CM LGE APA DISENTUH MENJADI : GT TERPILIH LATAR PENGGAMBARAN FILEM RIWAYAT BRUCE LEE !

SHANON LEE Anak Bruce Lee pilih P.Pinang set penggambaran filem kisah hidup muda ayahnya

“Ini adalah filem mengenai kisah benar ayah saya, Bruce Lee, daripada mana beliau datang dan apakah keistimewaan yang mungkin kebanyakan orang ingin tahu,” katanya dalam sidang media di Komtar, 8 Ogos lepas.
Katanya lagi, filem berdurasi kira-kira dua jam itu akan diarah oleh pengarah terkenal, Shekhar Kapur dan dijangka akan ditayangkan pada akhir tahun depan.
Sementara itu, Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam menzahirkan rasa bangga kerana dalam filem terbaru ini, bangunan-bangunan warisan di sekitar George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO akan dijadikan latar belakang kisah hidup usia muda Bruce Lee pada era 1950-an dulu.
“Kita (Kerajaan Negeri) begitu berminat sebab anak Bruce Lee ada di sini, dan memilih Pulau Pinang untuk penggambaran filem ayahnya,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim turut sertai sidang media itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *