Ribuan banjiri ceramah Tun Mahathir di Tasek Gelugor : Apakah UMNO akan tersungkur di sana?

Semalam dalam ceramah bicara Tun M di Tasek Gelugor di hadapan rumah ketua bahagian Tasek Gelugor Datuk Shariff Omar ribuan hadirin membanjiri majlis tersebut.Khemah yang disediakan penganjur yang memanjang penuh dengan ahli PPBM dan orang ramai yang ingin mendengar amanat dari bekas perdana menteri Malaysia ini.Kehadiran bahkan sejauh Teluk Bahang dan Batu Ferringgi !

Turut bersama memeriahkan majlis ialah orang jauh dari Kelantan iaitu naib presiden AMANAH Datuk Husam Musa.

Pengerusi PPBM pimpinan negeri Pulau Pinang Tuan Haji Marzuki menegaskan bahawa PPBM adalah yang bersikap terbuka.Jangan kita gusar dengan tindakan segelintir ahli yang bertindak keluar parti kerana tidak mendapat jawatan.Seorang ahli keluar seratus orang baru yang akan menjadi ahli PPBM.Keluarnya dari parti kerana tidak mendapat jawatan menunjukkan yang seseorang itu tidak ikhlas dalam perjuangan.

Tun M pula berkata, berbeza dengan UMNO, PPBM menerima semua golongan untuk menjadi ahli parti.Berlainan dengan UMNO keahlian mereka ditapis oleh ketua cawangan dan akan menyekat orang yang dianggap lebih bijak dan berkelayakan daripadanya untuk menjadi ahli parti.Hanya ahli-ahli yang yang lebih rendah dari segi kelayakan daripadanya yang diterima menjadi ahli.Ini menyebabkan UMNO hanya dipimpin oleh orang-orang yang bodoh.Dan pelapis-pelapisnya adalah orang yang lebih bodoh dan makin lama dalam parti ini hanya tinggal orang-orang yang bodoh.Inilah hakikat apa yang berlaku dalam UMNO.

Dengan bakal calon yang berwibawa di Tasek Gelogor.Kemungkinan Dato Shariff Omar lah orangnya.Umno akan mendapat tentangan sengit di Parlimen ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *