DATUK ABDUL HALIM HUSSEIN BERSUARA MASALAH NEGARA

54,103 Siswazah Menganggur 6 Bulan Lepas Tamat Pengajian

Baguslah Datuk Hj Abdul Halim Hussein Ketua Cabang PKR Balik Pulau bicara masalah negara ! Masalah lambakan hampir  60,000 lebih mahasiswa jadi penganggor.PM Najib kata ekonomi kita bertambah baik. Apa bukti bertambah baik jika pengangoran mahasiswa begitu ramai. Mana peluang kerja untuk mereka ? Tahniah Datuk Halim kerana prihatin dengan nasib mahasiswa. Namun langkah konkrit jika HARAPAN berkuasa. Perlu ada rancangan yang konkrit langkah ke depan untuk buka dan perbanyakkan peluang kerja. Salah satunya ialah urus tadbir negara yang telus dan pembasmian rasuah sebagai musuh utama negara.

  • APAKAH YANG PATUT DILAKUKAN PKR DI BALIK PULAU ?
  • Keperihatinan saja tidak cukup, kita di P.Pinang adalah kerajaan. Apa tindakan kita apabila penghuni rumah pangsa kerajaan di sita rumah mereka  di Seberang  Prai. Mereka orang orang miskin  di halau keluar rumah daripada kediaman secara paksa  pada awal   Ramadzan baru baru ini. Bukankah kutipan zakat kita bertambah berkali ganda berbanding zaman BN ?  Apakah tindakan  YDP MAIPP dan Timbalannya Datuk Hj Abdul Hussein agar berunding dengan Kerajaan negeri P.Pinang supaya menghentikannya buat sejetika.  Apakah majlis tidak boleh menyelamatkan mereka dengan menggunakan bahagian asnaf untuk fikir miskin daripada kumpulan wang zakat berpuluh juta RM. Tidakkah wang zakat itu ada bahagian fakir miskin, kenapa ini tidak dilakukan sebagai tanda keperihatinan ? Tindakan ini jika dilakukan akan memberi imej terbaik untuk Majlis sebagai agensi umat Islam yang responsif terhadap fakir miskin dan golongan yang perlu dibela.
  • Kenapa tidak ada  kenyataan balas daripada Datuk Halim apabila mantan ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf menyatakan penduduk asal Balik Pulau akan jadi setinggan sebaik sahaja  tanah dibeli dan pemaju akan memajukannya. Respons hanya daripada YB ahli parlimen Balik Pulau sahaja Datuk Hj Helmi Yahaya sahaja,langsung  tak ada pun daripada pemimpin  PKR negeri P.Pinang. Apakah mereka tak ada keperihatinanan terhadap nasib rakyat.
  • Apakah masa depan rakyat terutama apabila pembangunan hebat melanda Balik Pulau secara besar besaran.Adakah Balik Pulau juga akan jadi macam DTL yang mana populasi Melayu kian merosot dan jepemilikan tanah di bawah 3 % sahaja. Kini di Balik Pulau kepemilikan tanah hampir 20 % sahaja sedangkan bilangan pengundi menjangkau 70 % lebih.
  • Masalah kebotakan bukit mula melanda Balik Pulau. Apa tindakan untuk menjaga dan memulihara alam sekitar.
  •   Tindakan tindakan positif ini akan memulihkan HARAPAN  rakyat untuk kembali  menyokong semula PKR yang kelesuan kerana gagal menangani isu dengan baik sejak 9 tahun yang lepas.
  • Soalnya adakah PKR mempunyai WINNIBLE CANDIDATES ? SIAPA YANG LAYAK BERTANDING DAN SIAPA YANG HARUS BERUNDUR ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *