NORDIN AHMAD PUTERA SEBERANG PRAI : SENIMAN TERUNGGUL CATHAY KERIS DI SINGAPURA !

PENGHARGAAN BUAT SENI AGONG NORDIN AHMAD

SENIMAN AGONG NORDIN AHMAD ANAK KELAHIRAN KAMPUNG KOTA ,PERMATANG PASIR SEBERANG PRAI(1930 – 1972 ).SEBUAH BUKUL BERJUDUL NORDIN AHMAD PERMATA SENI TERBILANG KARYA HIDZIR ALI RAZALI AKAN KELUAR TAK BERAPA LAMA LAGI!P.PINANG memiliki 2 orang seniman agong. Pertama P. Ramlee anak jati Kampung Jawa P.Pinang. Kedua Nordin Ahmad anak jati Kampong Kota, Permatang Pasir Seberang Prai.Kedua dua hebat. P.Ramlee cemerlang dan unggul di MFP milik Shaw Broth’s. Manakala Nordin Ahmad seniman terhebat Cathay Kris Film Production milik Ho Ah Lock.

Apakah penghargaan kita buat seniman agong tersebut ? Hampir tidak ada. P.Ramlee dinafikan pencapaian dan kehebatannya semasa di KL. Beliau  tidak terima apa apa bantuan untuk mengangkat karyanya ke peringkat antarabangsa. Semasa hidup beliau tidak terima apa apa penghargaan dan insentif bantuan setimpal dengan pengorbananya terhadap seni,budaya dan perfileman Melayu.

Beliau dibiarkan mati karya. Kreativitinya tak sehebat di Studio Jalan Ampas lagi apabila berpindah ke ibu kota negara KL. Beliau bertugas di studio baru yang seperti rangkaian bengkel dan stor buruk sahaja. Itulah MERDEKA studio, suatu nama yang hebat. Studio yang ketinggalan zaman.Tidak selari dengan juwa MERDEKA yang menuntut perubahan kepada seoranginsan yang kembali ke tanah air.

Ada pihak yang seperti hendak membunuh karier dan kreativitinya. Sedangkan beliau sangat mendambakan pertolongan demi mengangkat martabat  perfileman Melayu ke mercu antarabangsa. Beliau dapat anugerah The most versertile actor in Asia dalam festival filem Asia di Tokyo. Itu pun tidak menjadi aset untuk dihargai di KL. Selepas meninggal baru kita tersedar ada pengabaian dan layanan buruk kita yang disengajakan terhadapnya.

Gelaran seniman agong yang dikurnia dan Tan Sri apa ertinya kepada orang yang telah meninggal. Semasa hidup tidak dihiraukan.Begitu dengan nasib Nordin Ahmad.Hingga kini belum tergerak langkah positif untuk mengenang jasa Nordin Ahmad di P.Pinang.

Sekurang kurang rumah kelahiran beliau dibangunkan semula menjadi muzium hidup menyimpan dan menghidupkan segala kazanah perfileman yang beliau ceburi. Kata Pres Ir Soekarno HANYA BANGSA YANG BESAR MENGENANG JASA PARA PAHLAWANNYA !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *