P. PINANG SEBENARNYA MILIK KEDAH : KENAPA TIDAK KEMBALI KE PANGKUAN ASALNYA ?

Pulau Pinang Asalnya Adalah Milik Kerajaan Kedah

Semua sudah sedia maklum bahawa Kedah merupakan kerajaan tertua yang wujud di Tanah Melayu. Dahulu kerajaan negera Kedah memiliki banyak negeri-negeri dibawah pemerintahannya seperti Perlis dan Pulau Pinang. Namun kesemua negeri-negeri itu telah berpisah dengan kerajaan Kedah setelah dijajah oleh beberapa buah kuasa-kuasa besar, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.

pulau pinang

Pulau Pinang pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu kerana pulau ini merupakan satu-satunya pulau yang besar dan terasing ditemui oleh seorang pelayar sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com. Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah kedatangan British pada tahun 1786 yang menamakan pulau ini sebagai Pulau Pinang. Dari segi sejarahnya Pulau Pinang asalnya milik Kesultanan Kedah sebelum pulau ini diambil alih oleh Syarikat Hindia Timur (SHTI).

Peristiwa ini berlaku apabila Kerajaan Kedah berasa terancam dengan Kerajaan Siam. Pada sekitar abad ke-18, Kedah muncul sebagai negeri Timur yang lemah serta dikelilingi oleh jiran-jirannya yang lebih berpengaruh iaitu Bruma dan Siam. Kedua-dua kuasa ini dikatakan sangat agresif dan sentiasa berperang antara satu sama lain lalu mengancam kedaulatan terhadap Kesultanan Kedah.

seberang perai

Apabila melihat perkara ini semakin teruk dan tiadanya penyelesaian damai dilakukan akhirnya Kerajaan Kedah merancang untuk meminta pertolongan daripada sebuah kuasa baru iaitu perlindungan dari kuasa Eropah yang lebih hebat seperti British. Kerajaan Kedah melakukan ini adalah kerana enggan menerima nasib yang sama seperti Kesultanan Pattani yang dihapuskan terus oleh Siam sekitar tahun 1785. Pada waktu yang sama Francis Light sedang mengembara ke seluruh pelosok Semenanjung Tanah Melayu dan mencari tapak yang sesuai untuk dijadikan pangkalan perdagangan.

Light akhirnya menemui sebuah pulau yang sangat strategik iaitu berada di sebuah pintu masuk utara ke Selat Melaka dan pada ketika itu Pulau Pinang masih dibawah wilayah Kedah. Dengan segala tipu muslihat daripada Light, beliau telah menghadap Sultan Abdullah Mukarram Syah pada tahun 1786 untuk memujuk Sultan menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah. Oleh itu, Sultan Kedah telah membenarkan Light untuk menduduki Pulau Pinang dengan syarat SHTI harus memberikan perlindungan ketenteraan kepada Kedah beserta bayaran sewa sebanyak 30,000 Dolar Sepanyol setahun.

francis light

Namun, setelah Light berjaya menguasai Pulau Pinang, beliau tidak menepati janjinya dan enggan melindungi Kedah dari musuh-musuhnya terutama sekali dari pihak Siam. Hal ini menimbulkan kemarahan daripada Sultan Kedah dan Baginda berusaha mendapatkan kembali Pulau Pinang daripada tangan Light pada tahun 1790. Light telah bertindak pantas apabila beliau sendiri telah melancarkan serangan awal dan mengejut terhadap negeri Kedah serta memaksa Sultan Kedah untuk berundur.

Tanpa sebarang pilihan yang ada dan dalam keadaan terpaksa akhirnya tanpa rela Sultan Kedah menyewakan Pulau Pinang kepada Inggeris dan Prai juga pada sekitar tahun 1800 dengan bayaran nominal setahun sebanyak 16,000 Dolar Sepanyol dan bukannya 30,000 Dolar Sepanyol seperti dalam Perjanjian Inggeris-Kedah tahun 1786. Sehingga kini, Kerajaan Pulau Pinang masih membayar honorarium sebanyak RM18,800 kepada Sultan Kedah dan kejadian sejarah ini telah memperlihatkan kenapa Pulau Pinang sudah tidak menjadi milik Kedah sebaliknya dijadikan Negeri-Negeri Selat.

PULAU PINANG BANDAR BAHARU                       KEPTEN LIGHT MENJADI RAJA                               KALAU DIKENANG MASA NAN LALU                                    RASA MENITIS SI AIR MATA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *