SANDIWARA DAN WAYANG KERAJAAN NEGERI P.PINANG DI TG ASAM, TELUK KUMBAR

PROJEK MELEPASKAN 2 JUTA ANAK IKAN DI TANJONG ASAM, TELUK KUMBAR

Apa tujuan KN P.Pinang melepaskan 2 juta atau 2,000,000 anak anak ikan ke laut Teluk Kumbar ? Adakah langkah ini  hendak memberi imej baik kepada kerajaan negeri berhadapan dengan penentangan nelayan terhadap projek tambak laut.  kepa? Langkah membela kehidupan nelayan yang banyak terjejas apabila tebusguna laut mengambil tempat.Kawasan penangkapan ikan, udang, ketam, rumpai air, paya bakau dll yang berkaitan dengan pantai dan laut bukan senang senang  boleh di bina oleh manusia.Kerajaan negeri bercadang membina 3 buah pulau buatan di hadapan laut Teluk Kumbar.Jika kerajaan negeri serius bersimpati terhadap kehidupan nelayan pantai ,projek tersebut wajib dihentikan.Tidak ada guna melepas anak anak ke laut . Mengapa ? Projek tebusguna laut akan membunuh kawasan pembiakan ikan,udang, ketam, rumpai air dan segala kazanah laut begitu saja. Tahukah sesiapa yang peka, prihatin, waras tidak akan membunuh habitat laut melainkan kerana ketamakan, hilang hati nurani, sensitivi bterhadap rakyat. Jika serius mengapa tidak membina kolam kolam buatan untuk melindungi anak ikan. Hanya melepaskan secara berkala apabila cukup besar. Pelepasan berapa juta anak ikan sekali punntidak akan beri kesan. Jelas ini adalah satu strategi untuk memenangi hati nelayan dan membina imej yang baik. Sekurang kurang untuk PRU ke 14.