YUSMADI YUSUF MANTAN AHLI PARLIMEN BERSUARA REAL POLITIK BALIK PULAU

Balik Pulau perlu pembaharuan tanah, bukan kenyataan politik

‘Balik Pulau needs land reforms, not ‘political’

The people of “overdeveloped” Balik Pulau need land reforms, and not any more statements made by politicians for their own gain, former PKR lawmaker Yusmadi Yusoff says.

“What is happening these days is that the locals in Balik Pulau are being accused of being squatters on their own land.

“These are the same people who went to the same school or mosque with me, but now they are squatters,” lamented the lawyer, who served as a one-term MP for Balik Pulau, between 2008 and 2013…Readmore: https://www.malaysiakini.com/news/386923#ixzz4lN1soQBZ

Balik Pulau perlu pembaharuan tanah, bukan kenyataan politik

Masyarakat tempatan Balik Pulau memerlukan satu rancangan pembaharuan tanah, dan bukannya kenyataan yang dibuat oleh ahli politik untuk kepentingan mereka sendiri, kata bekas ahli parlimen PKR, Yusmadi Yusoff.

“Apa yang berlaku hari ini adalah bahawa penduduk di Balik Pulau dituduh menjadi penduduk setinggan di tanah sendiri.

“Ini adalah orang yang sama ke sekolah atau masjid bersama saya, tetapi sekarang mereka menjadi penduduk setinggan,” kata peguam itu yang pernah menjadi wakil rakyat Balik Pulau, selama sepenggal iaitu antara tahun 2008 dan 2013.

Sehubungan itu, Yusmadi telah membentuk penubuhan sebuah pasukan petugas untuk membantu penduduk kampung yang terjejas dengan pengusiran itu.

Yusmadi, berkata beliau bersetuju dengan kenyataan oleh ahli parlimen semasa Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw bahawa kawasan hijau di bandar itu kini semakin terancam disebabkan pelbagai projek pembangunan tidak terancang.

Katanya sebelum ini kawasan itu merupakan kawasan hijau yang bersih dengan kampung-kampung tradisional terpelihara dengan baik selain kebun buah-buahan dan sawah padi.

Tan pula pada 18 Jun lalu, menulis di halaman Facebooknya, dalam empat bahasa termasuk bahasa Jawi mengenai keadaan alam sekitar di Pulau Pinang.

“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja.

“Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan,” kata Tan dalam catatan itu.

 

 

POLITIK BALIK PULAU: ADAKAH PKR BOLEH MENANG DENGAN MEMAINKAN SENTIMEN KEBALIKPULAUAN ?

 

Tulisan ini untuk mengkaji  sejarah pilihanraya kawasan Balik Pulau.Perbandingannya antara prestasi kemenangan UMNO -Perikatan/UMNO- Barisan Nasional 1955- 2013 dengan prestasi kemenangan parti parti pembangkang. PARTI RAKYAT adalah parti utama yang mencabar UMNO sebelum  1969.Selepasnya timbul parti parti Gerakan, DAP. Selama  3 dekad, ia adalah era gelap bagi pembangkang sehingga tahun 1999 apabila timbulnya krisis DSAI yang dipecat oleh Dr Mahathir.

Calon  Parti Rakyat  Abdul Rahman Yunus pernah menang kerusi  DUN dalam parlimen Balik Pulau. Abu Bakar Nyak pernah menang dalam piliharaya Kerajaan Tempatan di Majlis Daerah Balik Pulau.

Balik Pulau pernah menjadi kubu kuat  Parti Rakyat di bawah pimpinan Presidennya Ahmad Boestamam yang mengambil Balik Pulau sebagai rumah kedua setelah Behrang kampung kelahirannya di Perak.

1955 -UMNO- Perikatan menang calonnya Zainal Abidin BA.

1959 – CC Ismail – UMNO – Perikatan

 

DASAR KN P. PINANG BERSIFAT RENJISAN BUKAN FUNDEMENTAL TETAPI > BAIK DARIPADA BN

ANTARA BN DENGAN PAKATAN HARAPAN/ RAKYAT DI P.PINANG ADA BEZANYA  ATAU TIADA BERBEZA ?

Pada dasarnya tidak banyak beza antara kerajaan UMNO GERAKAN -BN yang memerintah untuk satu jangka masa yang panjang dengan DAP – PKR sejak 2008. Tetap yang menjadi mangsa pembangunan ialah orang Melayu. Mereka hampir terpukul keluar daripada bandar hasil pembangunan pesat komeSIAL yang keterlaluan.

Rakyat kurang mampu tidak ada tempat dalam pembangunan. Rumah mampu milik yang sepatutnya jadi keutamaan dan  tanggung jawab sosial  kerajaan mengadakannya tetap diabaikan. Kedua dua kerajaan mempunyai kecenderungan menjual tanah kerajaan. BN menjual tanah kepada kroni dengan harga yang murah.KN P.Pinang pimpinan DAP juga tetap menjual tanah, walau pun tanah milik kerajaan semakin berkurangan. Bezanya BN menjual dengan harga termurah RM 1 se kaki per tetapi DAP – PKR  dengan harga yang mahal. Ini kononnya menguntungkan perolehan hasil kerajaan.Namun jamin membina rumah mampu milik tetap terabai ke tahap yang kritikal. Gendang saja kuat berbunyi tetapi hasilnya sekadar laungan yang kosong.

Sesudah 1 dekad mana janji untuk melaksanakan rumah mampu milik ? Rakyat bawahan tetap sakit dan sulit untuk mendapat rumah yang merupakan keperluan asas. Mengapa jadi begitu ? Ekonomi kita tetap mengutamakan swasta yang keuntamaannya mencari untung. Ekonomi kita bukan menjadi pengimbang supaya kerajaan berperanan menyelesaikan masalah rakyat bukannya membiarkannya ditentukan oleh pasaran.

Jawapan yang pasti  ialah  mengadakan perumahan untuk rakyat yang susah bukan lagi tanggung jawab kerajaan. Keduanya sama ada BN dan PH di P.Pinang tetap mengutamakan ekonomi kapitalis yang serba menindas dan mengambil kesempatan membolot keuntungan maksimum. Antara swasta dengan kerajaan sangat bersinergi.

Masing masing sangat serasi dan mesra dalam mencari peluang membuat keuntungan dan kekayaan secara secara bertimbal balik. Acuan dan asas ekonomi rakan kongsi politik dan ekonomi,kerjasama antara golongan korporat dan konglomerat dengan kerajaan dan politikus diteruskan dengan rancak. Asas yang dibina BN diteruskan. Justeru alasan projek itu diluluskan dizaman BN diteruskan nama pengubahsuaian. Justeru bila berjalan dari Teluk Kumbar ke Teluk Bahang kita akan melihat pembangunan mewah yang di luar keupayaan rakyat di bawah pendapatan RM 5000/ berupaya membelinya. APA LAGI YANG PENDAPAN ALA KADAR RM 1500 ke bawah.

Kesimpulannya kerajaan yang paling tidak berguna ialah kerajaan yang sangat pandai bermain sandiwara dengan memberi berbagai alasan mengapa ia tidak dapat menjalankan dasar mesra rakyat. Lebih malang lagi apabila rakyat dihalau keluar daripada kawasan pembangunan tanpa mengikutsertakan mereka di dalamnya. Ini sedang berlaku di P.Pinang dengan rancaknya terutama pembangunan di kampung kampung tradisi di seluruh P.Pinang.

Bila berlaku pembangunan akan melibatkan pengusiran penduduk asal. KN P.Pinang seperti tidak mahu masuk campur dan menyerahkan kepada mahkamah menentukannya atau budi bicara dan belas ihsan pemaju semata mata untyk menentukannya.

Akhirnya rakyat dibayar pampasan yang tak seberapa tanpa rumah gantian di tempat asal  atau terus dihalau keluar daripada kawasan pembangunan mewah.Tidakksh kerajaan paling berkuasa bukannya mahkamah.Jadi apa peranan kerajaan jika tidak mempunyai tanggung jawab sosial menyelesaikan masalah asasi rakyat iaitu sebuah rumah untuk berteduh ?

KES JUAL TANAH KERAJAAN NEGERI P.PINANG KEPADA SWASTA

[04/06, 21:14] ‪+60 19-410 1365‬: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mendedahkan kerajaan Pulau Pinang di era Barisan Nasional memerintah sebelum 2008 telah menjual 3,661 ekar tanah milik kerajaan negeri kepada pemaju melalui tender tertutup dengan harga yang rendah dan tidak masuk akal.

Antaranya :

Tanah seluas 980 ekar dekat Tanjong Tokong di jual dengan harga RM1 sekaki persegi.

Tanah seluas 325 ekar tanah untuk projek Jelutong Expressway di jual dengan harga RM20 sekaki persegi.

750 ekar tanah kepada Abad Naluri di Batu Kawan di jual dengan harga RM3.24 sekali persegi).

1,606 ekar tanah di jual kepada kepada Rayston Concortium Sdn. Bhd. di Butterworth.

Laporan penuh di blog ini :

http://fodsemalaysia.blogspot.my/2017/06/guan-eng-dedahkan-era-kerajaan-bn-jual.html
[05/06, 07:58] ‪+60 12-480 0328‬: *PULAU PINANG, PULAU MUTIARA. RAHMAT YANG TERASA*

DASAR DASAR SENTIMENTAL/ RENJISAN KN P.PINANG BUKAN FUNDEMENTAL UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH KRITIKAL RAKYAT

1. Hafiz/ Hafizah Al Quran dapat RM500 setahun.
2. Anak baru lahir dapat RM200.
3. Pelajar darjah 1 & 4, tingkatan 1 & 4 dapat RM100 (walaupun ibu bapa bukan orang PP).
4. Pelajar masuk Universiti dapat RM1000 (Sabah/Sarawak RM1200).
5. Surirumah tak kerja dapat RM100 setahun.
6. OKU dapat RM100 setahun.
7. Ibu tunggal dapat RM100 setahun.
8. Warga emas dapat RM100 setahun.
9. Ibu tunggal, OKU dan warga emas jika meninggal waris dapat RM1000.
10. Pengayuh beca dapat RM1200 setahun.
11. Pemandu teksi dapat RM600 setahun.
12. Pengusaha bas sekolah dapat RM600 setahun.
13. Nelayan dapat pukat percuma setahun 2 kali.
14. Bantuan keluarga miskin. Kerajaan pusat bagi BRIM mulai 2012 kepada keluarga miskin ketika itu cuma RM500 setiap keluarga berpendapatan RM3000 kebawah.

Negeri ini, iya ia pemimpinnya (Ketua Menteri) non Muslim. Tetapi bolehkah dilabel sebagai kafir harbi?

MENGIMBAU SAMBUTAN HARI RAYA TAHUN 50an SETENGAH ABAD LALU

Selamat Hari Raya sayalah ucapkan kepada ibu bapa,saudara sekalian, kaumlah kerabat,hai handai dan taulan,tualah dan muda, laki laki perempuan
Permulaan syawal, hai hari nan mulia,  Aidil Fithri penutup bulan puasa
Pintu terbuka untuk mengabulkan doa
Paling utama bagi sesama manusia
Umpat, Puji yang sudah terbanyak
Ampun dan maaf sekarang diminta
Supayalah nazam mohon janganlah menyesal
Selamatlah kita di akhirat lah yang kelak.

Wahai muslimin segala haiwani 2 x
Mendoalah kita kepada rabbul Ilahi

Dipanjangkan umur dimurahkan rezeki 2 x
Tahunlah dimuka bolehlah berjumpalah lagi.

SELAMAT IDUL FITHRI MAAF ZAHIR BATIN 1438 H

KAMI MEWAKILI PINANG PRESS UCAPKAN SELAMAT BERHARI RAYA 1438 H DENGAN UCAPAN  MINAL AIDIL WAL FAIDHIN , MAAF ZAHIR BATIN, SELAMAT PARA PEMIMPIN , RAKYAT HIDUP MAKMUR TERJAMIN

 

SENIKATANYA

GAMBARAN SAMBUTANNYA :

Setelah berpuasa satu bulan lamanya

Berzakat fitrah menurut perintah agama

Kini kita beridul fithri hari berbahagia

Mari kita berlebaran bersuka gembira

Berjabatan  tangan sambil bermaaf maafan

Hilang dendam habis marah di hari lebaran

Minal aidil wal faidhin Maaf lahir dan batin

Selamat para pemimpin, Rakyatnya makmur terjamin

Dari segala penjuru mengalir ke kota
Rakyat desa berpakaian baru serba indah
Setahun sekali naik terem listrik perei
Hilir mudik jalan kaki pincang sampai sore
Akibatnya tengteng selop sepatu terompe
Kakinya pade lecet babak belur berabe

Maafkan lahir dan batin, ulang taon idup prihatin
Cari uang jangan bingungin, bulan Syawal kita ngawinin
Cara orang kota berlebaran lain lagi
Kesempatan ini dipakai buat berjudi
Sehari semalam main ceki mabuk brandi
Pulang sempoyongan kalah main pukul istri
Akibatnya sang ketupat melayang ke mate
Si penjudi mateng biru dirangsang si istri


Maafkan lahir dan batin, ‘lan  taon idup prihatin
Kondangan boleh kurangin, kurupsi jangan kerjain”

CONTOH KAD DAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA TERBAIK- MEMPERINGATI LELUHUR

Datuk Janaton(m 1789) ialah salah seorang peneroka awal P.Pinang. Berasal dari Pagar Ruyung dan bergerak ke kampung Bodi/ Buadi, Paya Kumbuh dan kemudiannya bermastautin seketika di Batu Bara. Dari sini berulang alik ke Kedah. Beliau mula menetap di P.Pinang pada tahun 1945 di kawasan yang kini dikenali sebagai Minden, Minden Height dan Sungai Gelugor. Kawasan ini juga masih diingati sebagai Bukit Tok Janaton.