DR NORLELA ADUN PENANTI LEGA ATAS TINDAKAN SPRM KE ATAS KILANG HARAM DI SUNGAI LEMBU SPT.

GEORGETOWN 11 AUGUST 2017. EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Jalan Sultan Ahmad Shah. Difahamkan, Boon Poh hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kilang habuk kayu haram di Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh. NSTP/DANIAL SAAD   Adun Penanti lega SPRM ambil tindakan

WARTAWAN SINAR HARIAN

Itu reaksi Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin

Dr Norlela.

PERMATANG PAUH – Saya lega dan berharap isu yang berlarutan sejak sekian lama ini akan diselesaikan secepat mungkin demi kebaikan penduduk.

Itu reaksi Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin apabila mengetahui kilang haram memproses habuk kayu di Kampung Sungai Lembu di sini diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan pihak mereka dan penduduk bagi mengatasi isu kilang haram terbabit, namun tiada tindakan drastik dilakukan pihak berkuasa dan kerajaan negeri sebelum ini.

“Isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu bukan perkara baru. Saya pernah membangkitkan hal ini dalam Sidang Dun pada 2015, namun tiada sebarang tindakan diambil.

“Penduduk di sini juga pernah menghantar petisyen dan tandatangan sebanyak 18 muka surat bagi membantah operasi kilang haram ini yang menjejaskan kualiti hidup mereka, namun tidak ada tindakan juga. Bila tahu SPRM serbu kilang terbabit, saya berharap ia akan memberi sinar baru kepada penduduk di sini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pada Sidang Dun sebelum ini, Dr Norlela membangkitkan mengenai kewujudan kilang haram yang dibina tidak mengikut garis panduan keselamatan, selain tidak mematuhi prosedur alam sekitar.

Malah, pelepasan asap dan gas karbon akibat operasi kilang terbabit juga dikhuatiri menjejaskan kesihatan penduduk dan alam sekitar.

“Kilang ini seperti kebal daripada tindakan undang-undang. Saya harap SPRM dan pihak berkuasa lain dapat selesaikan isu ini segera kerana penduduk di sini sudah lama menderita,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *