Kata Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Menjadi Ketua Bahagian tidak senestinya menjadi calon dalam PRU ke 14 ! BERSATU, BERSATULAH demi KEMENANGAN !
SAUDARA ZOLKIFLI MD LAZIM KETUA BAHAGIAN PPBM BALIK PULAU, TOKOH PERNIAGAAN DAN AKTIVIS NGO YANG TERKEMUKA DALAM DAKWAH
PPBM – BERSATU MENJANA PERUBAHAN DEMÌ MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK BUAT MALAYSIA !
BALIK PULAU adalah antara kubu terkuat UMNO- BN sejak ditubuhkan di Malaya. Selainnya adalah KEPALA BATAS.Di antara parlimen yang gagal ditembusi hingga kini.Ini adalah cabaran terbesar buat Ketua Pimpinan Negeri PPBM P.Pinang. Beliau seorang tokoh muda Sdr MARZUKI YAHYA. Sebelumnya pengerusi PERKASA P.Pinang.
Jika ditakdirkan bertanding di kerusi parlimen Kepala Batas ia adalah sejarah yang bakal dilakar jika dapat mengalahkan Rizal Merican. Tidak ada perkara yang mustahil.Pilihannya kepada rakyat ialah sama ada mahu memilih parti yang sudah bobrok kerana terpalit dengan berbagai skandal atau parti baru yang bakal melakar masa depan yang lebih baik. Parti yang mampu mengangkat semula martabat agama, bangsa & negara setelah jatuh teruk di persada dunia oleh kepimpinan terburuk UMO dalam sejarah negara selepas merdeka.
BOLEHKAH UMNO YANG MEMILIKI 3 M DI KALAHKAN ? 1. MACHINERY – JENTERA KERAJAAN TERMASUK SPR, 2. MONEY, 3. MEDIA
Tidak ada mana pun kubu yang tak dapat dirempuh dan dipecahkan. Contohnya di Kelantan dalam PRU tahun 1990 UMNO kalah 100 % di peringkat DUN hasil gabungan padu PAS dengan Semangat 46. Itu adalah rekod sejarah yang terhebat bukti hasil perpaduan dan kejayaan pembangkang. Nyata tidak ada kubu walau seteguh mana sekali pun tidak dapat ditumpaskan.
Bahkan dari segi peperangan kubu perang terkuat Israel di Sinai “Bar Lev” dapat dibolosi dan dimusnahkan oleh tentera Mesir. Ianya berlaku dalam perang Oktober tahun 1973.Itulah realitinya, kemenangan boleh dicapai jika bersinergi antara strategi dan kerja buatnya.Itulah hukum sejarah. Bersama kesulitan ada kemudahan beserta kepayahan ada kejayaan.
SITUASI DI BALIK PULAU KINI
Jadi memang ada atau tidak ada masalah untuk pembangkang merampas dan memenangi DUN dan Parlimen Balik Pulau dalam PRU ke 14 ? Memang ada masalah terutama masalah dalaman ” semangat kepuakan Balik Pulau”. Bagaimana hendak mengubah semangat kepuakan menjadi lebih rasional dan terbaik demi mendapat kepemimpinan yang terbaik.
Kata pakar strategis perang Sun Tze. Beliau berkata sebelum menghadapi dan melawan musuh di luar, awasi musuh dalam selimut. Cabut keluar duri yang menikam daging. Kewaspadaan membuat kita mara,kealpaan akan meninggalkan kehampaan.Politik adalah strategi tepat untuk melangkah kedepan melepasi masalah. Jika perlu bertindak demi menjaga keutuhan parti buat keputusan yang tepat. BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH !
SENARIO BALIK PULAU
Kemenangan telah pun dibuktikan dalam PRU ke 12 pada 2008, apabila PKR memenangi kerusi ini menerusi calon mudanya YB Yusmadi Yusuf.Selepas itu kita tewas teruk pada 2013. Kerusi parlimen dan 3 DUN terlepas ke tangan UMNO – BN. Ulasan tentang punca kekalahan dari CM P.Pinang LGE patut dijadikan iktibar.PKR telah memilih calon yang silap.
Calon itu tidak dikenali umum dan hanya baru diperkenalkan 2 minggu menjelang PRU ke 13, 2013. Melihat kegoyahan itu UMNO mengitar semula calon yang telah berkali kali bertanding sejak 1990.Beliau anak tempatan yang telah popular dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Calon itu telah berakar umbi di BP, YB Datuk Helmi Hj Yahaya.Hasilnya UMNO menang 100 % di Balik Pulau. Jawapan kemenangan tipis tidak bermakna. Realitinya dalam politik di Malaysia yang UMNO menguasai SPR menang tetap menang,kalah tetap kalah wala pun 1 undi.
KEMENANGAN MESTI ADA STRATEGI MANTAP UNTUK MENANG, UNTUK KALAH ABAIKANNYA
Telah menjadi fakta sejarah alangkan kubu tradisi terhebat UMNO, tempat Datuk Onn memulakan perjuangannya di BATU PAHAT pun dapat ditumpaskan. Inikan pula Balik Pulau. Batu Pahat dapat ditawan oleh calon unggulan PKR Idris Jauzi dalam PRU ke 13. Soalnya bukan angan angan, bukan perancangan dan kira bicara semata mata. Ia disusuli dengan pengolahan pelan kemenangan. Pelan itu diperturunkan menjadi strategi yang kompak dan nyata di lapangan secara konkrit dan mantap.
Mari kita dengar formula nak menang dari Idris Jauzi, tokoh yang memecah kubu terkuat UMNO pada tahun 2013. Beliau adalah pakar pengatur strategi pilihanraya PKR. Sosok ini pernah memimpin BTN di era TPM DS Anwar Ibrahim dalam tahun 1990an.NAK MENANG MESTI ADA STRATEGI NAK MENANG.
Caranya bermula dengan kita mesti menguasai setiap aspek, sudut dan lapangan di kawasan yang disasarkan. Orang kita mesti ada di mana mana.Ini sama ada di masjid, surau, Persatuan Nelayan, Pasar Malam,PIBG dan apa juga unit dan NGO yang berfungsi di Balik Pulau.
Hakikatnya kita menguasai MAIPP tetap tidak memanfaatkannya. Majlis harus dipergunakan dengan wajar untuk menembusi masjid masjid yang belum dapat diterobosi terutama di DUN Teluk Bahang.
Kita tidak kurang dengan katib yang terbaik. Katib yang mampu menggarap isu dengan hidup seperti Datuk Dr Maza, Datuk Mufti Wan Salim, Datuk Idris Jauzi, Sheikh Zahari Abdul Rahman dll. Senarai katib yang terbaik harus dibarisi. Dari sekarang masjid dan surau mesti diramaikan dengan orang orang kita sebagai satu mobilisasi umum tunjuk kehebatan. Ini boleh digerakkan terutama masa solah Jumaat.Ia agar menimbulkan gempuran dan kegerunan kepada musuh. Ia menjadi gelombang untuk menghapuskan muslihat musuh yang terlalu liat untuk ditumpaskan. Tenaga PAKATAN RAKYAT digerakkan secara padu. Ini mampu dilakukan kerana negeri ini sudah kita kuasai di peringkat kerajaan negeri. Mengapa membuang kuasa yang telah ada di tangan.Matlamatnya gempur 3 kerusi parlimen dan baki 10 DUN yang belum ditawan. Ketamaan harus diberi kepada faktor keboleh kemenangan menerusi pertandingan 1 lawan 1.
Di P.Pinang PAS bukan lagi faktor pengganggu dan yang menentukan melainkan penyokong fanatik yang tidak waras.Masuk bertanding untuk menang bukannya untuk mengacau dan memecah undi.PPBM harus berganding bahu dengan AMANAH untuk mengatasinya bersama dengan PKR.PKR telah ada 10 kerusi yang selamat, PAS ada 1 kerusi bahagian AMANAH dan DAP kukuh dengan 19 kerusi. Tinggal 10 kerusi lagi untuk ditawan dan 3 parlimen yang wajib dimenangi dalam PRU ke 14.
Nak menang kita mesti meninjau strategi musuh, apakah strategi UMNO untuk menang ? Ulasan akan diberi dalam entri hadapan.
Parlimen ini amat luas menghampiri lebih separuh P.Pinang dengan 3 DUN iaitu Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang.
Analisis dan Liputan ini akan bersambung………………BALIK PULAU ADALAH AGENDA PENTING UNTUK RAKYAT P.PINANG MENDAPATKAN PEMBELAAN UNTUK PENEMPATAN SEMULA RAKYAT YANG TERPINGGIR.