CHINA, INDIA & PENJAJAH DAPAT GEORGE TOWN WORLD HERITAGE ! MELAYU DAPAT WARISAN APA SELEPAS MERDEKA ?

NAJIB RAIKAN WARISAN LITTLE INDIA DI BRICKFIELD KUALA LUMPUR- WARISAN MELAYU DI KL MACAM MANA APAKAH TIADA PENGHARGAAN !

KOH TSU KOON PELAKSANA GEORGE TOWN WORLD HERITAGE DI P.PINANG

Ini bukti dan perjuangan Parti Gerakan yang menobatkan warisan China di P.Pinang. Inilah tokoh yang menggerakkan dan berjaya mendapat pwngiktirafan GEORGE TOWN menjadi bandar warisan dunia. Bukan calang calang. Bukan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia tetapi menjadi Warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.

Beliau bergerak bersama NGO PHT Penang Geritage Trust sejak sebelum 2008 lagi. Malangnya parti JETUANAN MELAYU, United Malays National Organisation tidak ada lintasan niat, apa lagi hasrat dan tindakan untuk laksanakannya.Mereka membiarkan sahaja warisan Melayu ditinggalkan.Malah mereka tergamak tanya di manakah ada warisan Melayu di P.Pinang.

Rumah Syed Sheikh Al Hadi dibiarkan kekal menjadi tok kong China.Kampung bersejarah di halaman depan USM dibiarkan digempur swasta menjadi kawasan komersial. Rumah pengarang Melayu Ahmad Rashid Talu terbiar hingga kini.

Kampung Tradisi dan Warisan Tanjong dimusnahkan 100 peratus oleh UDA HOLDING BERHAD atas nama pembangunan.Jadi mana ada warisan apabila dimusnahkan dengan rela dan gembira atas alasan pembangunan. China mebgekalkan warisannya. Manakala para pemimpin Ketuana Melayu dengan bangga menghancurkannya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *