APA KATA MUJAHID TENTANG POLITIK PERKAUMAN

MUJAHID YUSUF RAWA adalah pemimpin muda harapan masa depan Malaysia.Kini Naib Presiden Amanah, MP Parit Buntar 2 kali berturut turut dari 2008 hingga 2013.PAS dan golongan fanatik Islam terutama ulama jumud yang hanya fikir sah dan batal, halal dan haram, syar’ii ¬† atau syarak tak syarak telah melebelkannya sebagai LIBERAL.Namun bagi ulama muda yang memahami situasi politik dunia dan MAQASID SYARIAH/ tujuan syariah beliau bersifat terbuka. Tidak ¬†mengambil pendirian yang sempit dan melulu tetapi bersikap ¬†terbuka dan realistik.Yang penting Islam wajib disampaikan dengan wajah yang indah iaitu agama yang membawa rahmatan lil alamin.Pewajahan Islam itu mesti betul sebagai yang penuh dengan kebijaksanaan dan memahami konteks zaman tetapi tetap unggul kerana bersendikan hikmah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *