BENARKAH DALAM 6 TAHUN KN P.PINANG JUAL TANAH & SAHAM DALAM PEMILIKAN TANAH BERNILAI RM 36.5 Bilion ?

lim guan eng Dalam Tempoh 6 Tahun, DAP Pulau Pinang Gadai Lebih 5,600 Ekar Tanah Kerajaan Negeri

Dalam tempoh enam tahun sahaja, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual tanah serta saham pemilikan tanah kerajaan negeri di dalam syarikat tertentu dengan nilai keseluruhan RM36.5 bilion merangkumi keluasan tanah seluas 5,647.5 ekar.

Menurut dokumen diberikan sumber kepada Malaysian Digest, jualan berkenaan dilakukan antara tempoh 2010 sehingga 2016 sahaja di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Kata sumber berkenaan, jumlah tanah millik kerajaan telah berkurang secara mendadak daripada 12% dari jumlah keseluruhan milikan Pulau Pinang pada tahun 2008 kepada hanya 8% tahun 2016.

Ujarnya, dengan kadar pengurangan yang pantas ini, jumlah tanah milik kerajaan akan habis selepas tamat tempoh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atau akhir PRU14 sekiranya DAP kekal mentadbir Pulau Pinang.

Lim Guan Eng Dakwa Pulau Pinang Hanya Jual RM657.6 Juta Tanah Dari 2008 Hingga 2015Baca juga: Adakah Ini Petunjuk Perbadanan PDC Pulau Pinang Sudah Tiada Tanah Lagi Untuk Dijual?

Baca juga: Lim Guan Eng Dakwa Pulau Pinang Hanya Jual RM657.6 Juta Tanah Dari 2008 Hingga 2015

“Mengapa Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak membangunkan sendiri tanah berkenaan daripada menjualnya?

“Walaupun dengan penjualan semua aset ini, amat mengejutkan Kerajaan Pulau Pinang menegaskan bahawa penjualan tanah dan aset bukan penyebab kepada peningkatan surplus RM576 juta bajet negeri sejak 2008,” katanya lagi.

Sejak sekian lama, kerajaan negeri memaklumkan penurunan mendadak hutang kerajaan negeri disebabkan ‘kejayaan’ DAP mengurus tadbir kewangan negeri.

Kerajaan negeri menafikan penurunan kadar hutang yang menyebabkan perbelanjaan surplus disebabkan oleh perpindahan hutang kepada kerajaan persekutuan selain penjualan tanah milik negeri.

Setelah pelbagai pendedahan dilakukan, Ketua Menteri akhirnya mengakui bajet surplus Pulau Pinang adalah hasil daripada bantuan kerajaan pusat.

rahman dahlan Hutang Pulau Pinang Akan Jadi RM1,887.8 Juta, Lim Guan Eng Yang Tak Pandai KiraBaca juga: Lim Guan Eng Akhirnya Akui Kerajaan Persekutuan Yang Bantu Kurangkan Hutang Pulau Pinang

Baca juga: Hutang Pulau Pinang Akan Jadi RM1,887.8 Juta, Lim Guan Eng Yang Tak Pandai Kira

“Bagai satu kelaziman buat Lim Guan Eng untuk melakukan serangan peribadi dan menggelar orang lain dengan pelbagai nama melalui kenyataan rasminya apabila beliau tidak mampu menjawab sesuatu yang tidak boleh dinafikan, iaitu pengurangan hutang Pulau Pinang sebanyak 95% adalah berikutan bantuan Kerajaan Persekutuan dan bukan disebabkan sistem Cekap, Akauntibiliti dan Telus (CAT) mereka mahupun pengurangan gejala rasuah sebagaimana didakwanya.

“Saya berterima kasih kepada Guan Eng kerana akhirnya mengesahkan fakta ini melalui kenyataan dikeluarkan dua hari lalu (3 Ogos) dan memperbetulkan segala maklumat. Rakyat Pulau Pinang selama ini diberikan gambaran kononnya pengurangan hutang adalah kerana ‘kehebatan’ beliau sebagai Ketua Menteri,” ujar Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Tambah Abdul Rahman, tanpa bantuan kerajaan persekutuan melalui perlaksanaan penstrukturan air dan rasionalisasi hutang pada 2011, hutang Pulau Pinang pastinya tidak dapat dikurangkan kepada 95% malah akan kekal berganda 300% daripada nilai asalnya.

Sumber: Malaysian Digest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *