UCAPAN DATUK HJ HALIM HUSSEIN PENIMBAL YDP MAIPP

Wanita jangan mudah terpedaya dengan ‘love scam’-DATUK HJ HALIM HUSSEIN PENIMBAL YDP MAIPP

KEPEDULIAN DATUK HALIM PENIMBAL YDP MAIPP AMAT DIDAMBAKAN UNTUK TOLONG FAKIR MISKIN.

Datuk Hj Abdul Halim Hussein adalah ketua Cabang PKR Balik Pulau, merangkap Penimbal YDP Majlis Agama Islam P.Pinang. Beliau memberikan ucapan dalam majlis berbuka puasa bersama Tan Sri Muhyiddin Yasin Presiden PPBM di Pulau Betong, Balik Pulau pada hari Khamis 1 Jun 2017.Bekiau mebyatakan bahawa :

Umat Islam di P.Pinang telah menyumbang zakat yang berganda selepas Pakatan Rakyat/ Harapan mengambil alih pemeritahan daripada UMNO – BN mulai 2008 hingga 2017. Perolehannya meningkat dari RM 40 juta ke RM  92 juta kini.

Persoalannya bukan jumlah tetapi bagaimana menolong batu, bagi hak dan sumbangan kepada asnaf yang layak terima zakat.

Baru baru ini kita dikejutkan dengan tindakan mengejut pihak berkuasa bahagian perumahan Kerajaan negeri PP menyita rumah yang tidak membayar ansuran bulanan. Selepas menyita mereka diusir keluar daripada kediaman yang di sita terus.

Ke manakah mereka akan pergi ? Apakah kerajaan negeri langsung tidak ada ihsan memberi tempoh. Lebih lebih lagi di bulan Ramadzan.

Jadi berdasarkan kutipan  jumlah wang zakat yang tambah bertimbun itu apakah MAIPP tidak boleh ambil inisiatif untuk membantu orang yang miskin ini. Siasat kedudukan mereka adakah sengaja tidak mahu bayar atau memang miskin melarat. MAIPP mesti ada kepedulian untuk kaji dan salur bantuan membantu golongan hilang tempat kediaman.Jika MAIPP mengeluarkan peruntukan katakan RM 1 juta ia tidak akan rugi. Ia akan tambah keyakinan umat Islam untuk beri zakat kerana terbukti membantu yang wajib dibantu.

Sekiranya terbukti memang susah betul dan termasuk fikir miskin, wang zakat itu perlu disalurkan untuk membantu. Mengapa ? Wang tersebut memang hak mereka hasil kutipan zakat daripada golongan yang berkelebihan kepada golongsn yang daif.

MAIPP MESTI ADA INISIATIF UNTUK MEMBANTU UMAT ISLAM YANG DAIF DENGAN WANG ZAKAT. BUKAN MENUTUP MATA, MEMBISU DAN ENGGAN BERTINDAK ATAS TRAGEDI YANG MENIMPA.