Asal pajakan sahaja.Bila MERDEKA semua perjanjian yang mengikat antara sultan sultan Melayu dengan pihak Inggeris terbatal. Secara automatik P.Pinang adalah milik Kedah. Sayang kenapakah Baginda Sultan Kedah ke atas Pulau Pinang dan Seberang Prai( satu jajaran tanah yang dipotong daripada negeri Kedah).
Hong Kong asalnya dipajak oleh Inggeris daripada Dinasti Manchu di negara China. Kenapakah ianya dikembalikan ke pangkuan Republik Rakyat China (Komunis). Sedangkan P.Pinang dalam Malaysia, hak yang sah mutlak kepunyaan Sultan Kedah. Justeru hak yang asal mesti dikembalikan ke empunya atau pemilik asalnya.
Itulah ertinya MERDEKA dan KEDAULATAN KITA.
Kesannya apabila P.Pinang tidak dikembalikan ke pangkuan Kedah ialah tidak ada satu inci pun tanah Melayu di P.Pinang menjadi tabah warisan.Petempatan asal dan tanah tradisi kepunyaan orang Melayu boleh dijual dengan sesuka hati tanpa sebarang sekatan.Ketuanan Melayu di P.Pinang memang telah hilang di zaman penjajahan. Malangnya lebih banyak yang bukan sahaja hilang malahan pupus terus daripada pandangan mata.
Pantun dibawah masih menjadi luka dan kepiluan yang tidak terubat sejak 230 tahun yang lampau. Namun langsung tidak disambut oleh pihak KETUANAN MELAYU :
PULAU PINANG BANDAR BAHARU
KEPTEN LIGHT MENJADI RAJA
KALAU DIKENANG MASA YANG LALU
DUDUK MENGALIR SI AIR MATA !!!!!