WINNIBLE CANDIDATE FOR PKR IN PENANG : ADAKAH PKR PEKA !

Tahniah kepada Sheikh Zahari seorang profesional Juruukur Bangunan. Beliau telah dianugerahi Fellowship  Institut   Juruukur Diraja Malaysia.

Sheikh Zahari Sheikh Abdul Rahman adalah keturunan ulama yang mendirikan Madrasah Al Mashoor di Tek Soon tapak KOMTAR di P.Pinang. Lekuhurnya berasal dari Mekah Al Mukaramah. Beliau  seorang profesional, mantan  pensyarah  USM, juru dakwah dan aktivis masyarakat yang istiqamah. Sebelumnya sejak zaman muda.Beliau aktif dalam ABIM dan penggiat inplementasi local economy and local knowledge untuk dikembang sebagai dimensi ekonomi fundemental di kalangan rakyat luar bandar terutama di Balik Pulau.

KINI beliau adalah akvitivis PKR yang konsisten dan berwibawa.Pernah menjadi ahli majlis MPPP selama 5 tahun. Seorang ahli majlis yang peka, aktif dan sentiasa berada di lapangan. Kualiti kualiti ini adalah input yang membolehkan beliau terangkat menjadi calon DUN mewakili PKR di P.Pinang.

Malangnya tokoh yang sebegini gigih menghamba kepada parti dan masyarakat tiada dalam neraca dan pertimbangan majlis pimpinan  PKR negeri. Apakah ukuran pertimbangan mereka ?  Kesan akibatnya calon PKR walau pun menang tetapi tidak berkesan. Calon yang kurang kompeten kalah meski pun ditonjol, dikitar  berulang kali.

Calon PKR yang ada dan berada dalam kerajaan negeri tenggelam dalam memperjuang dan mengetengahkan isu isu rakyat. Jarak antara rakyat terutama pengundi atas pagar dan rakyat biasa agak menjauh. Mereka tiada berasa sesuatu yang dibela untuk mereka. Sudah 9 tahun P.Pinang dibawah Pakatan Rakyat/ Pakatan Harapan. Apakah hasilnya untuk dikenang ? Memang ada serangkaian dasar dasar populis. Rakyat tuntut dasar yang lebih jelas. Kini rakyat hanya mampu menonton rumah mewah  mampu tengok .

Rakyat tak dapat memilik rumah yang termampu beli untuk mereka. Rumah menjadi kemudahan asas yang paling mahal dan tidak lagi menjadi tanggung jawab sosial kerajaan untuk mengadakannya. Ia menjadi permainan tarik talinantara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Maka rakyatlah yang menjadi mangsanya.Apakah keadaan yang sangat pincang. Apakah model kerajaan yang diamalkan di Malaysia.

Banyak isu isu rakyat yang terabai oleh pembangunan pesat- mewah dan pro kapitalis secara berleluasa. Kerajaan yang menafikan hak hak rakyat daripada mendapat bahagian dalam pembangunan yang adil adalah kerajaan yang menipu, menodai amanah dan boleh dikatakan paling tidak berguna.

Bahawa perkara yang kritikal pada rakyat seperti isu penjaja kecil Melayu mencari sesuap nasi di jalanan kini  amat dimusuhi MBSP, perobohan kampung kampung Melayu tanpa pampasan, isu pelestarian warisan Melayu tiada dalam jangkauan mereka.

Lebih teruk  isu kambus laut yang bakal memusnahkan kehidupan nelayan pantai pun dipandang enteng.Sungguh malang ada wakil rakyat mereka yang mendawka kononnya nelayan bersetuju dengan reclaimation yang bakal memusnahkan masa depan mereka.

Reclaimation itu baik sebaik baiknya walau pun ia milik swasta. Tidak jelas dimanakah bahagian rakyat di dalamnya. Nampaknya rakyat akan jadi penonton sahaja. Ini sebagaimana reclaimation yang dilakukan oleh UMNO BN. Wayang sebegini wajarkah dimainkan oleh pemimpin bernama PARTI KEADILAN RAKYAT ?

Sekali lagi adalah PKR sebenarnya PARTI KEADILAN RAKYAT yang memperjuangkan isu isu rakyat yang terjepit dalam pembangunan pesat  ? Pembangunan yang mengetepikan hak hak rakyat. Bahawa kerajaan itu milik semua. Ia bukan milik segelintir atau milik pemimpin yang berkuasa untuk berbuat kesewenangan.Ini adalah dasar, perilaku, ciri ciri dan corak UMNO BN sudah dimengerti. Apabila berkuasa tumbangkan BN, rakyat berfikir ia hilang. Nampaknya ia menjelma dalam corak pemerintahan kerajaan kini.

Justeru penyakit orang yang berkuasa ialah tamak dan sering menyalahgunakan kuasa. Justeru ini adalah perkara perkara yang menghambat Pakatan Harapan ke Puterajaya. Jadi jangan ada lagi ada DNA dan warisan penyakit penyakit UMNO – BN yang melekat kepada kita yang mendakwa ingin melakukan REFORMASI bila berkuasa.

Apabila diberi kekuasaan usah membuat kesewenangan dan menjadikan kekayaan itu berlegar legar di sekitar satu golongan sahaja. Kamu seru kepada kebaikan tetapi kamu lupa kepada diri sendiri.

Apakah PKR akan terus salah dan silau  dalam memilih calon yang benar benar kompeten dalam penggal ke tiga pemerintahannya di P.Pinang. DAP tak ubah Ketua Menteri dari 2008 hingga kini, begitu P.Ramasamy kekal mewakili India tetapi PKR telah 3 kali mengubah TKM 1.Namun masih kurang berkesan dalam mengatasi dan menangani isu isu rakyat yang mewakili orng Melayu.

Secara kebetulan adalah bumiputera, adalah kelas yang paling bawah dan teraniaya di P.Pinang. Tidakkah mereka harus mendapat keutamaan untuk dibela.Diabgkat martabatnya supaya mampu bersaing dengan kaum China. Kita ada Balik Pulau kawasan 70 % majoriti Melayu. Apa yang lakukan sejak 9 tahun memerintah. Tidakkah ia pengkalan dan kubu kita.

PKR PERLUKAN PEMIMPIN YANG KUAT. Bukan pemimpin lokal yang tinggi sifat kedaerahanya dan sentiasa curiga apabila ada pemimpin berwibawa.Justeri pemimpin dan kepimpinan adalah rahmat bukan mudarat kepada rakan dan masyarakat. So fikir fikirkanlah !!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *