PEMBANGUNAN OH PEMBANGUNAN UNTUK SIAPA ? : RAKYAT TERTELAN AIR LIOR MELIHATNYA !

THE EARTH PROVIDES ENOUGH TO SATISFY EVERY MAN’S NEED BUT NOT ENOUGH FOR EVERY MAN’S GREED

P.Pinang memang pesat membangunan.Kiri kanan jalan dipenuhi bangunan. Atas bukit ada bangunan.Dalam laut tapak tebusguna laut meratap bangunan. Dalam 9 tahun Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan perintah pembangunan makin rancak bagaikan nak merekah bumi. Tak ada tempat yang tak ada bangunan. Makin tinggi dan makin padat.Soalnya pembangunan itu untuk siapa. Rakyat biasa tidak merasa dan turut menyertainya.

Harga rumah dan tanah semakin mahal.Se kaki persegi ratusan RM. Sebuah rumah pangsa berkeluasan 700 ka persegi berharga RM 300,000. Bila pinjam bank harganya melonjak sekali ganda. Pendapatan rakyat tidak meningkat.Belanja hidup semakin tinggi akibat inflasi yang terlepas terus datipada kawalan kerajaan.Rakyat hari ini menjadi mangsa pembangunan. Pembangunan bukan lagi untuk mereka tetapi untuk golongan yang kaya menjadi meliana.Hartanah dibeli untuk spekulasi. Harga hartanah diapung ke seluruh dunia untuk menarik para pelabor global. Rakyat tidak lagi menjadi keutamaan kerajaan.

Keutamaan mereka ialah para pelabor dan FDI. Tidakkah kemasukan wang daripada luar akan meningkatkan lagi inflasi dan melonjakkan lagi harga hartanah sehingga tidak mampu lagi dihambat oleh rakyat biasa. Apakah model pembangunan yang kita ikut sehingga memangsakan sebahagian besar rakyat sendiri. Sedarlah  PEMBANGUNAN  yang dibuat bukan lagi untuk rakyat jelata membelinya.

Amat malang kerajaan tidak lagi mempunyai tanggung jawab sosial terhadap rakyatnya. Kerajaan pro pasaran bebas secara keterlaluan. Tidakkah kerajaan itu umpama ibu dan bapa kepada rakyatnya?Tidakkah  fungsi kerajaan yang utama yang utama ialah menggalas tanggung sosial terhadap rakyatnya.Kerajaan yang tidak bertanggung jawab dan ganas ialah yang melupakan rakyat dan membiarkan rakyatnya  diratah swasta dengan sewenang wenangnya.

Inilah yang sedang berlaku di P.Pinang khasnya dan Malaysia amnya. Mengapa ? Rakyat tidak ada bahagian dalam pembangunan.  Jadi Pembangunan ini untuk siapa, kalau bukan dibina untuk rakyatnya ? Pembangunan untuk golongan  yang mewah mewah belaka iaitu untuk warga satu dunia.Rakyat hanya mampu tengok dan mengigit jari cuma.

Wahai pemimpin fikir fikirkanlah. Amat memalukan bagaimana Singapura sebuah pulau kecil berpenduduk 5 juta  mampu menjamin 1 unit rumah untuk rakyatnya. Kenapa kita begitu bermasalah terutama di P.Pinang ? Rakyat kian tersisih daripada pembangunan. Kita di  Tanah Besar telah gagal mengadakan perumahan yang cukup dan  termampu untuk rakyat memilikinya.Bila pembangunan datang rakyat dimangsakan dan dikeluarkan daripada kawasan exklusif. Kini tidak payah membayar pampasan lagi.

Apa nak jadi dengan Malaysia ? Kerajaan semakin hilang tanggung jawab sosialnya terhadap rakyat jelata. Ini petanda rakyat sedang diperintah oleh kerajaan yang paling buruk. Dalam negara yang kaya ramai rakyat yang merana sehingga untuk mendapat 1 unit rumah amat  tersiksa.Mereka terpaksa menanggung hutang sepanjang usia. Apakah sistem yang diguna pakai yang dengan sengaja  menjerut kehidupan rakyatnya ? Ingat fungsi kerajaan bukan sekedar menjadi pengutip cukai semata mata. Rakyat mesti pilih kerajaan yang lebih bertanggung jawab bukan kerajaan yang ambil sikap tidak peduli. Kerajaan yang membiarkan swasta dan korporat bermaharaja lela meratah harta kekayaan dan sumber kekayaan negara.

The earth has everything to cater for everyone need but not enough for everyone greed -Mahatma Ghandi

Apabila diberi kekuasaan usah berbuat kesewenangan dengan menjadikan kekayaan hanya berlegar legar di sekeliling satu golongan sahaja – maksud Al Quran

Satu golongan dalam kontek Malaysia ialah kroni, korporat dan syarikat terpilih yang dekat dengan kerajaan.

Di zaman Gerakan syarikat ………..menjadi pilihan di zamsn DAP do mana mana kelihatan IDEAL GROUP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *