YUSMADI YUSUF MANTAN AHLI PARLIMEN BERSUARA REAL POLITIK BALIK PULAU

Balik Pulau perlu pembaharuan tanah, bukan kenyataan politik

‘Balik Pulau needs land reforms, not ‘political’

The people of “overdeveloped” Balik Pulau need land reforms, and not any more statements made by politicians for their own gain, former PKR lawmaker Yusmadi Yusoff says.

“What is happening these days is that the locals in Balik Pulau are being accused of being squatters on their own land.

“These are the same people who went to the same school or mosque with me, but now they are squatters,” lamented the lawyer, who served as a one-term MP for Balik Pulau, between 2008 and 2013…Readmore: https://www.malaysiakini.com/news/386923#ixzz4lN1soQBZ

Balik Pulau perlu pembaharuan tanah, bukan kenyataan politik

Masyarakat tempatan Balik Pulau memerlukan satu rancangan pembaharuan tanah, dan bukannya kenyataan yang dibuat oleh ahli politik untuk kepentingan mereka sendiri, kata bekas ahli parlimen PKR, Yusmadi Yusoff.

“Apa yang berlaku hari ini adalah bahawa penduduk di Balik Pulau dituduh menjadi penduduk setinggan di tanah sendiri.

“Ini adalah orang yang sama ke sekolah atau masjid bersama saya, tetapi sekarang mereka menjadi penduduk setinggan,” kata peguam itu yang pernah menjadi wakil rakyat Balik Pulau, selama sepenggal iaitu antara tahun 2008 dan 2013.

Sehubungan itu, Yusmadi telah membentuk penubuhan sebuah pasukan petugas untuk membantu penduduk kampung yang terjejas dengan pengusiran itu.

Yusmadi, berkata beliau bersetuju dengan kenyataan oleh ahli parlimen semasa Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw bahawa kawasan hijau di bandar itu kini semakin terancam disebabkan pelbagai projek pembangunan tidak terancang.

Katanya sebelum ini kawasan itu merupakan kawasan hijau yang bersih dengan kampung-kampung tradisional terpelihara dengan baik selain kebun buah-buahan dan sawah padi.

Tan pula pada 18 Jun lalu, menulis di halaman Facebooknya, dalam empat bahasa termasuk bahasa Jawi mengenai keadaan alam sekitar di Pulau Pinang.

“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja.

“Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan,” kata Tan dalam catatan itu.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *