulis surat yang menggesa MPSP supaya tidak bertindak terhadap sebuah kilang penapis karbon di Bukit Mertajam yang beroperasi secara tidak sah.

Suruhanjaya itu turut menyerbu kilang, pejabat MPSP dan pejabat Phee di Komtar, pusat khidmatnya di Sungai Puyu dan rumah pemimpin DAP tersebut di Butterworth dan merampas dokumen yang berkaitan dengan kilang berkenaan.

SPRM merancang untuk menahan Phee selama lima hari untuk membantu siasatan tetapi beliau kemudiannya dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *