P.PINANG TAK LAMA DULU: KINI SEMUANYA HILANG AKIBAT PEMBANGUNAN KOMERSIAL

Laut itu asalnya kawasan nelayan sejak  zaman berzaman. Namanya pun laut dan pantai Tanjong Tokong.Di situlah mereka menjala kedera, memancing semilang, mencari siput, kerang, mentarang,remis, kepah, siput sudut, baji dan berbagai cengkarang.Bila pembangunan datang dia menghapus segala. Tidak ada langsung bahagian rakyat, khasnya penduduk Tanjong Tokong di dalamnya. Pembangunan dirancang khusus untuk dijual kepada pasaran antarabangsa. Ia menjadi gated society untuk mendia di diami oleh orang asing dari serata dunia. Rakyat hanya mampu menikmati pembangunan mampu tengok bukan mampu milik. Itu zaman BN UMNO. Kini hal yang sama sedang berulang atas nama kerajaan yang berpaksikan rakyat atas nama PAKATAN RAKYAT yang diterajui DAP. Dasar asal DAP berpaksikan sosialime. Kini  dasarnya terlalu pro kapotalis, sama seperti UMNO BN yang tak puas puas menjarah dan membeluam hartadan kazanah negara kepada suku sakat mereka saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *