TANJONG TOKONG NAMA YANG WUJUD DI NUSANTARA

NAMA TANJONG TOKONG WUJUD DI BALIK PAPAN KALIMANTAN TIMUR, INDONESIA. PERKATAAN TOKONG WUJUD DALAM PENAMAAN TEMPAT SECARA MELUAS SEBAGAI BENTUK NAMA NAMA TEMPAT YANG BERSIFAT GEOGRAFI.

TANJONG TOKONG sebuah perkampung nelayan tradisi yang asal di P.Pinang. Ada yang telah mengelirukan nama Tanjong Tokong.Perkataan TOKONG disamakan  dengan berhala. Namanya dikaitkan dengan berhala China TUA PEK KONG atau TOK PEK KONG. Bahkan terjemahan kepada TANJONG TOKONG dinobatkan sebagai Cape of the Temple di dalam media massa. Mengapa ? ……..kerana ada sebuah Tok kong China di situ. Dikatakan yang tertua di P.Pinang.Tokong itulah kononnya tanda sejarah yang memulakan petempatan di Tanjong Tokong.

Mari kita buktikan perkataan TOKONG tidak ada kena mengena dengan pengaruh China. Ia adalah perkataan yang berasal daripada Bahasa Melayu. Perkataan ini juga wujud dalam penamaan tempat di Nusantara secara meluas. Carian di internet membuktikan kewujudan serangkaian tempat yang berasal daripada perkataan TOKONG. Di antaranya :

PULAU TOKONG, PULAU TOKONG NENAS( dekat P.Natuna), BATU TOKONG( dekat dengan P. Weh, Aceh) TANJONG TOKONG( di Balik Papan, Kalimantan Timur),PULAU TOKONG BORO( dekat Pulau Natuna), PULAU TOKONG BELAYAR LAUT( dekat P. Anambas), PULAU TOKONG SANGGOL( berhampiran P.Sibu)

Kesimpulanya penamaan TANJONG TOKONG bukan berdasarkan sejarah. Ia adalah penamaan yang bersifat geografi sesuai dengan keadaan muka alam dan rupa bentuk persekitarannya.Penamaannya tidak ada kena mengena dengan sejarah dan binaan binaan dan objek yang terbangun di atasnya.

Lama sebelum kedatangan penjajah Inggerisdan kaum imigran China tiba ke tempat tersebut ia telah bernama. TANJONG TOKONG dinamakan sesuai dengan keadaan alamnya.Pencerapan terhadap bentuk alam memantulkan penamaannya sesuai dengan sifat muka bumi dan  bentuk alam semula jadinya.

TANJONG – bentuk alam iaitu tanah yang mengunjur ke laut. Berlawanan dengan TELUK tanah yang masuk ke dalam.

TOKONG – Ikut kamus DBB ms    tokong bererti jendol, gondol merujuk kepada batu tongkol yang licin tanpa tumbuhan. Dalam bahasa Inggeris Tanjong Tokong diterjemahkan sebagai Cape of rocky islet atau rocky promontory.

TANJONG TOKONG tidak perlu diterjemahkan. Namanya telah menyatakan keadaan dirinya. TANJONG TOKONG ialah TANJONG yang dipenuhi batu batu tongkol dan gondol yang agam di muka lautnya.Ini tergambar pada wajah TANJONG TOKONG dalam gambar gambar lama yang menunjukkan sifatnya sebuah penamaan yang bersifat geografi.

Sejarah TANJONG TOKONG bermula sebagai perkampungan nelayan termashur sebelum Perang Dunia Pertama lagi. Gambar gambar yang diambil pada awal abad ke 19 mengesahkan keadaannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *