DASAR KN P. PINANG BERSIFAT RENJISAN BUKAN FUNDEMENTAL TETAPI > BAIK DARIPADA BN

ANTARA BN DENGAN PAKATAN HARAPAN/ RAKYAT DI P.PINANG ADA BEZANYA  ATAU TIADA BERBEZA ?

Pada dasarnya tidak banyak beza antara kerajaan UMNO GERAKAN -BN yang memerintah untuk satu jangka masa yang panjang dengan DAP – PKR sejak 2008. Tetap yang menjadi mangsa pembangunan ialah orang Melayu. Mereka hampir terpukul keluar daripada bandar hasil pembangunan pesat komeSIAL yang keterlaluan.

Rakyat kurang mampu tidak ada tempat dalam pembangunan. Rumah mampu milik yang sepatutnya jadi keutamaan dan  tanggung jawab sosial  kerajaan mengadakannya tetap diabaikan. Kedua dua kerajaan mempunyai kecenderungan menjual tanah kerajaan. BN menjual tanah kepada kroni dengan harga yang murah.KN P.Pinang pimpinan DAP juga tetap menjual tanah, walau pun tanah milik kerajaan semakin berkurangan. Bezanya BN menjual dengan harga termurah RM 1 se kaki per tetapi DAP – PKR  dengan harga yang mahal. Ini kononnya menguntungkan perolehan hasil kerajaan.Namun jamin membina rumah mampu milik tetap terabai ke tahap yang kritikal. Gendang saja kuat berbunyi tetapi hasilnya sekadar laungan yang kosong.

Sesudah 1 dekad mana janji untuk melaksanakan rumah mampu milik ? Rakyat bawahan tetap sakit dan sulit untuk mendapat rumah yang merupakan keperluan asas. Mengapa jadi begitu ? Ekonomi kita tetap mengutamakan swasta yang keuntamaannya mencari untung. Ekonomi kita bukan menjadi pengimbang supaya kerajaan berperanan menyelesaikan masalah rakyat bukannya membiarkannya ditentukan oleh pasaran.

Jawapan yang pasti  ialah  mengadakan perumahan untuk rakyat yang susah bukan lagi tanggung jawab kerajaan. Keduanya sama ada BN dan PH di P.Pinang tetap mengutamakan ekonomi kapitalis yang serba menindas dan mengambil kesempatan membolot keuntungan maksimum. Antara swasta dengan kerajaan sangat bersinergi.

Masing masing sangat serasi dan mesra dalam mencari peluang membuat keuntungan dan kekayaan secara secara bertimbal balik. Acuan dan asas ekonomi rakan kongsi politik dan ekonomi,kerjasama antara golongan korporat dan konglomerat dengan kerajaan dan politikus diteruskan dengan rancak. Asas yang dibina BN diteruskan. Justeru alasan projek itu diluluskan dizaman BN diteruskan nama pengubahsuaian. Justeru bila berjalan dari Teluk Kumbar ke Teluk Bahang kita akan melihat pembangunan mewah yang di luar keupayaan rakyat di bawah pendapatan RM 5000/ berupaya membelinya. APA LAGI YANG PENDAPAN ALA KADAR RM 1500 ke bawah.

Kesimpulannya kerajaan yang paling tidak berguna ialah kerajaan yang sangat pandai bermain sandiwara dengan memberi berbagai alasan mengapa ia tidak dapat menjalankan dasar mesra rakyat. Lebih malang lagi apabila rakyat dihalau keluar daripada kawasan pembangunan tanpa mengikutsertakan mereka di dalamnya. Ini sedang berlaku di P.Pinang dengan rancaknya terutama pembangunan di kampung kampung tradisi di seluruh P.Pinang.

Bila berlaku pembangunan akan melibatkan pengusiran penduduk asal. KN P.Pinang seperti tidak mahu masuk campur dan menyerahkan kepada mahkamah menentukannya atau budi bicara dan belas ihsan pemaju semata mata untyk menentukannya.

Akhirnya rakyat dibayar pampasan yang tak seberapa tanpa rumah gantian di tempat asal  atau terus dihalau keluar daripada kawasan pembangunan mewah.Tidakksh kerajaan paling berkuasa bukannya mahkamah.Jadi apa peranan kerajaan jika tidak mempunyai tanggung jawab sosial menyelesaikan masalah asasi rakyat iaitu sebuah rumah untuk berteduh ?

KES JUAL TANAH KERAJAAN NEGERI P.PINANG KEPADA SWASTA

[04/06, 21:14] ‪+60 19-410 1365‬: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mendedahkan kerajaan Pulau Pinang di era Barisan Nasional memerintah sebelum 2008 telah menjual 3,661 ekar tanah milik kerajaan negeri kepada pemaju melalui tender tertutup dengan harga yang rendah dan tidak masuk akal.

Antaranya :

Tanah seluas 980 ekar dekat Tanjong Tokong di jual dengan harga RM1 sekaki persegi.

Tanah seluas 325 ekar tanah untuk projek Jelutong Expressway di jual dengan harga RM20 sekaki persegi.

750 ekar tanah kepada Abad Naluri di Batu Kawan di jual dengan harga RM3.24 sekali persegi).

1,606 ekar tanah di jual kepada kepada Rayston Concortium Sdn. Bhd. di Butterworth.

Laporan penuh di blog ini :

http://fodsemalaysia.blogspot.my/2017/06/guan-eng-dedahkan-era-kerajaan-bn-jual.html
[05/06, 07:58] ‪+60 12-480 0328‬: *PULAU PINANG, PULAU MUTIARA. RAHMAT YANG TERASA*

DASAR DASAR SENTIMENTAL/ RENJISAN KN P.PINANG BUKAN FUNDEMENTAL UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH KRITIKAL RAKYAT

1. Hafiz/ Hafizah Al Quran dapat RM500 setahun.
2. Anak baru lahir dapat RM200.
3. Pelajar darjah 1 & 4, tingkatan 1 & 4 dapat RM100 (walaupun ibu bapa bukan orang PP).
4. Pelajar masuk Universiti dapat RM1000 (Sabah/Sarawak RM1200).
5. Surirumah tak kerja dapat RM100 setahun.
6. OKU dapat RM100 setahun.
7. Ibu tunggal dapat RM100 setahun.
8. Warga emas dapat RM100 setahun.
9. Ibu tunggal, OKU dan warga emas jika meninggal waris dapat RM1000.
10. Pengayuh beca dapat RM1200 setahun.
11. Pemandu teksi dapat RM600 setahun.
12. Pengusaha bas sekolah dapat RM600 setahun.
13. Nelayan dapat pukat percuma setahun 2 kali.
14. Bantuan keluarga miskin. Kerajaan pusat bagi BRIM mulai 2012 kepada keluarga miskin ketika itu cuma RM500 setiap keluarga berpendapatan RM3000 kebawah.

Negeri ini, iya ia pemimpinnya (Ketua Menteri) non Muslim. Tetapi bolehkah dilabel sebagai kafir harbi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *